Baik punya berita. Selama ini rakyat percaya Pakatansosialis pembawa pembaharuan dan harapan baru. Rupanya indah khabar dari rupa. Hanya mereka yang rapat dengan puak elitis Pakatansosialis saja mendapat manafaat yang lain terpaksa mengadu nasib dengan Barisan Nasional. Jom kita lihat apakah Pakatan Sosialis cakap serupa bikin dalam perkara-perkara berikut yang selalu mereka cakap di sana sini.
HAK KEBEBASAN BERSUARA & MENGKRITIK.
- Malaysiakini melapurkan Papa Gomo dan Prapukari di saman RM10 juta setiap seorang kerana mengamalkan kebebasan bersuara dan mengkritik Pakatansosialis. Senasib dengan Hasan Ali.Papa Gomo amat muyskil kerana yang di saman adalah Nama Blog. Menurut Papa Gomo lagi beliau kesal kerana yang menyaman beliau bukan Anwar Ibrahim.
- Nampaknya Rani Mukarjee tidak dapat menggantikan Hasan Ali memandangkan beliau kurang membodek Khalid G dan Anwar Ibrahim.
HAK SAMARATA DALAM EKONOMI.
Rafizi amat marah bilamana takrifan 'Aset Dibekukan' tidak memenuhi citarasa dengki irihatinya. Anak ikan Anwar Ibrahim itu berpendapat takrifannya adalah tepat dan betul. Menurutnya, "aset Dibekukan' ialah bermakna tiada gaji diberikan kepada kakitangan, pengurusan diberikan kepada pihak ketiga dan pengurusan asal NFC duduk diam-diam sahaja. Prejudis sungguh Rafizi kepada NFC. Siasatan sedang dijalankan dan NFC masih belum didapati bersalah oleh mana-mana mahkamah.
Ada beribu lagi contoh-contoh di mana Pakatan Sosialis hanya cakap tak serupa bikin. Apabila tuntutan mereka tidak dilayani kerana tidak relevan mereka akan buat bermacam ugutan. Jika anda ingin mengetahui lebih lajnut, hamba cadangkan anda semua menonton rencana bersiri di History Channel bertajuk 'The Rise Of Hitler'. Anda perlu ingat Hitler adalah seorang pemimpin kepada sebuah parti yang berfahaman Sosialis Nasional seperti PKR dan DAP.
Adakah anda ingin Malaysia menjadi seperti Jerman semasa sebuah parti Sosialis Nasional pada tahun 1930an berkuasa?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa