Khamis, 22 Disember 2011

MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR IBRAHIM.


MALAYSIA AMAN TANPA ANWAR IBRAHIM

Ketahuilah
Sejak 1974 anak muda bernama Anwar Ibrahim buat onar
Kemudian melarikan anak dara orang ke Siam
Selepas itu diampunkan dosanya
Di angkat menjadi Pemimpin Muda
Mula lupa daratan
di sebalik segala tingkahlaku baik warak dan alim
Tersembunyi segala macam kedajalan
Di onar UMNO sehingga berpecah
Di onar Bank Negara menjadi penyangak Spekulator Matawang
Di onar ekonomi negara hampir muflis
Di onar anak muda menjadi Reformis 
Akhirnya kecundang rebah di muka pengadilan 

Ketahuilah
Perkara itu tidak berakhir di situ
Anak-anak ikan Reformis menjadi ikan besar
Mula berlaku curang dari dalam dan dari luar 
Sehingga bersultan di mata beraja di hati
Goyah negara kucar-kacir ekonomi
Dimaafkan sekali lagi

Ketahuilah
Selepas Anwar keluar
beliau tetap berlaku onar
di bantu Reformis yang menjadi ikan besar
Di lakon olehnya pelbagai watak pelbagai wajah
Depan India jadi Sivaji
Depan Cina jadi tunjuk simpati
Depan Melayu seru benci
Itulah Anwar dari dulu sampai mati

MalaysiaKita Aman Tanpa (Brother Anwar Bin Ibrahim) B.A.B.I

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GAMBARAN HASAN ALI MENGENAI PAS YANG SEMAKIN JAUH HANYUT.

PERJUANGAN YANG DILUPAKAN
ISLAM
MELAYU
INSTITUSI RAJA-RAJA MELAYU.

Hasan Ali menegaskan lagi pendirian beliau mengenai tiga perkara di atas dan menggambarkan PAS sudah terlalu jauh hanyut dalam memperjuangkan ketiga-tiganya.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

HEBAT ANAK MUDA BERNAMA MUHAMMAD AIMAN.

BILA AIMAN BERSUARA .....

Jauh bezanya Kematangan dan kedewasaan mahasiswa yang menamakan diri mereka Pro Aspirasi dengan kumpulan Adam Adli SMM. 

Ternyata mahasiswa seperti Aiman Pro Aspirasi lebih matang dan lebih dewasa pemikirannya.

SUNGGUH HEBAT DAN AMAT MEMBANGGAKAN !



Amaran keras Aiman kepada SMM :-
Cukup-cukuplah buat Onar,  
Cukup-cukuplah Sesatkan mahasiswa Kami mahu demokrasi bersih dan suci Pak Menteri wajib bertanggungjawab kerana melayan karenah minoriti dan tidak mahu berjumpa suara majoriti.
Malunya Sapudin dan SMM termasuk Adam Adli bila AIMAN BERSUARA !

 TEPUK DADA TANYA IMAN

GELI TENGOK, GAMBAR ADAM ADLI KAH INI?

AKSI TERLAMPAU, ADAM ADLIKAH INI?

Perhatikan betul-betul ...

Bandingkan dengan yang ini ......
Renungannya sama
matanya sama 
Adakah orang yang sama?
Ha ha ha ha ha 
GAY JAMBAN RUPANYA ?
Anda nilaikan sendiri ... 


Pejuang Hak Mahasiswa Atau Pejuang Hak Gay Jamban?
BEBAS untuk SEKS LUAR TABIE'?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ESUK PENENTUAN BUAT KHIR TOYO SAMADA BERSALAH ATAU TIDAK.

 

PENENTUAN BUAT KHIR TOYO.
BERSALAH ATAU TIDAK.

Begitu jahat dan teramat durjana fitnah yang dilemparkan kepada Khir Toyo. Akibat fitnah tersebut yang diburukkan dengan sifat menikam rakan seperjuangan dari belakang, Khir Toyo dipertuduhkan dengan tuduhan rasuah yakni "memperolehi suatu barangan berharga untuk dirinya dan isterinya dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi" Itulah intipati pertuduhan terhadap Khir Toyo.  Untuk pembacaan dan ulasan mantap mengenai perbicaraan Khir Toyo sila ke pautan ini MYKMU.

Malangnya fitnah jahat itu tidak terhenti apabila Khir Toyo di bawa ke muka pengadilan. Masyarakat masih dimomokkan dengan fitnah persepsi jahat 'Pemimpin UMNO kuat rasuah'. Begitulah juga yang menimpa kepada kak Ijat, Isa Samad, Rahim Thamby Chik dan ramai lagi. 

Jika masyarakat masih menerima nilai fitnah itu sebagai kebenaran maka masyarakat akan hidup mempercayai fitnah. Ketahuliah bahawa fitnah membawa keburukan dan kemudaratan. Ambillah iktibar dari kisah Mahsuri, si Kitol, Laksamana Hang Tuah dan Hang Nadim.

Natijahnya, masyarakat akan sentiasa terbelenggu dan merasa takut dengan 'cakap-cakap orang'. Ramailah yang akan dizalimi dan teraniaya. Ramailah orang yang jahat akan terlepas dari hukuman dan menjadi pemimpin negara, na'uzubillahi-min-zalik dan ini mengundang bencana.

Esuk, mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan kepada keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang telah melalui proses pembuktian yang ketat. 

Keputusan mahkamah itulah bakal menjadi kayu ukur kepada kebenaran dan bukannya fitnah jahat mengikut perspektif Pakatan Haram jadah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

BLOGSFERA INDUSTRI PERKHIDMATAN & KERJAYA LUMAYAN- KATA NIK NAZMI.


DUNIA BLOG SATU INDUSTRI PERKHIDMATAN & KERJAYA YANG LUMAYAN.

Dunia blog sudah menjadi satu industri perkhidmatan dan kerjaya. Samada ianya mendatangkan pendapatan lumayan atau sebaliknya itu terpulanglah kepada rezeki memasing. Ramai yang beranggapan bahawa penulis blog politik mendapat bayaran tetap bulanan dan peruntukan besar. Timbullah persepsi bahawa penulis blog adalah tukang fitnah tersohor. Memperolehi rezeki darinya adalah Haram. Ataupun setakat syubahat. Tidak halal dan tidak baik. 

Baru-baru ini Nik Nazmi telah melemparkan suatu tuduhan yang begitu berat kepada penulis blog politik pro UMNO. Beliau menuduh mengatakan bahawa sejumlah RM10 juta telah diberikan kepada mereka. Tuduhan itu tidak disertakan olehnya sebarang bukti. Beliau mahu semua orang mempercayai kata-katanya sahaja tanpa perlu dipersoalkan dan dipertikaikan kebenarannya. 

Malangnya, beliau sendiri lupa bagaimana Khalid G telah meluluskan peruntukan sejumlah RM15 juta untuk publisiti. Ini bukan fitnah kerana peruntukan itu diluluskan dalam DUN Selangor. 

Kita juga tidak lupa dengan pendedahan yang di buat oleh Tun Faisal cuma Tun Faisal tidak mengemukakan bukti melainkan sekadar mahu pembacanya mempercayai apa yang dituliskan olehnya. 

Tidak kisahlah. Itu semua menjadi bukti bahawa blogsfera di Malaysia sudah menjadi satu industri perkhidmatan dan satu kerjaya. Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan mengenai satu akta tertentu bagi mengawalselia dan menetapkan garis panduan dunia blog. Peruntukan perundangan yang sedia ada tidak mencukupi. Fikir-fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


AWAS ! PERANCANGAN FREE ANWAR CAMPAIGN (FACK)


FREE ANWAR CAMPAIGN KE-2 (FACK)
DIDEDAHKAN.

Prapukari melalui sumber GELAGAT ANWAR  seorang rakan bloger mendedahkan perancangan teliti Anwar Ibrahim untuk mencetuskan gelombang kemarahan rakyat melalui mahasiswa bobot belaannya, GA menulis:-
Tak perlu banyak pihak rasa terperanjat dengan kegilaan baru mahasiswa kononnya bersuara di atas landasan akademik. Mahasiswa sekarang bukan macam tahun 1974. Turun ke jalanan secara percuma dan benar-benar di atas jalan idealisme. Tidak. Semuanya ada harga. Semuanya ada pakej yang ditentukan lebih awal.
Memang target dan sasaran FACK adalah golongan muda. Ini memang sudah diperhalusi dengan baik oleh inner circle Bukit Segambut. Sentimen mahasiswa mesti dipanaskan dengan pelbagai isu dan tanggapan. Mahasiswa mesti dibawa ke jalanan, menggunakan apa sahaja asas yang ada. Memang menurut strategi inner circle, di peringkat awal – ianya mestilah berasaskan isu neutral dan tidak kontroversi. Kebebasan akademik adalah satu contoh yang sangat nyata.
Kali ini, FACK akan didorong oleh peruntukan kewangan yang lebih mantap. Semuanya dilakukan secara tersusun dan sepadu. Tak perlu nak jadi macam dulu-dulu. Minta dana sini sana. Minta sedekah dengan taikun Cina dan sebagainya.
Setelah terpecah strategi mengumpul 10k orang sewaktu kes Anwar minggu lalu – sekarang ini inner circle lebih hati-hati. Tidak ada ‘cash handouts’ yang diberi kepada mahasiswa secara terbuka. Semuanya disusun dengan hati-hati. Nombor akaun ‘Penggerak FACK’ di peringkat universiti sudahpun diperoleh. Pendekatan ini sangat sistematik. Malahan, ada juga cadangan agar semua mahasiswa/i yang terlibat sebagai penggerak utama diberikan akaun Blackberry/iPhone oleh sekretariat FACK. Ini bagi memudahkan kerahan tenaga dilakukan secara BBM/Whatapp applications. Banyak group blackberry yang sudah dibentuk di kalangan anak muda/mahasiswa. Ada yang masuk dalam Ops FACK1, Ops FACK2, KVG (Klang Valley Groups), SMM901, INSKA-UMNO Reform, ABIM-Alliance dan sebagainya.
Masing-masing disaran untuk maintain sekurang-kurannya 50 ahli group di dalam BBM masing-masing. Amat tersusun.
Antara yang dipersetujui oleh inner circle malam kelmarin:-
ABU dijadikan landasan di kalangan bekas penggerak reformasi. Semuanya disusun dengan kaedah yang sama. Communication: SMS, BBM Group (penggerak Negeri).
SMM menjadi sekretariat di kalangan generasi muda. Subliminal message mengenai Free Anwar Campaign (menggunakan Kebebasan Akademik sebagai alat gerakan). Communication: SMS, BBM, Twitter.
INSKA-UMNOb 
Reform sebagai trojan horse. Dibantu oleh sumbangan dana berkala seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kecewa kerana politik wang.
Jumlah elaun kesusahan akan ditentukan kemudian. Satu program: RM150 adalah jumlah yang dipersetujui di peringkat awal.
Websites dan international media: masih dalam perancangan. Belum ada keputusan siapa yang akan lead. Nama RPK disebut beberapa kali.
Butiran mengenai gerakan menghadapi 9 Januari (akan dimaklumkan kemudian). Sedang disusun oleh Setiausaha Agung dan Biro Politik.
Adam Adli ini adalah satu contoh kecil sahaja.
Semua jentera parti wajib berwaspada dan bersiap sedia mulai sekarang. Ini bukanlah perkara yang perlu di pandang ringan. Keselamatan dan masa depan rakyat berada di ambang bahaya. 

Langkah-langkah neutralisasi sudah amat wajar di ambil. Jika dibiarkan sahaja itu bakal mengundang kecelakaan besar. Hamba sendiri menjangkakan letusan kedua momentum bakal berlaku dalam bulan Januari 2012. 

Bersedialah untuk melemahkan dan meneutralisasikan PERANCANGAN FACK.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HEBOH DIKATAKAN NIK AZIZ SEDANG NAZAK.

Gambar Hiasan

Dalam blogsfera sekarang ini heboh diperkatakan bahawa Nik Aziz telah dimasukkan ke dalam hospital sejak 19hb disember 2011 dan keadaannya dikatakan sedang tenat. Apakah yang terlintas di benak fikiran kita? Ternyata Nik Aziz adalah seorang manusia biasa sahaja dan tertakluk kepada hukum hakam alam. 

Terfikir juga hamba adakah ini suatu petanda dan isyarat bahawa mendoakan kecelakaan, menolak perpaduan, membantu kafir harbi dan enggan mengakui kesilapan menghina Allah SWT serta Rasul Nya kembali semula kepada pemohonnya?

Adakah in petanda bahawa perjuangan PAS tidak direstui? apapun hamba mendoakan kesihatan yang baik kepada Pok Nik. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!