Khamis, 22 Disember 2011

AWAS ! PERANCANGAN FREE ANWAR CAMPAIGN (FACK)


FREE ANWAR CAMPAIGN KE-2 (FACK)
DIDEDAHKAN.

Prapukari melalui sumber GELAGAT ANWAR  seorang rakan bloger mendedahkan perancangan teliti Anwar Ibrahim untuk mencetuskan gelombang kemarahan rakyat melalui mahasiswa bobot belaannya, GA menulis:-
Tak perlu banyak pihak rasa terperanjat dengan kegilaan baru mahasiswa kononnya bersuara di atas landasan akademik. Mahasiswa sekarang bukan macam tahun 1974. Turun ke jalanan secara percuma dan benar-benar di atas jalan idealisme. Tidak. Semuanya ada harga. Semuanya ada pakej yang ditentukan lebih awal.
Memang target dan sasaran FACK adalah golongan muda. Ini memang sudah diperhalusi dengan baik oleh inner circle Bukit Segambut. Sentimen mahasiswa mesti dipanaskan dengan pelbagai isu dan tanggapan. Mahasiswa mesti dibawa ke jalanan, menggunakan apa sahaja asas yang ada. Memang menurut strategi inner circle, di peringkat awal – ianya mestilah berasaskan isu neutral dan tidak kontroversi. Kebebasan akademik adalah satu contoh yang sangat nyata.
Kali ini, FACK akan didorong oleh peruntukan kewangan yang lebih mantap. Semuanya dilakukan secara tersusun dan sepadu. Tak perlu nak jadi macam dulu-dulu. Minta dana sini sana. Minta sedekah dengan taikun Cina dan sebagainya.
Setelah terpecah strategi mengumpul 10k orang sewaktu kes Anwar minggu lalu – sekarang ini inner circle lebih hati-hati. Tidak ada ‘cash handouts’ yang diberi kepada mahasiswa secara terbuka. Semuanya disusun dengan hati-hati. Nombor akaun ‘Penggerak FACK’ di peringkat universiti sudahpun diperoleh. Pendekatan ini sangat sistematik. Malahan, ada juga cadangan agar semua mahasiswa/i yang terlibat sebagai penggerak utama diberikan akaun Blackberry/iPhone oleh sekretariat FACK. Ini bagi memudahkan kerahan tenaga dilakukan secara BBM/Whatapp applications. Banyak group blackberry yang sudah dibentuk di kalangan anak muda/mahasiswa. Ada yang masuk dalam Ops FACK1, Ops FACK2, KVG (Klang Valley Groups), SMM901, INSKA-UMNO Reform, ABIM-Alliance dan sebagainya.
Masing-masing disaran untuk maintain sekurang-kurannya 50 ahli group di dalam BBM masing-masing. Amat tersusun.
Antara yang dipersetujui oleh inner circle malam kelmarin:-
ABU dijadikan landasan di kalangan bekas penggerak reformasi. Semuanya disusun dengan kaedah yang sama. Communication: SMS, BBM Group (penggerak Negeri).
SMM menjadi sekretariat di kalangan generasi muda. Subliminal message mengenai Free Anwar Campaign (menggunakan Kebebasan Akademik sebagai alat gerakan). Communication: SMS, BBM, Twitter.
INSKA-UMNOb 
Reform sebagai trojan horse. Dibantu oleh sumbangan dana berkala seorang bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang kecewa kerana politik wang.
Jumlah elaun kesusahan akan ditentukan kemudian. Satu program: RM150 adalah jumlah yang dipersetujui di peringkat awal.
Websites dan international media: masih dalam perancangan. Belum ada keputusan siapa yang akan lead. Nama RPK disebut beberapa kali.
Butiran mengenai gerakan menghadapi 9 Januari (akan dimaklumkan kemudian). Sedang disusun oleh Setiausaha Agung dan Biro Politik.
Adam Adli ini adalah satu contoh kecil sahaja.
Semua jentera parti wajib berwaspada dan bersiap sedia mulai sekarang. Ini bukanlah perkara yang perlu di pandang ringan. Keselamatan dan masa depan rakyat berada di ambang bahaya. 

Langkah-langkah neutralisasi sudah amat wajar di ambil. Jika dibiarkan sahaja itu bakal mengundang kecelakaan besar. Hamba sendiri menjangkakan letusan kedua momentum bakal berlaku dalam bulan Januari 2012. 

Bersedialah untuk melemahkan dan meneutralisasikan PERANCANGAN FACK.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

  1. AKU CADANGKAN ALUMNI BEKAS PEMIMPIN PKR NI KE PENJARA SAMBUT BEKAS BOSS KORANG PADA 9.1.2012 NANTI Senarai Pemimpin PKR keluar parti
    Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar
    Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor
    Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Zainur Zakaria
    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Datuk S. Nallakarupan
    Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti:
    Bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
    Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
    Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
    Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Lokman Noor Adam
    Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip
    Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha
    Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
    Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
    Setiausaha PKR Bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
    Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
    Bekas Naib Presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
    Naib Presiden, Jeffrey Kitingan
    Datuk Zaid Ibrahim
    Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
    Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
    Bekas calon PKR Teluk Kemang / antara pengasas PKR, Abdul Manap Shahardin
    Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor, Datuk Dr Halili Rahmat
    Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak, Soraya Sulaiman
    Timbalan Ketua PKR Bagan Serai, Roshanita Mohd Basir
    Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah AbdullahKerusi Parlimen
    Ahli Parlimen Bayan Baru - Datuk Seri Zahrain Mohamed
    Ahli Parlimen Nibong Tebal - Tan Tee Beng
    Ahli Parlimen Bagan Serai - Mohsin Shamsuri
    Ahli Parlimen Kulim Baru - Zulkifli Nordin
    Ahli Parlimen Wangsa Maju - Wee Choo Keong
    Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
    Adun Behrang - Jamaluddin Mohd Radzi
    Adun Changkat Jering - Kapten (B) Mohd Osman Jailu
    Adun Ngemah - Gabriel Adit Demong
    Adun Lunas - Md Radzi Salleh
    Adun Pelabuhan Klang - Badrul Hisham Abdullah
    Adun Bukit Selambau - V. Arumugam
    Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang - Fairus Khairuddin

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa