Bagi kami Pembela-pembela Tegar NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya serta projek PFN yang bakal menguntungkan penternak-penternak Melayu miskin, cadangan PDRM agar Peguam Negara melakukan pendakwaan ke atas pengarah NFCORP Mohd Salleh suami kepada Kak Ijat adalah tindakan untuk membersihkan imej pihak yang sengaja di fitnah atas dasar sabotaj sesama sendiri.
Apakah lagi cara untuk membersihkan rekod dan imej orang yang tidak bersalah dan mangsa fitnah di Malaysia ini melainkan dibersihkan melalui proses mahkamah? Di dalam prosiding mahkamah semua bukti-bukti akan di uji kebenarannya secara perundangan yang sah. Hamba amat yakin dan percaya bagi Pensabotaj-pensabotaj NFCORP, Kak Ijat, suaminya dan anak-anaknya serta projek PFN pada suatu hari nanti bakal melutut dan mencium tapak-tapak kaki mereka yang tidak bersalah. Kecualilah jika mereka masih terober dos preskripsi farmasi ubat viagra
Agak hairan dan anih kerana Dewa Zeus di Bukit Ilmu yang sudah di siasat oleh BPR di atas penyelewengan dua orang anaknya menerima biasiswa dipertahankan bermati-matian oleh grup mabok preskripsi ubat farmasi tersebut. Anih bukan pemikiran mereka?
Kita tunggu dan lihat saja apakah reaksi dan maklum balas Pejabat Peguam Negara pula yang sebelum ini turut di kecam oleh mereka yang terober dos preskripsi farmasi atas dasar membodek bos besarnya agar dapat tercalon menjadi calon wanna-bees pada PRU 13.
Hamba benar-benar yakin dan percaya pensabotaj-pensabotaj tersebut bakal sedar juga suatu hari nanti betapa mereka terlebih dos ubat khayal dari sebuah farmasi.
Apapun Tq mymassa.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa