Jumaat, 16 Disember 2011

PAS ISYTIHAR PERANG KE ATAS HASAN ALI & NASHARUDIN ISA


WAKTU DI MANA ORANG BERIMAN DIPERANGI OLEH PARA HIPOKRIT


Keduanya di anggap sebagai liabiliti kepada kepimpinan PAS yang pro Anwar Ibrahim pencetus kepada IKD, pencetus kepada Reformasi 98 dan Universiti Bangsar Utama. 

Keduanya mahukan Melayu Islam bersatu dan berpadu dalam semua segi agama, pendidikan, sosial, ekonomi dan politik. Mereka menjadi kemarahan kepada pro Anwar dalam PAS dan pro Pok Nik kerana mereka berdua mempertahankan akidah dan menyeru kepada perpaduan umat Melayu Islam. 

Perkara yang sama juga berlaku di dalam UMNO. Kumpulan Pembaharuan yang rata-rata adalah bekas anggota Reformasi 98 dan pernah menjalani kursus pendek di IKD dan penyinta Anwar Ibrahim juga tidak menyukai idea perpaduan umat Melayu Islam. Mereka mahu menjadikan UMNO dipersiapkan untuk Anwar Ibrahim. 

Memetik kata-kata Usman Awang ' Melayu Berani kerana bersalah' amat menepati ciri-ciri dan tindakan puak pembaharuan dalam UMNO dan begitu juga puak pro Anwar dan Pok Nik di dalam PAS.

PRU13 sememangnya menjadi asas dan pencetus kepada halatuju baru negara. Buat pengundi semua jangan ambil peduli dengan pembohongan pro Anwar, pro Pok Nik (PKR & PAS) dan kumpulan pembaharuan dalam UMNO sebaliknya dengarlah seruan perpaduan dan penyatuan umat Melayu Islam. Masanya sudah tiba untuk mengukir kembali kegemilangan dan kebangkitan kedua Melayu Islam. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa