Baru-baru ini ada seorang bekas pemimpin UMNO berkata bahawa si peliwat dan pakatan bukanlah ancaman. Tambahnya lagi adalah salah membantai Adam Adli. Malah katanya bloger pro UMNO ini tidak fokus dan kurang inteligen. Ya hamba bersetuju kerana orang seperti beliaulah yang menyebabkan kuasa politik Melayu Islam semakin terhakis dan anak-anak muda Melayu bermain api.
Si peliwat dan kumpulan pemikir penghisap ganja mahu mengertak kuasa politik Melayu Islam dengan 901. Silakanlah. Bagi orang-orang UMNO seperti hamba dan ramai lagi tidak kisah pun dengan 901.
Kami tahu ini semua adalah permainan-permainan pengkhianat-pengkhianat Melayu Islam.Kami sedar bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Melayu Islam mahukan si peliwat menjadi pemimpin. Kami tahu ramai pemimpin-pemimpin Melayu tidak mempercayai Anwar Ibrahim seorang peliwat dan seorang penzina.
Kami juga tahu 'Rahsia Terbesar' Anwar Ibrahim. Pihak polis dan raja-raja Melayu bukanlah sebodoh dan setolol yang mereka fikirkan. Malah orang-orang UMNO dan bloger UMNO juga tidaklah sebodoh dan setolol yang difikirkan oleh kumpulan penagih ganja UBU.
Kumpulan peniaga seperti individu di dalam klip video di atas tidak akan berdiam diri lagi. Mereka sudah bosan dengan karenah-karenah demonstrasi jalanan yang merosakkan perniagaan mereka. Kepada penganjur dan peneraju 901 anda perlu berfikir semula. Pada kali ini anda akan di tentang hebat oleh majoriti pengundi senyap dan golongan yang sudah bosan dengan sikap anak kecil main api anda.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa