Papa Gomo menulis :-
Itulah gelaran yang telah diberikan oleh pakatan Pembangkang sewaktu Tun Dr Mahathir mantan Perdana Menteri Malaysia yang telah memimpin negara kita selama hampir 22 tahun yang mana juga merupakan Perdana Menteri paling lama setakat ini.
Ayahnda Tun M diasak cukup hebat sepanjang beliau mentadbir negara malah diperingkat kemuncaknya zaman reformasi sekitar tahun 1998 -1999 pelbagai gelaran yang beliau perolehi yang mana bukan setakat Mahafiraun, Mahazalim malah banyak lagi kata kata yang dilemparkan kepada beliau kerana Timbalan Perdana Menterinya Anwar Ibrahim dipecat waktu itu kerana salah guna kuasa dan masaalah moral Homoseksual.
Tun M berjaya mengharungi rintangan tersebut dengan bantuan dari pemimpin Kerajaan waktu itu terutamanya dari UMNO sendiri walaupun yang menentang beliau tidak kurang juga datangnya dari UMNO sendiri. Malah keluarga beliau sendiri menyokong penuh Tun M dan sentiasa mendmpinginya dari saat ke saat sewaktu tomahan dan fitnah besar melanda beliau waktu itu.
Tun M Suksess dan berjaya dalam saat mencabar tersebut walaupun Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi pada PRU 10 pada tahun 1999. Syukur buat Tun Mahathir Negarawan Ulung negara.
Baca seterusnya di sini PAPA GOMO
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa