Rabu, 14 September 2011

MALAM ESUK AMANAT PENTING DIUMUMKAN!


Sebelum ini dalam ucapan pada sambutan MERDEKA RAYA pada malam 30hb Ogos 2011, DS Najib ada menyebutkan mengenai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang baru iaitu mengenai Kos Sara Hidup rakyat.

Pada kali ini, DS Najib akan mengumumkan suatu kejutan besar mengenai penekanan kepada perkara-perkara Utama pentignya menyumbang kepada perubahan-perubahan yang difikirkan perlu dan wajar buat kerajaan dan negara.

Janganlah ketinggalan ! Selalunya perkara-perkara penting seperti ini rakyat selalu tidak ambil pusing. Pada kali ini AMBIL PUSINGLAH!

AL KESAH KELUAR PKR, UMNO SAMAN PAS DAN GUAN ENG BAKAL DITABAL MENJADI PM.

Al Kisahnya, ahli PKR Pahang telah isytihar keluar Parti kerana kecewa dengan kepimpinan Anwar Ibrahim. Turut dijadikan alasan ialah kerana halatuju dan perjuangan PKR yang tidak menentu hala dan tiada arah tujuan. Perjuangan utama PKR hanya hendak menabalkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jawatan yang turut juga disahkan oleh DAP bakal diberikan kepada Lim Guan Eng.Manakala UMNO Selangor menjadi agresif dengan bertindak ke atas segala tohmahan dan fitnah PAS dengan memfailkan Saman Malu. Seramai 200 ribu orang China Doll pelbagai kewarganegaraan bakal memeriahkan Industri Pusat Maksiat di semua negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pro Komunis.

PKR PAHANG KECEWA & KELUAR PARTI.
(sumber Semut Hitam.)


Datuk Alimuddin Sawal , 53, seorang usahawan berjaya di Mentakab, Pahang Darul Makmur mengumumkan keluar PKR kerana berpendapat PKR sudah hilang arahtuju dalam perjuangan menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Selama ini, saya dan rakan di Mentakab mengikut telunjuk kepimpinan PKR peringkat atasan yang hanya memfokus jalan ke Putrajaya, namun kami di peringkat cabang dan bawahan dilupakan.
“”Saya kesal dan insaf melihat senario pergolakan dalam PKR yang sudah menyimpang daripada perjuangan asal dan tindak tanduk pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya.

Sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian tiada berguna. Mujurlah beliau sempat sesal dahulu. Ini berkemungkinan juga beliau telah banyak menghabiskan wang ringgit sendiri untuk PKR. Sedangkan PKR PUSAT sedang bergolak dan berebut untuk menjadi calon PRU 13. 

Apalah hendak diharapkan kepada Fuziah Rektor Bocor pun. Apa pun tak boleh!

UMNO NEGERI SELANGOR SAMAN PAS RM 10 JUTA.
(Sumber Keris Putera)


UMNO NEGERI SELANGOR turut mengambil langkah agresif bagi memberikan PAS 'Pendidikan Semula Adab Sopan Santun Melayu Islam' dengan memfailkan SAMAN MALU bagi tuntutan RM10 juta terhadap

Presiden PAS Hj Hadi Awang
Timbalan Presiden PAS Mat Sabu
Ketua Editor Harakah Ahmad Lufti
wartawan Harakah Hairul Azlan Mohamad
Pencetak Harakah Daily Angkatan Edaran EnterpriseSdn. Bhd.

Saman tersebut telah difailkan pada jam 11.45 pagi di Kompleks Mahkamah Shah Alam oleh peguam UMNO Dato Azfarizam.

Tindakan itu di ambil melalui Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Dato Ir. Zin Mohamad

LIM GUAN ENG BAKAL DI TABAL MENJADI PM?
sumber : MiM,


Kisah seterusnya ialah mengenai kenyataan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook yang diterbitkan dalam suratkhabar bebahasa Cina 12hb September 2011 yang berbunyi seperti berikut"-
11hb Kajang, 
Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook berkata, strategi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah, Pas dan PKR akan mencabar UMNO, DAP pula akan mencabar MCA. Lock Siew Fook semasa menghadiri upacara tarian singa ajuran belia DAP sempena nama kumpulan tarian singa piala Ean Yong Hian Wah yang bergelar nama 'tukar purnama berwajah baru' berkata demikian.Beliau berharap pada PRU akan datang DAP dapat tubuhkan sebuah kerajaan baru, supaya Lim Guan Eng setiausaha DAP menjadi perdana menteri kaum Cina yang pertama di negara ini, dan supaya Pakatan Rakyat dapat mewakili semua jawatan-jawatan menteri yang ada pada MCA sekarang ini, pada masa sama kembalikan sistem pilihan raya kerajaan tempatan.

Isu mengenai Guan Eng mahu Perdana Menteri Malaysia bukanlah suatu perkara rahsia lagi yang mampu disembunyikan oleh DAP.  Malah Guan Eng mempunyai laman fesbuk untuk mencari pengaruh agar dapat mencapai impian menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Lupakan saja mengenai Anwar Ibrahim dan Hj Hadi yang hanya menumpang populariti DAP dan berada di bawah belas ehsan DAP sahaja.

Ini menunjukkan bahawa DAP semakin angkoh dan sombong dalam Pakatan Pro Komunis. Sudah jelas niat dan maksud DAP tetap mahukan jawatan Perdana Menteri di jawat oleh mereka dan seeterusnya memerintah Malaysia melalui proksi-proksi hamba abdi mereka PKR dan PAS.


Makin berpusinglah dan semakin kronik lah penyakit jantung Lim Guan Eng selepas ini. Taktik DAP untuk menafikannya sudah lapok dan amat dijangkakan. 


200 RIBU CHINA DOLL MEMERIAHKAN INDUSTRI


 RUMAH URUT  
sumber-Pisau



Sebenarnya bukanlah China Doll yang bakal tiba tetapi ini mengenai sasaran yang ditetapkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin..

Kata beliau, sasaran itu berdasarkan kepada kedudukan strategik negara di rantau ini yang menggalakkan percambahan rentas idea, budaya dan dialog peradaban dengan masyarakat dunia.-Utusan Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menambah, kerajaan menyasarkan menarik seramai 200,000 pelajar antarabangsa ke negara ini menjelang 2020 dengan nilai pelaburan sebanyak RM600 bilion.

Hambe sokong juga sepertimana Pisau menyokongnya tetapi kami berpendapat perlulah berhati-hati kerana pada masa sekarang pun ramai warga-warga asing datang ke Malaysia guna visa pelajar tetapi buat kerja 'lain' yakni menajdi 'Pemandu Pelacuran" di Malaysia. 

Penguatkuasaan wajiblah diperketatkan dan pemantauan dilakukan secara berterusan bagi menjamin kehadiran mereka benar-benar untuk belajar dan bukannya untuk 'menjual tubuh badan mereka'. 

Ada berita menarik nanti di bloh pisau mengenai senarai calun PRU 13 yang dikeluarkan oleh PAS KAWASAN.





HIDUP PEJUANG ! HIDUP PEJUANG ! HIDUP PEJUANG!

HIDUP PEJUANG!

HIDUP PEJUANG!

HIDUP PEJUANG!


September 13, 2011, Pagoh, Johor Darul Ta'zim: Itulah laungan yang disebutkan dalam MAJLIS MEMPERINGATI PEJUANG NEGARA yang julung kali diadakan. Seramai 1,000 orang bekas polis dan tentera menghadirinya di perkarangan bekas tapak Rumah Pasong Bukit Kepong.

Linangan airmata dan kesedihan jelas terpapar pada wajah bekas anggota Polis dan waris anggota-anggota Polis yang terkorban mengenangkan tragedi serangan tidak berperikemanusiaan pengganas komunis pada Febuari 1950.


MAJLIS itu turut menetapkan sebuah DEKLARASI BUKIT KEPONG , antara lain:-
"BAHAWA KAMI SELURUH AHLI PERSATUAN BEKAS POLIS MALAYSIA DAN PERSATUAN BEKAS TENTERA MALAYSIA PADA 13 SEPTEMBER 2011 DENGAN INI MEMBANTAH SERTA MENOLAK APA-APA JUA KENYATAAN YANG BOLEH MENGGURIS HATI DAN PERASAAN PEJUANG YANG MEMPERTAHANKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA"
DEKLARASI BUKIT KEPONG itu kemudian diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Bekas Polis Johor, Datuk Mohd. Shah Isnin kepada kurator Muzium Polis Superitendan Said Zainal Abidin Said Zain. 


Turut diadakan forum bertajuk 'SIAPA PEJUANG SEBENAR'. Majlis tahlil turut diadakan. 


Bekas Ketua Polis Negara, Datuk Rahim Noor turut menempelak mengatakan bahawa ramai Melayu yang mneyertai PKM berlatarbelakang pendidikan agama tidak menyedari mereka di tipu oleh Komunis.


"Saya sudah menulis banyak buku tetapi orang tidka baca, orang baca laman web, jadi kita semua perlu membetulkannya dengan cara mendidik anak kita tentang sejarah dan dasar negara." kata Profesor Datuk Ramlah Adam, Pengarah Fakulti Sains Pentadbiran Dan Pengajian Polisi UiTM.



MAT INDERA SEPAK TERAJANG ISTERI DAN ANAK-ANAK ANGGOTA POLIS!



Anda patut mengikuti blog RBF pada hari ini kerana beliau sedang melakukan pendedahan ekslusif mengenai kisah dan perbuatan Mat Indera. Segala maklumat diperolehi oleh beliau daripada Datuk JJ Raj pada waktu ini. 

Datuk JJ Raj adalah bekas OCPD bagi Pagoh pada 1950. Ini menafikan dengan jelas dakwaan Isham Rais yang sebelum ini mengatakan bahawa seorang pegawai Ingeris yang menjadi OCPD.

Sepertimana yang diketahui pihak PAS dan Isham Rais cuba menengahkan kisan romantika mengenai kebaikan Mat Indera semasa kejadian serangan Rumah Pasong Bukit Kepong. Ternyata itu semua adalah PENDUSTAAN DAJAL semata-mata!

Isteri-isteri anggota-anggota Polis yang terkorban telah menyerbu dan mengadu kepadanya sewaktu beliau tiba pada jam 10 pagi di temapt kejadian. Dalam sendu tangis esak mereka menceritakan kepada beliau bagaimana Mat Indera telah berlaku zalim kepada mereka. Rayuan mereka agar mayat-mayat suami-suami mereka tidak dicampakkan ke dalam api yang sedang marak telah di balas dengan sepak terajang oleh Mat Indera. Anak-anak kecil mereka turut di sepak terajang oleh Mat Indera.

Kisah ini bakal di sambung lagi oleh RBF, Mat Indera sebenarnya adalah seorang yang kejam ikuti pautan ini http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/



PAS GUNAKAN PERNIKAHAN UNTUK TAMBAH PENGUNDI?

Dalam Harian Metro melapurkan seramai 100 pasangan Malaysia termasuk dari negara Arab bernikah di Narathiwat. Maklumat ini dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand. Narathiwat Thailanda dan seluruh kawasan Segenting Kra dahulunya berada dalam penguasaan kesultanan Melayu Pattani dan Langkasuka tetapi dipisahkan oleh British dan Siam melaui sebuah perjanjian antara kedua pihak tanpa merujuk kepada Sultan Kedah dan Sultan Kelantan. Baca seterunsya di sini HARIAN METRO ONLINE


Jika difikirkan mungkinkah selama 21 tahun ini PAS Kelantan menggunakan tektik licik berpoligami dengan wanita-wanita Melayu Narathiwat bagi memastikan jumlah pemilih sentiasa berpihak kepada mereka. Lagipun sememangnya diketahui ada rakyat Malaysia dan orang Kelantan yang memegang dua kad pengenalan

Di segi sejarah berdasarkan kepada manuskrip HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA, kesultanan Melayu Kedah dengan Raja Siam sememangnya mempunyai pertalian persaudaraan kerana berasal dari keturunan yang sama.