Berkenaan dengan Budaya Parasit amalan kebanyakan kelompok opurtunis dari kalangan rakyat Malaysia yang menjadikan diri mereka sebagai parasit di dalam parti-parti politik di Malaysia, Prapukari menyentuh mengenai Budaya Parasit yang merosakkan imej UMNO di mata rakyat seperti berikut:-
UMNO seringkali membuka ruang yang sangat besar kepada mana-mana orang untuk menyertainya, kemudian memberikan bantuan atas dasar perjuangan membentuk Melayu yang lebih bermaruah berbanding Melayu pada zaman penjajahan yang menjadi balaci dan abdi orang lain, termasuklah kepada golongan imigran.Namun pada masa yang sama, UMNO juga membuka ruang kepada golongan PARASIT yang tidak peduli dengan perjuangan UMNO tetapi melihat UMNO sebagai ruang untuk mereka menghisap darah setiap manusia di negara ini. Menariknya, mereka berjaya menutup perangai busuk haramjadah itu kerana mereka kononnya menyokong UMNO. Dan yang terlebih-lebih menariknya, mereka ini pula membela orang-orang yang lapar kuasa dalam UMNO agar kehadiran mereka dilindungi dan kepentingan mereka dijaga.Salah seorang daripada PARASIT yang paling jahanam di dalam UMNO adalah Razak Mohd Nor. Aku dah buat tiga pendedahan tentang Razak Mohd Nor dalam tiga posting sebelum ini:(a) PENDEDAHAN BERCILI! SIAPAKAH RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING NI SEBENARNYA!(b) PENDEDAHAN BERAPI! RAZAK MOHD NOR DAN NUMIX ENGINEERING YANG ZALIM!(c) PERBICARAAN DUA PENGARAH NUMIX ENGINEERING DITETAPKAN PADA 11 APRIL!PARASIT ini menggunakan UMNO untuk memperolehi pelbagai projek mega tetapi kemudian melakukan penipuan yang MAHA DAHSYAT. Penipuan itu tidak menjejaskannya kerana terdapat ramai pemimpin UMNO yang turut bersekongkol dengan PARASIT ini kerana PARASIT ini menaja mereka, terutama yang bercita-cita nak jadi Ketua Bahagian mahupun sebagai calon wakil rakyat.PARASIT seperti Razak Mohd Noor sentiasa selamat berada di dalam UMNO kerana mereka bukan sahaja dilindungi, malahan kawan baik pun boleh dibelinya dengan wang ringgit yang dikaut daripada penipuan yang dilakukannya. Kawan-kawan baik ini pula akan mencari mana-mana individu yang akan mendedahkan tentang modus operandi dan penipuan yang dilakukan oleh Razak Mohd Noor untuk ditutup mulut, sama ada dengan cara perundangan, mahupun dengan cara yang mampu mereka fikirkan. Baca selanjutnya di sini PRAPUKARI
Komen Hamba: Budaya Parasit wajib di cantas dan dibersihkan dari semua parti politik Malaysia. Kewujudan parasit-parasit di dalam parti-parti politik di Malaysia amat merosakkan kepentingan dan kebajikan rakyat. Para parasit tidak mempedulikan untung nasib rakyat. Mereka hanya mengutamakan kepentingan diri mereka sendiri. Malah dalam sesetengah isu di Malaysia mereka menjadi pengapinya. Amatlah wajar bagi UMNO berusaha sedaya upaya membersihkan semua parasit yang ada untuk memulihkan imej dan namabaik UMNO di mata rakyat.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Parasit semacam inilah yang merosakkan nama baik perti keramat UMNO!
BalasPadamsETUJU BRO !
BalasPadamTQ SUDI BERKUNJUNG :)