Jumaat, 16 Disember 2011

BAHAYANYA WAHDATUL WUJUD - PERNYATAAN ALLAH ITU BERJISIM.

Masjid Agung Demak Perlambangan Kepada Perjuangan Menegakkan TAUHID yang Benar.

BAHAYA WAHDATUL WUJUD
WUJUD MAHKLUQ DISAMAKAN DENGAN WUJUD ALLAH SWT.

Setelah hamba menerbitkan artikel ANWAR IBRAHIM MEMBAWA WAHDATUL WUJUD, ada seorang pemberi komen mempertahankan fahaman Wahdatul Wujud. Bacalah komen beliau ini:-
Art_vespa berkata...

Jadinya, ia boleh mengelirukan umat islam la..

Persoalan kedua:- Roh kita ini diciptakan daripada Siapa?,daripada apa dzatNya? dan siapa penciptaNya? 

Bukankah Roh itu diambil sebahagian daripada NurNya Allah, lalu dimasukkan ke dalam jasadnya Adam.

“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dariKu, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.(Al-Hijr,ayat 29)

Mulianya manusia berbeza dari makhluk ciptaan Allah swt yg lain adalah kerana manusia itu mempunyai sebahagian dari NUR ALLAH swt iaitu ROH. 

Persoalan Ketiga:- Ada kata, Allah itu lebih dekat dgn kita lebih daripada urat leher kita sendiri. Katanya lagi, Allah itu lebih dekat dgn kita lebih dari hati kita sendiri. Jadinya, apakah maksudnya itu?

Abu Hurairah pernah berkata:- Sesungguhnya ilmuku ibarat 2 karung guni, sekarung boleh kuberikan/kuajarkan dan sekarung lagi jikalau kuajarkan, nescaya aku akan dicerca, dituduh murtad dan kamu akan memancung kepalaku.

WAHDATUL WUJUD itu tidak salah bagi yang mengerti dan mengalaminya, tetapi mesti dirahsiakan krn ia sebahagian drp rahsia2 Allah swt.Spt video yg saudara Upload, memg itulah yg akan terjadi.

Maka, adalah diperlukan bahawa Penulis perlu memahami hakikat sebenar maksud WAHDATUL WUJUD sebelum menyamakan dengan sesuatu, dikhuatiri mendatangkan salah tafsiran.Pelajarilah ilmu ini,kelak Penulis akan merasai kenikmatannya.

Wassalam
Apakah benar apa yang dituliskan oleh Art Vespa tersebut?  Hamba telah bertanya kepada yang lebih arif daripada Hamba mengenai perkara itu. Ternyata apa yang di tulis oleh art Vespa itu jauh tersasar dari TAUHID yang di bawa oleh seluruh para Rasul dan para Nabi Allah swt. Berikut adalah apa yang telah disampaikan oleh orang yang lebih arif itu kepada hamba ke atas persoalan yang ditimbulkan oleh pengamal Wahdatul Wujud. Kepada anda pembaca molek benar bertanya kepada Mufti, Tok Imam, ustaz bertauliah dan kepada Qadhi yang bertauliah. Jangan tanya Hamba pulak. Hamba pun bertanya kepada mereka yang disebutkan tadi.

Inilah yang menjadi pegangan dan panutan Anwar Ibrahim dan tidak mustahil sebahagian besar kepimpinan PAS. Fahaman ini adalah fahaman TALMUD. 

Hakikat ROH manusia dan sekelian kejadian itu bukanlah sepertimana yang dimengertikan oleh pengamal Wahdatul Wujud. Ianya jauh berbeza dari apa yang difahamkan oleh pengamal Wahdatul Wujud. Roh manusi itu ada permulaannya sedangkan Zat Allah itu tiada permulaan. Bukankah dalam sifat wajib dikatakan Allah itu wujud, qidam baqa dan bersalahan dengan segala yang baharu?

Persoalan ketiga yang dilemparkan olehnya itu ternyata amat keliru sekali pemahamannya. 'Hampir kepada urat merih' adalah isyarat bahawa mana-mana hamba Allah swt yang menyintai Allah swt sentiasa merasakan kehadiran Allah swt lebih hampir dari urat merihnya sendiri. Bukankah telah dinyatakan dalam sebuah hadis Rasullullah s.a.w. bahawa IHSAN itu ialah seolah-olah nampak Allah swt? Seolah-olah nampak maknanya "merasai kehadiran NYA". Perbandingannya ialah kekasih hati. Kenapa kita sentiasa mengatakan "Kekasih hatiku jauh di mata tapi dekat di hati?"

Wahdatul Wujud tidak mengungkapkan apa yang di sebut sebagai ' Sirrus-Sir atau Rahsia Di Dalam Rahsia yakni mengungkapkan HAKIKAT KEJADIAN INSAN. 

Wahdatul Wujud hanya mengajarkan pengamalnya menjadi TUHAN LEBIH DARI TUHAN. Inilah yang berlaku kepada Anwar Ibrahim yakni beliau menyakini bahawa beliau tiada pahala dan tiada dosa. Orang yang mengetahui tidak semestinya mengerti.

Perkara ini wajib di ambil serius oleh kerajaan Malaysia kerana fahaman Wahdatul Wujud ini sebenarnya mengajarkan pengamalnya menjadi TUHAN. kelam kabut caca marba umat Islam nanti jadinya seperti yang berlaku sekarang di Malaysia. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GAJI POK NIK NAIK LAGI, MAQ LEMPIRA LARI & RAKYAT TINGGAL DENGAN KAMBING.

NEGARA KEBAJIKAN 
ACUAN PAS & PKR.

NEGARA KEBAJIKAN yang menggantikan perjuangan menegakkan Negara Islam dan mengenepikan perlaksanaan Hudud. Bagaimana hendak memperjuangkan sesuatu yang sudah ada? melainkan ianya adalah suatu alasan untuk terus berkuasa. 

Rakan bloger GAP mendedahkan gaji Pok Nik akan naik lagi. Lihat di bawah ini dan baca selanjutnya GERAKAN ANTI PKR. Anda akan dapat membaca kisah sebuah keluarga di Kelantan yang tinggal bersama haiwan ternakan mereka kerana tidak merasa aman dari kecurian, Anih bukan? Sebuah negeri yang mengwar-warkan bahawa Islam adalah amalan mereka namun gagal menjamin keamanan kepada rakyat sendiri. 
Rakan bloger The Flyingkick pula mendedahkan maklumat terkini di mana maq Lempira Zuraida bekas warga Singapura terpaksa melarikan diri ke Simpang Renggam. Kerana apa? Kerana beliau amat ketakutan di serang oleh Rahimi Osman, Zulkiflee Nordin dan Kak Ijat. 

Terpaksalah Maq Lempira Zuraida melarikan diri ke Simpang Renggam kerana tahu segala kepincangan, hasutan jahat dan ketidakupayaannya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat bakal terbongkar. 

Setelah usahanya merobohkan Dewan UMNO di Kampung Seri Melor digagalkan, beliau pun terpaksalah mengilai di tempat lain. Bak kata rakan bloger The Flying Kick Mak Lempira Zuraida ini adalah Ahli Parlimen yang paling tidak berguna dan tidak bekerja melainkan hanya menyebarkan fitnah hasutan sahaja.  Baca seterusnya di sini THE FLYING KICK.

Baca juga pendedahan oleh PAPA GOMO mengenai Pak Seks Syaithi Anwar Ibrahim yang tetap berdegil mahu menguasai Malaysia dan menjadi Perdana Menteri gara-gara terlalu yakin bahawa panutan Wahdatul Wujud amalannya itu mampu menjadi Raja.

Sebentar lagi hamba akan terbitkan sebuah artikel mengenai Wahdatul Wujud di mana ada seorang pemberi komen yang telah mempertahankan Wahdatul Wujud dengan mengadakan apa yang tiada di dalam TAUHID. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAS ISYTIHAR PERANG KE ATAS HASAN ALI & NASHARUDIN ISA


WAKTU DI MANA ORANG BERIMAN DIPERANGI OLEH PARA HIPOKRIT


Keduanya di anggap sebagai liabiliti kepada kepimpinan PAS yang pro Anwar Ibrahim pencetus kepada IKD, pencetus kepada Reformasi 98 dan Universiti Bangsar Utama. 

Keduanya mahukan Melayu Islam bersatu dan berpadu dalam semua segi agama, pendidikan, sosial, ekonomi dan politik. Mereka menjadi kemarahan kepada pro Anwar dalam PAS dan pro Pok Nik kerana mereka berdua mempertahankan akidah dan menyeru kepada perpaduan umat Melayu Islam. 

Perkara yang sama juga berlaku di dalam UMNO. Kumpulan Pembaharuan yang rata-rata adalah bekas anggota Reformasi 98 dan pernah menjalani kursus pendek di IKD dan penyinta Anwar Ibrahim juga tidak menyukai idea perpaduan umat Melayu Islam. Mereka mahu menjadikan UMNO dipersiapkan untuk Anwar Ibrahim. 

Memetik kata-kata Usman Awang ' Melayu Berani kerana bersalah' amat menepati ciri-ciri dan tindakan puak pembaharuan dalam UMNO dan begitu juga puak pro Anwar dan Pok Nik di dalam PAS.

PRU13 sememangnya menjadi asas dan pencetus kepada halatuju baru negara. Buat pengundi semua jangan ambil peduli dengan pembohongan pro Anwar, pro Pok Nik (PKR & PAS) dan kumpulan pembaharuan dalam UMNO sebaliknya dengarlah seruan perpaduan dan penyatuan umat Melayu Islam. Masanya sudah tiba untuk mengukir kembali kegemilangan dan kebangkitan kedua Melayu Islam. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


GEMPAR! KOD 71 PONTIANAK MENGAMUK DI AMPANG JAYA

MAQ LEMPIRA ZURAIDA
PONTIANAK HUDUH SINGAPURA 
KO 71 ROBOHKAN DEWAN ORANGRAMAI!


Maq Lempira Zuraida berkod 71 bekas warga Singapura menjadi warganegara Malaysia atas ihsan belas kasihan UMNO. Maklumlah Maq Lempira di Singapura merempat bangsat. Maka sudah tentulah Maq Lempira amat dengkikan UMNO yang berjaya memertabatkan bangsa. Berjaya menjadi ahli Parlimen di bawah PKR (Parti Kuat Roboh) . Bencinya Maq Lempira kepada UMNO termasuklah bangunan yang ada lambang UMNO dan digunakan oleh orangramai selama 20 tahun. 


Maq Lempira Zuraida telah memberikan arahan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merobohkan Dewan Datp' Mufti Shuib kerana bimbang rakyat masih sayangkan UMNO. Arahan tersebut tidak berdasarkan kepada sebarang sebab musabab yang munasabah. Melainkan mungkin kerana bangunan tersebut menghalang pontianak sundal malam macam Mak Lempira ini terus menerus menghisap darah penduduk.




Dewan tersebut didirikan dengan kelulusan dan bukan dipacakkan saja oleh UMNO. Sepanjang sejarah UMNO memerintah Selangor tidak ada satu pun bangunan pesaing politik nya dirobohkan.

Ini adalah sejarah hitam kepada amalan demokrasi dan politik matang di Selangor dan buat negara. Pertama kali sebuah bangunan milik parti pesaing dirobohkan hanya semata ianya kepunyaan parti pesaing. 

Semenjak berkuasa Pakatan haram jadah memang giat dan menjadi hobi mereka merobohkan bangunan-bangunan milik parti pesaing. Terjadi di Kelana Jaya dan kini di Ampang Jaya. 

Malah di bawah pentadbiran Pakatan Haram Jadah banyak samseng dan gengster menjadi ahli Majlis Perbandaran. Baca seterusnya di sini KUKUKAKI

Oleh itu fikirlah sendiri. Ini baru mereka berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan bayangkanlah kalau mereka berkuasa sepenuhnya. sudah pasti PWTC dan KLCC pun mereka sanggup robohkan. 


Mula-mula mereka merobohkan bangunan milik parti pesaing mereka. Lama kelamaan ianya menjadi tabiat semulajadi buat mereka merobohkan rumah dan bangunan milik rakyat yang tidak mengundi mereka.


Baca seterusnya di sini THEFLYINGKICK dan di sini APA

TEPUK DADA TANYA IMAN!

APAKEJADAHNYA PULAK PAPA GOMO INI ! JOM BACA.

PENJELASAN PAPA GOMO





Gua Marahlah Sebab Papa gomo kacau daun agenda bekas Reformis 98 dalam UMNO, Kami nak jadi Menteri nanti lepas PRU 13!

Papa Gomo menulis:-
Sebaik sahaja Guan Eng masuk ke dalam dek utama Gomo dengar Kapten Bahar memanggil "Blogger Move" sebanyak tiga kali perkataan itu disebut dan Gomo tampa berlengah dan bertanyakaan soalan terus mencapai Camera dan Bag untuk keluar dari Scorpene. Wartawan Bernama dan juga TV3 terpinga pinga apabila melihat Gomo diarahkan keluar dari Scorpene.

Kapten Bahar sempat mengucapkan terima kasih kepada Gomo sewaktu Gomo turun dari tangga Scorpene dan kemudianya Gomo menaiki Boat menuju ke KD Hang Jebat dimana para wartawan ditempatkan.

Sebaik sahaja sampai di KD Jebat Gomo yang sebenarnya masih terpinga pinga kerana diarahkan keluar telah didatangi oleh seorang pegawai TLDM yang menyatakan " Sabar Papa, arahan datang mengejut so kami terpaksa keluarkan awak." Gomo yang pada waktu itu agak murung kerana tidak menjangka akan dihalau dari KD Tun Razak hanya mengganguk sahaja dan menyatakan " Tidak mengapa kerana sudah belayar 5 jam atas KD Tun Razak".

Pegawai tersebut kemudiannya memberitahu Gomo bahawa Blogger Big Dog berada diatas KD Lekiu yang mana Big Dog datang bersama sama Guan Eng dalam satu Helikopter yang sama.
Pepuak bekas Reformis 98 semakin bingung dan kebimbangan kerana Papa Gomo sentiasa kacau daun gameplan mereka. Hairannya Big Dog yang bersama Guan End tidak pula dipertikaikan oleh sesiapa pun. Kenapa? Sila baca selanjutnya di sini PAPA GOMO

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANWAR IBRAHIM MEMBAWA WAHDATUL WUJUD.



MENGAMBIL IKTIBAR DARI SEJARAH PERKEMBANGAN DAKWAH ISLAM DI NUSANTARA & PERMASALAHAN YANG TIMBUL PADA HARI INI.


Hamba menyeru kepada semua kembali memperingati apa yang pernah berlaku di nusantara sewaktu di awal pengembangan dakwah Islam pada jaman Wali Sangga. Haruslah kalian mengerti bahawa pada jaman itu di nusantara sudah ada ajaran yang menyimpang dinamakan Wahdatul Wujud yang pada jaman ini dikenali sebagai Pluralisma dan Liberalisma dalam bentuk yang baharu.

Pembawanya adalah syeh syaithi Jenar atau Syeh Lemah Abang. beliau mengambil ajaran dari kitab Al Haq tanpa sebarang guru yang benar. Pengamal ilmu ini memang memiliki keluarbiasaan dan mampu mengelirukan akidah orang banyak seperti yang berlaku pada hari ini di Malaysia oleh PAS dan PKR. Ajaran ini telah di tentang habis-habisan oleh para Wali Sangga terutamanya Sunan Kalijaga.



Para Wali Sangga telah mengambil keputusan bermesyuarah terlebih dahulu dengan syeh syaithi Jenar bagi memastikan apakah keyakinannya itu dan apakah perlaksanaan ajarannya. Klip video di bawah. Berlaku perbincangan yang begitu menarik seperti di bawah ini.



Sunan Kalijaga menawarkan dirinya untuk menangkap syeh syaithi Jenar lalu berlakulah pengejaran yang melahirkan cerita menarik seperti yang diceritakan semula dalam klip video di bawah ini. Setelah beradu ilmu barulah Sunan Kalijaga berjaya menangkap syeh syaithi Jenar. Setelah diadili maka hukuman hudud pancung sampai mati dikenakan ke atas syeh syaithi Jenar di atas kesalahan menyebarkan ajaran yang merosakkan akidah rakyat.



Namun adakah ajaran Wahdatul Wujud itu sudah hilang? Syeh syaithi Jenar mempunyai ramai anak murid. Ajaran dan kefahamannya turut menyebar sehingga ke hari ini. Sampailah kepada Anwar Ibrahim mempelajarinya dan menyebarkannya pula kepada anak-anak muda di dalam PKR dan diikuti oleh PAS.

Disebabkan itulah anda melihat bagaimana celarunya dan kelirunya masyarakat Islam di Malaysia pada hari ini. Bagaimana dalam isu-isu mengenai akidah. PKR dan PAS mengambil pendekatan yang jauh berbeza dengan fahaman ahlissunnah wal jamaah. 

Anda berfikirlah sendiri setelah mengambil iktibar dari pengajaran sejarah. Lihatlah sendiri bagaimana Anwar Ibrahim beserta anak-anak didiknya merosakkan akidah dan kefahaman Islam di dalam PAS sehingga tiada seorang ulama' mahupun pemimpin di Malaysia pun mampu mengalahkan hujahnya. 

Keangkuhan dan kesombongan dalam tuturkata, tindakan dan pemikiran PKR, bekas Reformasi 98 dan PAS yang mendapat didikan daripada Anwar Ibrahim jelas terlihat oleh kita. 

Bukan sahaja Anwar Ibrahim patut dipenjarakan malah kesemua pengikut setianya wajib diperbetulkan semula akidah mereka. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!