Isnin, 16 Januari 2012

PWTC JANGAN TIDUR ! KONVENSYEN MASALAH FIQH ATAU KONVENSYEN KHAWARIJIYAH?


Rakan bloger GAP menerbitkan kembali emel seorang sahabat yan tidak berpuashati dengan tindakan pengurusan PWTC terlepas pandang satu acara puak khawarijiyah PAS yang berselindung di sebalik konvensyen kononnya mengupas isu Fiqh pada abad ke 21:-
Dapat email dari seorang sahabat. Tentang ketidak puasan hati terhadap pihak PWTC yg membenarkan ustaz² PAS yg menggunakan dewan PWTC. Kesemua panel @ ustaz² tersebut menghalalkan demonstrasi bersih tempoh hari dan giat menentang kerajaan. meniup api kebencian terhadap pemerintah dan menggalakkan mengkritik pemerintah secara terbuka serta mempunyai pengaruh tersendiri. Sahabat telah menghubungi pihak PWTC tapi tiada tindakan lanjut dari pihak berwajib.. 
 Info Konvensyen:
 Tarikh: 18-19 Februari 2012
 Hari: Sabtu & Ahad
 Jam: 9.00 pagi - 11.00 malam
 Tempat: PWTC Kuala Lumpur.
Website: http://k-fiqh.com/
Konvensyen yang julung kali diadakan.gabungan 18 tokoh ilmuwan tempatan. Mmengupas isu fiqh pada abad 21 dan solusinya. Turut diundang tokoh ilmuwan antarabangsa.
lihat Website: http://k-fiqh.com/ 
dalam ni mempunyai senarai ustaz tempatan yg dimaksudkan. Saya tidak pasti berkenaan syaikh dari luar. Saya kurang arif dalam hal ini. Mungkin boleh rujuk kepada Ulama Muda UMNO. Saya dengar mereka belajar di sana dan mungkin mereka kenal..
Pendokong demonstrasi
 1. Ustaz Zaharuddin 
2. Ust. Zahazan 
3. Ust Dr Abdul Basit 
4. Ust. Dr Maszlee Malik 
5. Ust Nizam Abdul Kadir
 6. Ust Aizam Mas'ud (Pegawai Di Jakim) hairan, mcm mana JAKIM terlepas pandang Ustaz nie?
 7. Ust. Hasrizal Abdul Jamil
 8. Ust. Dr Zulkifli al-Bakri
 9. Ust. Khairuddin aman Razali
 10. Imam Muda Ust Ashraf
 11. Ust Ramadhan Fitri
 12. Dr. Wifaq
 Mereka telah mengeluarkan fatrwa halal demonstrasi BERSIH 2.0 sebelum ini
Tulisan Ustaz Hasrizal: Demi Mengelakkan BERSIH 3.0> http://saifulislam.com/?p=10158 tetapi telah dijawab oleh blogger Abu Naila, malangnya tidak mendapat publisiti kerajaan atau mungkin terlepas pandang atau sebagainya. 
Tulisan di bawah di tulis pada waktu isu demonstrasi BERSIH 2.0 Tulisan saudara Hasrizal adalah tulisan yang dihiasi dengan sindiran-sindiran kepada kerajaan. Pada pandangan saya, tujuan tulisan ini disiarkan secara terbuka adalah untuk:
1.Menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan
2.Mengajak rakyat menjatuhkan kerajaan yang sedia ada.
3.Mempromosi ideology pembangkang (Pakatan Rakyat)
4.Menghina sebahagian usaha-usaha murni kerajaan dalam membangunkan Negara.
 5.Mempertahankan ideology Khawarij (kumpulan anti-pemerintah)
6.Mendapat perhatian masyarakat dalam rangka meningkatkan followers di blog juga “like” di Face Book
7.Memperjuangkan demokrasi terlampau mengenepikan sistem Islam.
8.Menghina kerajaan. 
Baca setreusnya di sini GAP

Perkara ini perlu di siasat dengan terperinci terlebih dahulu tanpa sebarang prejudis. Jika didapati benar maka perlulah dikenakan syarat-syarat adanya ahli agamawan bebas terlibat sama. Dicadangkan agar diteliti terlebih dahulu agenda-agenda tersembunyi serta meneliti terlebih dahulu pendapat-pendapat yang diberikan di dalam konvensyen tersebut.

Melainkan didapati bahawa konvensyen tersebut lebih banyak mendatangkan kemudaratan dan bertentangan dengan kefahaman usl Fiqh Ahlissunnahwal jamaah, maka eloklah PWTC tidak membenarkan ianya berlangsung di PWTC. Kecuali ... kecualilah PWTC sudah menerima wang deposit dan sebagainya. Hamboi kalau bab duit semua pihak main tutup dua belah biji mata.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

3 ulasan:

  1. Cubalah bersikap terbuka dan bersangka baik sikit kerana ia tidak mendatangkan kerugian.Kalau tak puas hati pergi dengar dulu mungkin pandangan saudara akan berubah.Jangan dok gelabah tak tentu pasal.Assalammualaikum

    BalasPadam
  2. Tidak semua yang disebutkan nama mereka di atas menyokong demonstrasi Bersih 2.0. Nampaknya hanya tulisan saudara hasrizal yang ada bukti menyokong demonstrasi dan mungkin beberapa ilmuwan yang lain. Saya pernah mengikuti ceramah salah seorang daripada tokoh ilmuwan di atas yang tidak bersetuju dengan demonstrasi Bersih. Hujah ustaz tersebut adalah Perkara 10 (1) dan (2)Perlembagaan Persekutuan. Ustaz tersebut bersetuju dengan perhimpunan apabila mendapat lampu hijau pihak berkuasa dalam aspek keselamatan iaitu pihak polis (PDRM). Namun mereka sentiasa berlapang dada menerima perbezaan paandangan sesama mereka.

    BalasPadam
  3. i quote this from your page:
    sekeping roti pun tidak dijanjikan yang ada adalah kesengsaraan yang di jamin adalah kemenangan.......Allohumma tunjukki kami yang haq itu adalah haq supaya kami mengikutinya dan yang bathil itu adalah bathiil supaya kami menjauhinya

    jgn menabur fitnah. kenapa tidak hadir ke konvensyen sendiri utk memastikan kesahihan tuduhan anda?

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa