Rabu, 18 Januari 2012

UMNO SELANGOR HARAPKAN KEAJAIBAN DARI MELAKUKAN KEAJAIBAN.


UMNO SELANGOR masih mengharapkan keajaiban dari melakukan keajaiban. Sebenarnya ramai di dalam UMNO Selangor begitu berbakat dan mempunyai banyak potensi melakukan keajaiban. Malangnya mereka tidak mempunyai semangat kental dan jatidiri yang kuat. Mereka lebih selesa duduk diam dan menerima arahan daripada mengeluarkan arahan dan bertindak di atas inisiatif sendiri. Terlalu takutkan kritikan dan teguran. Terlalu bimbang dipersalahkan dan di sabotaj oleh pihak lain. Terlalu takutkan reaksi negatif. Enggan keluar dari pemikiran kotak biasa. Enggan mencuba perubahan drastik. Tidak mahu berfikiran positif. Gagal memahami gerak kerja berterusan di atas satu-satu isu. Enggan bersikap asertif dalam menyampaikan mesej. Terlalu skeptik dengan kebolehan dan kemampuan sendiri. Hanya bergantung harap kepada UMNO Pusat untuk melaksanakan strategi dan gerak kerja. 

Tidak ramai ahli dan pemimpin UMNO Selangor belajar dan menganjurkan lagi program untuk ahli dan pemimpin mereka sendiri. Kebanyakan pengisian program UMNO Selangor lebih kepada meraba-raba mencari pengertian dan halatuju perjuangan. Jentera tempur siber UMNO Selangor pula lebih banyak memperomosikan kumpulan mereka daripada UMNO sendiri. Jadi sampai bila-bila pun sokongan kepada UMNO tidak bertambah.

Ya ramai akan marah dan mencemik bibir. Biarkanlah. Hamba tidak bernaung dan memperjuangkan untung nasib sesuatu grup tempur siber UMNO. Hamba memperjuangkan untung nasib UMNO itu sendiri bukan pemimpinnya, bukan ahlinya dan bukan jentera partinya. Ramai juga akan melemparkan pelbagai tuduhan nanti. Itu hak mereka. Bukan hamba yang hendak bertanding sebagai calun pun di dalam PRU 13 atau merebut sebarang jawatan di dalam UMNO Selangor. Kebenaran itu amat pahit.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa