Ahad, 26 Februari 2012

KERAJAAN PERPADUAN PERTAMA DI KEDAH?


Isu berkenaan beberapa EXCO Kedah menyerahkan surat jawatan dan enggan di lantik semula diberitakan ada kaitan dengan usaha menubuhkan sebuah Kerajaan Perpaduan Pertama di antara PAS Kedah dengan BN. Usaha ini tidak melibatkan sebarang 'Lompatan Katak' atau sondolan pensabotaj akibat penyakit Kuku dan Mulut atau Lembu Gila dari mana-mana pihak. Sebaliknya ianya adalah sebagai usaha menyatupadukan semua kaum yang berlainan agama bagi memantapkan pentadbiran sebuah kerajaan negeri. Ianya adalah bagi manafaat rakyat negeri di mana Sultannya merupakan kesulatanan Melayu Islam tertua di Tanah Melayu. 

Hamba cuma memetik sumber daripada Papa Gomo sahaja yang menceritakan apa yang telah di dengar oleh beliau. Masih tidak dapat disahkan lagi. Tapi ianya sesuatu berita yang membawa harapan dan bukan bersifat terlebih oberdos viagra yang boleh mengakibatkan mati pucuk apabila alat kelamin menjadi tegang secara luar tabie' Elok makan sup ekor lembu sebagai ubat tradisional yang amat mujarab. 

Diharapkan agar berita tersebut benar-benar menjadi kenyataan dan buat pertama kalinya kita dapat melihat sesuatu transformasi yang begitu hebat berbanding dengan idealisma lapok reformasi yang membawa kecelakaan di segenap sudut kebajikan kepada rakyat.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

2 ulasan:

  1. Jika benar, sesuatu yang dinanti-nantikan oleh seluruh cerdik pandai Islam yang cintakan Islam.

    BalasPadam
  2. sekiranya ini berlaku pasti AL JUBURI serta ParASit meroyan serta leh masuk hospital di israel la

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa