Sabtu, 10 September 2011

PAN MALAYAN ISLAMIC PARTY ANDA MASIH INGAT NADARAJAN?

PAS dulunya didaftarkan sebagai PAN MALAYAN ISLAMIC PARTY pada 1950an sebelum merdeka. Menariknya, seorang pegawai British berketurunan India yang mendaftarkannya. Mat Syabu, Isham Rais dan seluruh pencacai Pakatan Pro Komunis laknatullah berhujah bahawa UMNO adalh barua British kerana menggunakan nama Ingeris. Didaftarkan semasa British berkuasa. 

Dalam peristiwa Bukit Kepong 1950, mereka berhujah bahawa ianya terjadi sebelum merdeka. Bendera British berkibar di balai polis tersebut. Ketua balainya orangnya Ingeris. Oleh itu polis itu adalh polis British.

Kita analisakan hujah mereka seperti berikut; (1) Sebelum merdeka, (2) Bendera British, (3) Pegawai British = Barua British. Baiklah, kita gunakan hujah mereka juga dalam menakrifkan PAS pula.seperti berikut: (1) Didaftarkan sebelum merdeka (2) Bendera British berkibar di pejabat pendaftaran pada masa itu (3) Pegawai British yang mendaftarkannya = BARUA BRITISH.

Satu persoalan fakta sejarah yang Pakatan Pro Komunis sengaja menymebunyikannya ialah berkenaan siapakah yang membekalkan kepada pengganas komunis kelengkapan senjata dan peluru, latihan dan unifom mereka? British lah siapa lagi. Ianya berlaku semasa pendudukan Jepun antara tahun 1942-1945. 

Bendera yang digunakan oleh komunis pula ? Walaupun bukan bendara Brtish tetapi ianya adalah salinan kepada bendera Komunis Soviet Rusia. Tiada langsung ciri-ciri tempatan. 

Jadi, hujah-hujah para Pakatan Pro Komunis mengenai masa sebelum merdeka, bendera yang berkibar sebelum merdeka dan pegawai British adalah dangkal dan hujah yang lemah, tidak kuat. Jika mereka masih berpegang kepada hujah-hujah itu ini bermakna mereka turut mengakui baha PAS adalah BARUA BRITISH, PSM adalah BARUA BRITSIH, PKMM adalah BARUA BRITISH, 

Paling best ialah Isham Rais adalah BARUA BELGIUM.



JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA WAJIB DIBERIKAN GAJI LUMAYAN

Tertarik dengan pendedahan yang di buat oleh Double Y yang menyampaikan hasrat rakannya yang menjadi anggota Jabatan Kastam dan Imigresen Malaysia. Menurut Double Y, Jabatan Kastan dan Imigresen ini menjadi sasaran ketidakpuashatian sesetangah pihak yang tidak dapat keluar negara akibat gagal menjelaskan hutang PTPTN. 

Menurutnya lagi, Jabatan Kastam dan Imigresen memerlukan perhatian yang lebih dan bidangkuasa yang lebih luas dalam pengutkuasaan memandangkan mereka dalah barisan di hadapan menjaga keselamatan di pintu-pintu masuk utama negara.

Jabatan Kastan dan Imigresen juga perlu diberikan kemudahan-kemudahan logistik yang lebih kemas. Ini kerana pernah terjadi ada pejabat Kastam dan Imigresen terpaksa mengutip derma daripada kakitangan sendiri unutk membeli kertas A4. Malah kenderaan rasmi jabatan pun tidak dapat diselenggarakan dengan baik. Ini menyebabkan kenderaan kakitangan sendiri digunakan untuk menghantar OKT. Baca seterusnya di sini DOUBLE Y.

Benar juga, walaupun sudah ada perbaikan sedikit sebanyak tetapi ianya masih belum menyeluruh. Jabatan Kastan dan Imigresen adalah amat penting. Keberkesanan program 6P merupakan kejayaan dan bukti komitmen Jabatan Kastan dan Imigresen melaksanakan tugasan mereka.

Apakata, Jabatan Kastan dan Imigresen ini dipertingkatkan lagi dan kebajikan mereka di tambah nilai. Negara tidak akan rugi. Semakin efisyen Kastam dan Imigresen semakin tinggi pemerolehan negara mengutip cukai dan eksais. 

Salah satu cara mencegah rasuah ialah berilah makan mewah-mewah kepada semua kakitangan kerajaan. Jika mereka masih terlibat dalam rasuah boleh dikerjakan sepuas-puasnya. Yea tak?




BUKAN AHLI PAS TAKUTKAN BINI TAPI BINI MEREKA TAK TAKUTKAN MEREKA.

Orang PAS ini cukup arif mengenal mana lelaki yang takutkan bini dan amat cemburu serta dengki kepada mana-mana suami yang ditakuti bini. Al maklumlah, mereka kan di bawah bai'ah paksa ceraikan bini talak tiga. Oleh kerana itu, DS Najib sering menjadi sasaran tohmahan mereka. 

Berikut di petik sebuah kisa benar yang terjadi di Jerantut Pahang. Dikisahkan oleh bloger anak muda Kutukan Dewata:-

Alkisahnya ini adalah kisah benar.Berlaku di sebuah perkampungan di Jerantut.Kisahnya kisah pelik.Semua suami di kampung ini sangat takutkan bini.Kat belakang bini bukan main lagi beraninya.Apabila di depan bini bukan main lagi menikusnya.

Hendak dijadikan cerita,pada suatu hari berkumpullah mereka di sebuah warung.mereka berbincang bagaimana mahu mengatasi masalah yang sedang mereka alami sekarang ini.Begitu bersemangat mereka mengeluarkan pendapat dan buah fikiran.

Ada yang cadang guna bomoh.Ada yang cadang mandi bungalah,ada yang cadang jerkah aje bini tu,dan bermacam-macam lagilah cadangan yang di kemukakan.

Perbualan mereka didengari oleh seorang pendita yang kebetulansedang minum di warung tersebut.Pendita tersebut berjanji akan menyelesaikan masalah mereka nanti.Pendita tersebut meminta mereka berkumpul dibawah sepohon pokok yang rendang di tepi sungai di hujung kampung tersebut.

Maka bertanyalah mereka kepada pendita tersebut alasan apa yang patut diberikan kepada bini mereka nanti.Pendita tersebut suruh cakap mahu pergi memancing.Mereka semua bersetujulah dengan kata-kata pendita tersebut.Terbayanglah di kepala mereka bahawa masalah mereka akan selesai dengan bantuan pendita yang bijaksana lagi bestari.

Baca seterusnya di sini KUTUKAN DEWATA.


TUN HANIF OMAR: MAT SYABU BERDENDAM DENGAN POLIS. KAH KAH KAH

Tun Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara menyindir Mat Syabu. Beliau berkata Mat Syabu hanya melempiaskan dendamnya kepada polis. Menurutnya Mat Syabu menjadi terlalu jemu dengan polis. Mat Syabu mendakwa di langgar pajero polis dan polis tunjukkan bukti bahawa Mat Syabu jatuh sendiri. Ini menyebabkan Mat Syabu terpaksa mencari alasan lain.

Seterusnya Tun Hanif Omar menegaskan bahawa polis negara ini bukan polis British. Sejak awal penubuhan pasukan polis adalah pasukan polis negara ini. 

Mat Syabu berdendam dengan polis rupanya. Ha ha ha ha ha ha 


REALISTIKA ATAU FANTASTIKA? MANA PILIHAN ANDA?

Salah satu hujah yang pernah Lim Kit Siang selalu gunakan untuk menghentam kerajaan dan mengakarkan kepada lumbu-lumbunya ialah KITA ADA HAK SEBAGAI SEORANG PEMBAYAR CUKAI Manakala Ronnie Liu pernah berkata 'Kalau tidak bayar cukai pintu kami tak ambil pusing' dalam kejadian tanah runtuh membabitkan sebuah rumah anak yatim di Hulu Langat.

Nah bukanlah sekarang Telco sudah memberikan peluang seluasnya kepada kita semua untuk mendapat hak membuat pengaduan bila kita membayar cukai perkhidmatan 6% yang selama ini diserapkan oleh Telco dalam perkhidmatan prabayar talipon mudah alih?

Bukanlah bermaksud untuk mengampu-ngampu atau membodek-bodek mana-mana pihak tetapi kita perlu bersikap realistik daripada mengharapkan sesuatu yang fantastik semata-mata. Secara realistik, selama perkhidmatan prabayar diperkenalkan, cukai perkhidmatan tersebut telah diserapkan oleh Telco melalui caj panggilan yang mahal tetapi dimurahkan melalui sms. 

Apabila cukai perkhidmatan diletakkan kepada pengguna, ini bermakna kita sebagai pengguna mempunyai hak bersuara jika perkhidmatan yang diberikan adalah tidak memuaskan hati. 

Dalam sistem ekonomi pada hari ini, cukai perkhidmatan bukanlah sesuatu yang asing dan terasing kepada kita. Kita dikenakan cukai di atas perkhidmatan yang diberikan kepada kita di samping caj yang dikenakan. Cukai tersebut akan dikitarkan semula dalam sistem belanjawan negara kepada kita. 

Sepatutnya kita hanya mempersoalkan samada kadar cukai yang dikenakan itu bersepadanan dengan perkhidmatan yang diberikan. Inilah realiti yang perlu kita amalkan mulai sekarang sebagai persediaan menjadi sebuah masyarat dalam negara maju. 

Janganlah kita terikut rentak Pakatan pro Komunis yang semakin tolol dan dungu kerana mengharapkan fantastika tanpa berusaha dan berkorban. Mereka semuanya sudah dijangkiti dnegan virus pemalas dan kedekut hanya mementingkan diri sendiri. 




DR NOVANDRI MENTERTAWAKAN BUDAK RENGEK PAS DI SHAH ALAM.

Betul lah seperti mana Dr Novandri tuliskan mengenai Khalid Gereja dan gerombolan Pakatan Pro Komunis yang semakin hari semakin kecewa dan merengek kerana rakyat sudah semakin menolak mereka. Mereka sentiasa di timpa kekalahan teruk di alam maya.

Malah Tuan Man Tuan Ibrahim mengsyorkan agar sambutan hari kemerdekaan digantikan dengan sambutan Komunisma. Semakin hari semakin kecewa Pakatan Pro Komunis ini. Akibat Mat Syabu terlalu ghairah untuk menafikan peranan besar UMNO dalam mendapatkan kemerdekaan, mereka terpaksa menjulang pengganas komunis untuk menggaburi mata rakyat.

Tuduhan melulu Khalid Gereja terhadap teori konspirasi MAIS untuk menjatuhkan Menteri Besar Selangor telah di sanggah oleh MAIS. Dua keping gambar Yang Di Pertua MAIS dalam sebuah majlis di  Hulu Selangor dijadikan alasan oleh Khalid Gereja untuk memutarbelitkan keadaan.

Menurut tuduhan Khalid Gereja berdasarkan kepada dua keping gambar tersebut ditafsirkan Yang DiPertuan MAIS melayan mesra ahli parlimen BN. Sedangkan kedua keping gambar itu menunjukkan Yang DIpertua MAIS diraikan oleh ahli Parlimen BN Hulu Selangor.

Bilakah para pemimpin Pakatan Pro Komunis hendak sedar bahawa Politik Populariti mencari publisiti amalan mereka sudah ketinggalan zaman.