Isnin, 23 Januari 2012

MANA LEBIH BAHLOL ? N SURENDRAN ATAU RAFIZI ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI?


Para pemuja dan pembodek Anwar Ibrahim mula kecoh. Kekecohan mereka berpunca dari pemfailan Notis Rayuan oleh Peguam Negara Pembodek tegar Anwar Ibrahim seperti Naib Presiden paling tolol dalam sejarah dan buta perundangan N Surendran membuat kenyataan bersifat prejudis apabila berkata, 
"Motif rayuan itu adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat daripada menguasai kuasa kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang,"
N Surendran berjaya membuktikan tahap kebodohan melampau PKR walaupun sebelum ini Rafizi dan Zuraida juga turut berjaya membuktikan kebodohan melampau PKR dalam isu NFC dan NFCorp.Mana ada dalam dunia ini di dalam mana-mana amalan sistem peradilan sesuatu rayuan itu difailkan semata-mata mahu memenjarakan tertuduh?

Kenyataan tolol yang mempamirkan kebahlolan N Surendran bermotifkan politik dan difahamkan bahawa:-
  1. Pakatan terutama PKR hanya mahu Hak Rayuan oleh mana-mana mangsa jenayah seksual diberikan jika tertuduh / saspek dalam kes tersebut tidak melibatkan mana-mana ahli penyokong dan pemimpin PKR; dan 
  2. Mana-mana mangsa deraan seksual tidak berhak membuat rayuan kepada pembebasan mana-mana saspek/ tertuduh jika melibatkan kepentingan politik PKR; dan 
  3. PKR mahu agar ahli, penyokong dan pemimpin PKR diberikan Hak Kebebasan untuk melakukan jenayah seksual di mana jua di Malaysia ini tanpa perlu dibicarakan.
Eloklah tuan-tuan semua menafikan HAK KUASA MEMERINTAH PKR sebab ketololan mereka MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH. Semakin hari semakin tolol dan bahlol PKR ini tidak ubah seperti kata Pepatah " Taik Lembu Kata Jubo Lembu Tolol'. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa