Rabu, 14 September 2011

AL KESAH KELUAR PKR, UMNO SAMAN PAS DAN GUAN ENG BAKAL DITABAL MENJADI PM.

Al Kisahnya, ahli PKR Pahang telah isytihar keluar Parti kerana kecewa dengan kepimpinan Anwar Ibrahim. Turut dijadikan alasan ialah kerana halatuju dan perjuangan PKR yang tidak menentu hala dan tiada arah tujuan. Perjuangan utama PKR hanya hendak menabalkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jawatan yang turut juga disahkan oleh DAP bakal diberikan kepada Lim Guan Eng.Manakala UMNO Selangor menjadi agresif dengan bertindak ke atas segala tohmahan dan fitnah PAS dengan memfailkan Saman Malu. Seramai 200 ribu orang China Doll pelbagai kewarganegaraan bakal memeriahkan Industri Pusat Maksiat di semua negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Pro Komunis.

PKR PAHANG KECEWA & KELUAR PARTI.
(sumber Semut Hitam.)


Datuk Alimuddin Sawal , 53, seorang usahawan berjaya di Mentakab, Pahang Darul Makmur mengumumkan keluar PKR kerana berpendapat PKR sudah hilang arahtuju dalam perjuangan menabalkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Selama ini, saya dan rakan di Mentakab mengikut telunjuk kepimpinan PKR peringkat atasan yang hanya memfokus jalan ke Putrajaya, namun kami di peringkat cabang dan bawahan dilupakan.
“”Saya kesal dan insaf melihat senario pergolakan dalam PKR yang sudah menyimpang daripada perjuangan asal dan tindak tanduk pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,”katanya.

Sesal dahulu berpendapatan sesal kemudian tiada berguna. Mujurlah beliau sempat sesal dahulu. Ini berkemungkinan juga beliau telah banyak menghabiskan wang ringgit sendiri untuk PKR. Sedangkan PKR PUSAT sedang bergolak dan berebut untuk menjadi calon PRU 13. 

Apalah hendak diharapkan kepada Fuziah Rektor Bocor pun. Apa pun tak boleh!

UMNO NEGERI SELANGOR SAMAN PAS RM 10 JUTA.
(Sumber Keris Putera)


UMNO NEGERI SELANGOR turut mengambil langkah agresif bagi memberikan PAS 'Pendidikan Semula Adab Sopan Santun Melayu Islam' dengan memfailkan SAMAN MALU bagi tuntutan RM10 juta terhadap

Presiden PAS Hj Hadi Awang
Timbalan Presiden PAS Mat Sabu
Ketua Editor Harakah Ahmad Lufti
wartawan Harakah Hairul Azlan Mohamad
Pencetak Harakah Daily Angkatan Edaran EnterpriseSdn. Bhd.

Saman tersebut telah difailkan pada jam 11.45 pagi di Kompleks Mahkamah Shah Alam oleh peguam UMNO Dato Azfarizam.

Tindakan itu di ambil melalui Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor Dato Ir. Zin Mohamad

LIM GUAN ENG BAKAL DI TABAL MENJADI PM?
sumber : MiM,


Kisah seterusnya ialah mengenai kenyataan Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook yang diterbitkan dalam suratkhabar bebahasa Cina 12hb September 2011 yang berbunyi seperti berikut"-
11hb Kajang, 
Pengerusi DAP Negeri Sembilan Lock Siew Fook berkata, strategi yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat ialah, Pas dan PKR akan mencabar UMNO, DAP pula akan mencabar MCA. Lock Siew Fook semasa menghadiri upacara tarian singa ajuran belia DAP sempena nama kumpulan tarian singa piala Ean Yong Hian Wah yang bergelar nama 'tukar purnama berwajah baru' berkata demikian.Beliau berharap pada PRU akan datang DAP dapat tubuhkan sebuah kerajaan baru, supaya Lim Guan Eng setiausaha DAP menjadi perdana menteri kaum Cina yang pertama di negara ini, dan supaya Pakatan Rakyat dapat mewakili semua jawatan-jawatan menteri yang ada pada MCA sekarang ini, pada masa sama kembalikan sistem pilihan raya kerajaan tempatan.

Isu mengenai Guan Eng mahu Perdana Menteri Malaysia bukanlah suatu perkara rahsia lagi yang mampu disembunyikan oleh DAP.  Malah Guan Eng mempunyai laman fesbuk untuk mencari pengaruh agar dapat mencapai impian menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Lupakan saja mengenai Anwar Ibrahim dan Hj Hadi yang hanya menumpang populariti DAP dan berada di bawah belas ehsan DAP sahaja.

Ini menunjukkan bahawa DAP semakin angkoh dan sombong dalam Pakatan Pro Komunis. Sudah jelas niat dan maksud DAP tetap mahukan jawatan Perdana Menteri di jawat oleh mereka dan seeterusnya memerintah Malaysia melalui proksi-proksi hamba abdi mereka PKR dan PAS.


Makin berpusinglah dan semakin kronik lah penyakit jantung Lim Guan Eng selepas ini. Taktik DAP untuk menafikannya sudah lapok dan amat dijangkakan. 


200 RIBU CHINA DOLL MEMERIAHKAN INDUSTRI


 RUMAH URUT  
sumber-Pisau



Sebenarnya bukanlah China Doll yang bakal tiba tetapi ini mengenai sasaran yang ditetapkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin..

Kata beliau, sasaran itu berdasarkan kepada kedudukan strategik negara di rantau ini yang menggalakkan percambahan rentas idea, budaya dan dialog peradaban dengan masyarakat dunia.-Utusan Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menambah, kerajaan menyasarkan menarik seramai 200,000 pelajar antarabangsa ke negara ini menjelang 2020 dengan nilai pelaburan sebanyak RM600 bilion.

Hambe sokong juga sepertimana Pisau menyokongnya tetapi kami berpendapat perlulah berhati-hati kerana pada masa sekarang pun ramai warga-warga asing datang ke Malaysia guna visa pelajar tetapi buat kerja 'lain' yakni menajdi 'Pemandu Pelacuran" di Malaysia. 

Penguatkuasaan wajiblah diperketatkan dan pemantauan dilakukan secara berterusan bagi menjamin kehadiran mereka benar-benar untuk belajar dan bukannya untuk 'menjual tubuh badan mereka'. 

Ada berita menarik nanti di bloh pisau mengenai senarai calun PRU 13 yang dikeluarkan oleh PAS KAWASAN.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa