Rabu, 15 Februari 2012

BUKAN SALAH PASIR BERDENGUNG JIKA WUJUD RASUAH DALAM PKR.


Pemimpin PKR adalah manusia walaupun dinaik-tarafkan oleh penyokong dan ahli mereka sebagai DEWA. Walaupun bertaraf DEWA, pemimpin PKR masih MANUSIA. Sebagai manusia biasa bertaraf DEWA, pemimpin PKR juga ada kecenderungan melakukan rasuah secara berlebihan dan melampaui batasan. Tidak mustahil ppara Dewa PKR melakukan rasuah. Kehidupan hari ini menuntut agar para Dewa PKR melakukan rasuah. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula para Dewa PKR dengan amalan rasuah. Lagipun para Dewa PKR memerlukan banyak kewangan untuk mengekalkan sokongan dan terus berkuasa. Pada para Dewa PKR wang adalah segalanya dan rasuah adalah jalan pintas untuk mengumpulkan kekayaan bagi mengekalkan kekuasaan politik terus berada dalam tangan mereka.


Penyelewengan pasir di Selangor bukan lagi sebuah rahsia walaupun SELCAT cuba membersihkan 'pasir kotor'. Amat jelas apabila pendedahan mengenai pembunuhan Datuk Patrick dikaitkan dengan skandal penyelewengan pasir, Khalid G terus menyatakan bahawa tidak perlu ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja 


Melaui tindakan Khalid G dan PKR Selangor, kita mula tertanya-tanya apakah yang mahu ditakuti oleh mereka sendiri ? 

Ada sebarang perkara yang mahu disembunyikan oleh mereka?
Nampaknya begitulah. 
Mari kita dengar apa komen Noh Omar mengenai skandal penyelewengan pasir yang serius di Selangor.



Ehem , wahai para Dewa PKR, taraf kedewaan anda tidak menjamin anda semua adalah kebal dari implikasi perundangan negara. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa