Ini lapuran kisah si penghina Rasulullah s.a.w. yang melarikan diri ke Malaysia. Malaysia ? Alamak ! Kenapa tak melarikan diri ke Amerika Syarikat? Kenapa ke Malaysia? Sebab di Malaysia ada Anwar Ibrahim, ada PAS dan ada DAP yang boleh bantu beliau dan ada peguam betina pakai tudung litup tapi sanggup mempertahankan si penghina itu atas nama Hak Kebebasan Asasi Manusia Bersuara Menghina Rasulullah s.a.w. :
Hamza diekstradisi ke Arab SaudiSeorang kolumnis akhbar dari Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari yang ditahan pihak berkuasa Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Khamis lalu telah dihantar pulang ke negara asalnya kira-kira pukul 3 petang semalam.Difahamkan, lelaki yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, itu dihantar pulang selepas segala proses dokumentasi ke atasnya selesai.Beberapa pegawai penguat kuasa Arab Saudi ditugaskan untuk mengiringi Hamza yang dikatakan menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Hamza dihantar pulang berikutan permintaan daripada kerajaan Arab Saudi.Beliau berkata, ia merupakan amalan yang dipraktikkan apabila membabitkan individu yang dikehendaki sesebuah negara lain."Mohammad Najeeb dihantar balik mengikut perjanjian yang sedia ada ini. Tuduhan yang akan dikenakan adalah urusan pihak berkuasa Arab Saudi," katanya dalam satu kenyataan semalam.Selain itu, Hishammuddin turut mengesahkan yang penahanan Mohammad Najeeb dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.Kelmarin Kosmo! melaporkan, Hamza yang melarikan diri dari negaranya selepas mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul ditahan selepas masuk ke negara ini pada Selasa lalu.kosmo
Ehh siapa pula awek bertudung litup ini berkcaca mata yang diperhatikan dengan penuh bangga oleh Lateepah Koya (PKR) ? Sila baca penerangan yang diberikan oleh TFK mengenai 'pompuang' tersebut:-
"Kononnya memperjuangkan keterbukaan dan kesaksamaan, Fadiah Nadwa Fitri, salah seorang peguam yang menganggotai Lawyers for Liberty yang diketahui memang menyokong LGBT serta segala kekurangajaran di negara ini, mendesak kerajaan Malaysia agar tidak menghantar lelaki Arab Saudi yang telah menghina Rasulullah s.a.w itu pulang ke negara asalnya untuk diadili dan dihukum sekiranya didapati bersalah. Menariknya, Fadiah Nadwa Fikri yang bertudung litup tetapi berhati serigala, turut disokong oleh Christoph Wilcke dari Human Rights Watch serta S.Arulchelvan dari SUARAM. Menurut mereka, lelaki bangsat itu tidak akan dapat pengadilan seadilnya di Arab Saudi." - TFK.
Memang bangsat kan fahaman sosialisma yang diperjuangkan oleh regim sosialisma Pakatang Hancus ini. Patutlah tiba-tiba sahaja berlaku wabak AGE di Perak. Ramai orang yang tidak berdosa menjadi mangsa. Baca sekejap lapuran mengenai virus AGE.- sumber Mymassa.
142 Lagi Kes Jangkitan AGE Dikesan Di Perak
IPOH: Sebanyak 142 lagi kes jangkitan akut gastroenteritis (AGE) dikesan di Perak pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhannya 2,686 kes. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata daripada jumlah itu, 94 kes dikesan di Hilir Perak manakala 48 kes di Batang Padang.
"Setakat ini jumlah keseluruhan kes di Hilir Perak sebanyak 1,730 manakala di Batang Padang sebanyak 956 kes," katanya ketika dihubungi, Ahad.
Jumaat lepas, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali 'Rotavirus' yang menyebabkan kes AGE. Sementara itu, kerajaan negeri Perak mengarahkan semua agensi dan jabatan terutamanya Kementerian Kesihatan untuk terus memantau dan mengenal pasti punca kematian dua bayi berkenaan. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Francais 1Malaysia Peringkat Negeri Perak di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung pada Ahad, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri akan mengambil apa sahaja tindakan perlu bagi memastikan kes tersebut tidak berulang.
"Laporan awal dari Kementerian Kesihatan mendapati jangkitan akut AGE atau penyakit berjangkit bawaan air dan makanan mengakibatkan dua bayi maut di Perak baru-baru ini dipercayai berpunca daripada paip air yang tercemar.
"Bagaimanapun, punca sebenar kes tersebut masih lagi dalam siasatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai diminta memasak air terlebih dahulu sebelum diminum," katanya. - BERNAMABandingkan antara virus AGE dengan virus sosialisma bawaan Pakatang Hancuss.
Bandingkan antara si penghina Rasulullah s.a.w. dari Arab Saudi dengan si penghina Rasulullah s.a.w. dalam PAS yang pakai titel Mursyidul Am.
Selama ini puak PAS sering merujuk Arab Saudi sebagi Negara Islam yang melaksanakan Hudud. Jadi Hamba ingin bertanya kepada pepuak PAS , bagaimana sekiranya kita hantar Pok Nik si penghina Rasulullah s.a.w. ke Arab Saudi untuk di hukum pancung berdasarkan Hudud yang dilaksanakan di sana kerana menghina Rasulullah s.a.w. sebagai 'kelahiran Rasulullah s.a.w. adalah sama dengan mana-mana budak kampung nama Mat' dan penghinaannya mengenai sambutan maulidur rasul yang di anggap sebagai ' "Pertandingan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w. dengan Krismas"
Virus AGE itu hanya sebagai perbandingan betapa bahayanya Virus Sosialisma Pakatang hancuss. Bayangkan jika regim sosialisma Pakatan hancus menguasai Putrajaya. Jangankan baginda Rasulullah s.a.w. dihinakan bahkan kalimah Allah Ta'ala juga bakal diperkotak-katikkan.
PAS, DAP dan PKR adalah Agen Dajjal Al Masikh yang sebenar dan agen pemusnah ISLAM di Malaysia dan di seluruh dunia!
TEPUK DADA TANYA IMAN!
lawo kening die..
BalasPadam