Tertarik dengan pendedahan yang di buat oleh Double Y yang menyampaikan hasrat rakannya yang menjadi anggota Jabatan Kastam dan Imigresen Malaysia. Menurut Double Y, Jabatan Kastan dan Imigresen ini menjadi sasaran ketidakpuashatian sesetangah pihak yang tidak dapat keluar negara akibat gagal menjelaskan hutang PTPTN.
Menurutnya lagi, Jabatan Kastam dan Imigresen memerlukan perhatian yang lebih dan bidangkuasa yang lebih luas dalam pengutkuasaan memandangkan mereka dalah barisan di hadapan menjaga keselamatan di pintu-pintu masuk utama negara.
Jabatan Kastan dan Imigresen juga perlu diberikan kemudahan-kemudahan logistik yang lebih kemas. Ini kerana pernah terjadi ada pejabat Kastam dan Imigresen terpaksa mengutip derma daripada kakitangan sendiri unutk membeli kertas A4. Malah kenderaan rasmi jabatan pun tidak dapat diselenggarakan dengan baik. Ini menyebabkan kenderaan kakitangan sendiri digunakan untuk menghantar OKT. Baca seterusnya di sini DOUBLE Y.
Benar juga, walaupun sudah ada perbaikan sedikit sebanyak tetapi ianya masih belum menyeluruh. Jabatan Kastan dan Imigresen adalah amat penting. Keberkesanan program 6P merupakan kejayaan dan bukti komitmen Jabatan Kastan dan Imigresen melaksanakan tugasan mereka.
Apakata, Jabatan Kastan dan Imigresen ini dipertingkatkan lagi dan kebajikan mereka di tambah nilai. Negara tidak akan rugi. Semakin efisyen Kastam dan Imigresen semakin tinggi pemerolehan negara mengutip cukai dan eksais.
Salah satu cara mencegah rasuah ialah berilah makan mewah-mewah kepada semua kakitangan kerajaan. Jika mereka masih terlibat dalam rasuah boleh dikerjakan sepuas-puasnya. Yea tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa