Khamis, 3 November 2011

JANGAN BIARKAN BUMI BERTUAH INI TERLAKNAT KERANA SEKSUALITI NERAKA!


HAMBA MENYERU SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG ENGGAN TUNDUK KEPADA SERUAN KESESATAN SEKSUALITI MERDEKA NERAKA AGAR BANGKIT DAN SETIAP HARI BUAT BANTAHAN DI DEPAN MAJLIS PEGUAM WALAUPUN HANYA DUA ORANG SAHAJA SEBAGAI BANTAHAN KEPADA SERUAN MEREKA MENGAJAK KITA KEPADA KEMUSNAHAN MUTLAK. SELAMATKAN NEGARA INI!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

'AKUI HAKIKAT BARULAH BERCAKAP' PESAN PENGHULU SEGALA UMAT.

 Pok Nik Bukan Tak Sokong Tapi Jenis Keras Kepala Batu Granit Sebab Sikap Kenegeriannya


SALAH SATU PUNCA UTAMA PERPECAHAN DALAM POLITIK MELAYU MALAYSIA IALAH MASALAH SEMANGAT KENENGERIAN / KEPUAKAN YANG AMAT MENEBAL. RATA-RATA SESAMA MELAYU MASIH SUKA MENDSIKRIMINASI DAN MEMPERKECILKAN BAKAT MANA-MANA MELAYU YANG BERLAINAN NEGERI. SEMANGAT INI TERBAWA-BAWA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN TERMASUKLAH DALAM BIDANG POLITIK. SEMASA DATO' ONN MENGERAHKAN TENAGANYA KE SERATA PELUSUK NEGERI-NEGER TANAH MELAYU MENYATUPADUKAN MELAYU , DATO ONN BERJAYA MELAKUKANNYA KERANA DI SOKONG KUAT OLEH PEMBESAR-PEMBESAR ISTANA YANG BERPENGARUH TINGGI. SISTEM FEUDAL MELAYULAH INILAH YANG BERJAYA DIMANAFAATKAN OLEH DATO' ONN MENYATUPADUKAN MELAYU. FIKIRKAN SEDALAM-DALAMNYA. POK NIK PUN MASA ITU DUDUK DIAM-DIAM. SEKARANG INI DALAM SOAL KEMPEN SEKSUALITI MERDEKA, DEWAN ULAMA PAS PUN DIAM. TAPI KEMAIN BISING PASAL HUDUD, DS NAJIB PERGI MEKAH, FITNAH CINCIN, LEMBU FIDLOT DAN KUAT MEMBANTAH HIMPUN SERTA KERAJAAN PERPADUAN. 


TEPUK DADA TANYA IMAN!

DIMANAKAH KOMITMEN PERJUANGAN ISLAM PAS SEBENARNYA?




KOMITMEN PAS. Penganjuran SEKSUALITI MERDEKA merupakan suatu hadiah penghinaan kepada kita semua. Malam semalam 2hb November 2011 di bangunan rasmi Majlis Peguam penganjurnya mengadakan Forum bertajuk: Human Right For LGBTIQ: Making It Real ... In Malaysia. Tujuan forum ini ialah membenarkan amalan kaum Nabi Luth a.s. diamalkan secara bebas tanpa sebarang sekatan di Malaysia na'zubillahi-min-zalik!. Perbahasan dari sudut Piagam Hak Asasi Manusia pun menolak amalan songsang seksualiti sedemikian kerana amat bertentangan dengan naluri manusiawi sendiri. Tujuan seks ialah begitu murni dan suci. Amalan seks baik ialah melalui ikatan pernikahan yang halal mengikut amalan agama dan kepercayaan masing-masing dan menolak perzinaan. Manakala amalan seks yang diamalkan oleh LGBTIQ adalah merupakan amalan seks yang tidak baik berdasarkan kepada hawa nafsu semata-mata. Tidakkah kita semua sebagai manusia mahukan perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan menolak perkara-perkara buruk seperti LGBTIQ ini? Anihnya kelompok seperti Ambiga dan Majlis Peguam serta kumpulan Hak Asasi Manusia ini ialah mereka mendakwa menentang kezaliman tetapi mereka menerima kezaliman yang berbagai jenis.Bayangkanlah kalau semua manusia mengamalkan LGBTIQ apa sudahnya keturunan manusia nanti? Dimanakah maruah dan harga diri manusia hendak diletakkan? Puak-puak Liberal yang tidak mempunyai sebarang kepercayaan dan agama samawi tetapi mengikuti ajaran satanisma tidak seharusnya diberikan sebarang sokongan oleh mana-mana pihak terutamanya PAS. Sewajibnya kita menentang keras segala usaha-usaha puak-puak satanisma ini. Malangnya PAS berdiam diri sama seperti dalam isu DUMC dan HIMPUN sehinggakan Dato Hasan Ali bertindak membantah semua perintah 'Gagged Order' yang dikeluarkan oleh PAS PUSAT. PKR pula memang dipenuhi oleh para Liberalis, Pluralis dan Satanis. Begitu juga DAP. Bertambah anih kerana sibertruper bloger dan pelayar maya pembangkang berdiam diri dalam soal ini sebaliknya mereka hanya menyibukkan diri mereka menyebarluas pelbagai fitnah hasutan kepada DS Najib, DS Rosmah dan kepada UMNO. Mereka bertindak menghalalkan perbuatan puak satanisma dengan melemparkan segala macam fitnah hasutan kepada UMNO dan pemimpin UMNO/BARISAN NASIONAL. Ini merupakan suatu perkara yang amat membahayakan ISLAM, TAUHID dan NEGARA. Kesimpulannya anda sendiri boleh simpulkan yakni adakah anda masih mahu menyokong parti-parti politik seperti pas-dap-pkr yang mendokong fahaman satanisma ataupun anda mahu memberikan sokongan kepada pihak yang selama ini, UMNO / BARISAN NASIONAL tidak pernah menyokong fahaman satanisma? Buatlah pilihan terbaik jangan lagi terpedaya dengan permainan politik kotor keji pkr-dap-pas.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KENAPA BERLEMBUT DENGAN MAJLIS PEGUAM & AMBIGA?

Inilah Kelompok Manusia Yang Sebenarnya Gila Segala-galanya.

TINDAKAN PERLU DI AMBIL. Majoriti rakyat yang bukan kelompok LGBT merasa cukup kesal dengan Ambiga dan Majlis Peguam. Penganjuran kempen Seksualiti Merdeka merupakan tindakan mereka yang paling tolol. Majlis Peguam dan Ambiga sudah banyak kali menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Malaysia. Banyak kali mencabar penguatkuasaan perundangan dengan sengaja. Mereka sengaja menganjurkan sesuatu yang bertentangan dengan asas Perlembagaan Malaysia. Bermula dari isu murtad kepada isu BERSIH kepada SEKSUALITI MERDEKA mereka melakukannya tanpa memikirkan impak negatif yang terwujud kerananya. Kedegilan mereka berpunca daripada sikap sesetengah tokoh Melayu yang turut memberikan sokongan kepada usaha mereka. Ini bertambah teruk apabila segala lapuran polis terhadap mereka tidak diketahui samada diberikan perhatian atau tidak. Sewajarnya tindakan di ambil terhadap Ambiga dan Majlis Peguam. Semestinya apabila tindakan di buat sudah tentulah timbul bantahan tetapi jika tiada tindakan di ambil bantahan yang di buat pada peti undi. Paling tidak penganjuran seperti ini seharusnya di pantau dan di kawal selia. Majlis Peguam dan Ambiga hanya mencetuskan konflik dan kontradiksi kepada amalan budaya kebiasaan  masyarakat Malaysia. Jika pihak kerajaan merasakan welah untuk bertindak maka pihak kerajaan sewajibnya menganjurkan pula kempen kesedaran mengenai bahaya menjalani kehidupan sebagai LGBT. Tetapi ini pun tidak dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun kelompok dalam parti pemerintah yang merasakan diri mereka lebih pandai daripada semua orang. Di mana Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Asri dalam memainkan peranan memampan segala usaha-usaha seperti itu? Mereka lantang bercakap dan membantah jika tindakan di ambil tetapi mendiamkan diri ke atas usaha-usaha seperti itu. Kita tidak membenci dan mendiskriminasikan golongan LGBT ini tetapi ianya amat bertentangan dengan amalan murni Islam serta peradaban naluri manusia sendiri. Sememangnya golongan tersebut amat perlu diberikan didikan dan bimbingan untuk meninggalkan tabiat songsang itu dan bukannya menggalakkan lagi mereka melakukannya sepertimana penganjuran SEKSUALITI MERDEKA. PAS dan gerombolan bloger pembangkang pula merestuinya. Adakah ini kerana pemimpin pujaan mereka sendiri pun turut terlibat dalam kegiatan LGBT? Jadi anda fikirkanlah, pembangkang apabila berkuasa sedikit sudah banyak menimbulkan bermacam-macam kontradiksi dan konflik di kalangan masyarakat. Apatahlagi jika mereka berkuasa penuh. Anda mahu hidup dalam konflik dan kontradiksi di bawah pemerintahan dan pentadbiran pembangkang untuk selamanya?

TEPUK DADA TANYA IMAN!