Gomo ... Kertas Rayuan Hilang lah ....
Papa Gomo mengulas mengenai tarikh memfailkan rayuan kes Saiful yang bakal berakhir pada hari esuk:-
1) Saya sebagai Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari bin Azlan berharap Yang Berbahagia Tan Sri Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya dapat memfailkan Notis Rayuan keatas keputusan Mahkamah Tinggi pada 9hb Januari yang lepas.2) Saya sebagai Bapa merasa sedikit risau kerana sehingga ke hari ini tiada perkembangan berkenaan pemfailan rayuan tersebut oleh kerana saya percaya tempoh masa untuk memfailkan Notis Rayuan tersebut hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.3) Walaubagaimana pun saya percaya Yang Berbahagia Peguam Negara akan mengambil pertimbangan yang sewajarnya didalam pemfailan Notis Rayuan tersebut.4) Saya juga percaya bahawa hak untuk anak saya sebagai seorang warganegara dan rakyat yang menjunjung Perlembagaan Malaysia untuk melalui proses Rayuan dan hak untuk aduan anak saya diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Yang Tertinggi tidak akan diabaikan dan tidak dinafikan oleh pihak Yang Berbahagia Peguam Negara.5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak 5) Saya juga mohon pihak Yang Berbahagia Peguam Negara agar tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukakan rayuan.AZLAN MOHD LAZIM
18 Januari 2012Gomo melihat Peguam Negara seakan membiarkan rayuan demi rayuan yang datang dari pelbagai pihak agar merayu kes liwat Saiful Bukhari dengan tertuduh yang sebelun ini dibebaskan Anwar Ibrahim .Apa lagi yang Peguam Negara mahukan sebagai pelengkap rayuan dalam kes liwat ini? Apa lagi yang tidak cukup lagi merealisasikan keadilan dapat ditegakkan.Keadilan Buat Saiful Bukhari mesti diperjuangkan.Pssstttt........ Apakah Peguam Negara dah kena santau?
Sedangkan Parlimen Malaysia pun lantik pembuat fitnah ke atas NFC dan kak Ijat duduk bersekali dalam PAC, inikan pula kes rayuan Saiful.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa