Inilah Kelompok Manusia Yang Sebenarnya Gila Segala-galanya.
TINDAKAN PERLU DI AMBIL. Majoriti rakyat yang bukan kelompok LGBT merasa cukup kesal dengan Ambiga dan Majlis Peguam. Penganjuran kempen Seksualiti Merdeka merupakan tindakan mereka yang paling tolol. Majlis Peguam dan Ambiga sudah banyak kali menimbulkan keresahan di kalangan penduduk Malaysia. Banyak kali mencabar penguatkuasaan perundangan dengan sengaja. Mereka sengaja menganjurkan sesuatu yang bertentangan dengan asas Perlembagaan Malaysia. Bermula dari isu murtad kepada isu BERSIH kepada SEKSUALITI MERDEKA mereka melakukannya tanpa memikirkan impak negatif yang terwujud kerananya. Kedegilan mereka berpunca daripada sikap sesetengah tokoh Melayu yang turut memberikan sokongan kepada usaha mereka. Ini bertambah teruk apabila segala lapuran polis terhadap mereka tidak diketahui samada diberikan perhatian atau tidak. Sewajarnya tindakan di ambil terhadap Ambiga dan Majlis Peguam. Semestinya apabila tindakan di buat sudah tentulah timbul bantahan tetapi jika tiada tindakan di ambil bantahan yang di buat pada peti undi. Paling tidak penganjuran seperti ini seharusnya di pantau dan di kawal selia. Majlis Peguam dan Ambiga hanya mencetuskan konflik dan kontradiksi kepada amalan budaya kebiasaan masyarakat Malaysia. Jika pihak kerajaan merasakan welah untuk bertindak maka pihak kerajaan sewajibnya menganjurkan pula kempen kesedaran mengenai bahaya menjalani kehidupan sebagai LGBT. Tetapi ini pun tidak dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun kelompok dalam parti pemerintah yang merasakan diri mereka lebih pandai daripada semua orang. Di mana Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Asri dalam memainkan peranan memampan segala usaha-usaha seperti itu? Mereka lantang bercakap dan membantah jika tindakan di ambil tetapi mendiamkan diri ke atas usaha-usaha seperti itu. Kita tidak membenci dan mendiskriminasikan golongan LGBT ini tetapi ianya amat bertentangan dengan amalan murni Islam serta peradaban naluri manusia sendiri. Sememangnya golongan tersebut amat perlu diberikan didikan dan bimbingan untuk meninggalkan tabiat songsang itu dan bukannya menggalakkan lagi mereka melakukannya sepertimana penganjuran SEKSUALITI MERDEKA. PAS dan gerombolan bloger pembangkang pula merestuinya. Adakah ini kerana pemimpin pujaan mereka sendiri pun turut terlibat dalam kegiatan LGBT? Jadi anda fikirkanlah, pembangkang apabila berkuasa sedikit sudah banyak menimbulkan bermacam-macam kontradiksi dan konflik di kalangan masyarakat. Apatahlagi jika mereka berkuasa penuh. Anda mahu hidup dalam konflik dan kontradiksi di bawah pemerintahan dan pentadbiran pembangkang untuk selamanya?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
hanya kebebasan bersuara dalam konteks budaya dan anutan yang harus dikira sebagai ikut law!
BalasPadamkalau kebebasan bersuara itu terbabas lalu melanggar tiang dan pokok2 (budaya dan anutan), sebaiknya di saman.
kerajaan pasti berdepan situasi telan jadi itu, luah jadi ini. serba tak kena.
namun marhaen masih berfikiran kerajaan harus luahkan tetapi bukan telan isu berkenaan.
MARHAEN
Benar MARHAEN.
BalasPadam