Jumaat, 9 September 2011

TUN MAHATHIR MENYINDIR KENAPA MASIH MENYENGIH?

Tun Dr Mahathir (lahir pada 10 Ogos 1925) hidup sezaman dengan kebangkitan Kiai Salleh pada 1945-1957 pada waktu komunis mabok darah Raja-raja Melayu, orang-orang Melayu, tok imam, tok bilal dan guru-guru agama di kampung-kampung. 

Tun Dr Mahathir hidup masa Jepun menyerang dan menakluk Tanah Melayu pada 1942 -1945 (umurnya sudah 17,18,19 tahun-cukup dewasa untuk tahu dan mengerti). Pada 1950, umurnya sudah 25 tahun. 

Pada masa arwah Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak menentang Malayan Union, beliau sudah mengerti apakah makna kemerdekaan. Pada 1951 di awal penubuhan PAS, beliaau sudah tahu siapa PAS.

Tun Dr Mahathir hidup dan melalui semua zaman-zaman kritikal Tanah Melayu. Sebutlah apa peristiwa yang beliau tidak tahu dan tidak faham? Beliau jugalah seoranga ktivis mahasiswa yang lantang bercakap dan mempertahankan hak-hak Melayu. 

Beliau jugalah yang mengkritik lantang PAP dan Lee Kuan Yew sebagai Pro Cina dan anti Melayu. Beliau mengenali siapa musuh, lawan dan kawan.

Bukan seperti Isham Rais yang ketakotan lari ke luar negara bersuaka politik di Belgium selama 21 tahun sedangkan masa itu di Malaysia pihak polis dan anggota tentera sedang berperang dengan pihak komunis.

Dalam isu kenyataan penuh kontorversi Mat Syabu, Tun Dr Mahathir telah menyindir keras-Biar Mat Syabu terus bercakap Rayat boleh menilai dan melihat siapa di belakang mereka.

Fahami betul-betul rangkap ini :- "BIAR MAT SYABU TERUS BERCAKAP..." beliau menyindir kenapa dibiarkan Mat Syabu terus bercakap.

Dan rangkap ini:- "..... RAKYAT BOLEH MENILAI DAN MELIHAT SIAPA DI BELAKANG MEREKA" Rakyat sudah menilai dan melihat siapa yang kuat dan siapa yang lemah.

Kenapa masih ada  yang tersengih ?


KALAULAH KIAI SALLEH MASIH HIDUP.

Bayangkan senario ini, Febuari 1950, Mat Indera tersenyum puas melihat korban semakin meningkat di pihak polis. Para isteri dan anak-anak mereka turut di campak ke dalam api yang sedang menjulang-julang tinggi. Suara jeritan kesakitan isteri dan anak anggota polis yang sedang terbakar dalam api yang menjulang menjadi satu kepuasan kepada Mat Indera. Dendamnya terhadap British sudah terbalas. Tapi yang terbakar hidup-hidup adalah wanita dan kanak-kanak yang bukan berbangsa Ingeris. Mat Indera puas dan dalam hatinya berdetik jika dia di tangkap dan di hukum gantung dia telah puas melempiaskan dendamnya. Biarlah peristiwa itu menjadi pengajaran kepada bangsanya yang pada pandangannya adalah barua British! 'Berani lagi kamu melawan komunis! Rasakan!' getus suara hatinya.

21 Ogos 2011, Mat Syabu memuji-muji tindakan kejam tidak berperikemanusiaan Mat Indera dalam peristiwa di rumah pasung Bukit Kepong Johor. Para hadirin turut terpukau dengan penceritaan 'Sejarah Benar' seorang pejuang! Nah! Rasakan UMNO ! Kamu barua British ! Anjing British! Itulah padah yang sesuai bagi pengkhianat negara sebenar!

Kalaulah Kiai Salleh masih hidup, tentulah Kiai Salleh akan menceritakan kepada Mat Syabu dan para hadiran kepada Isham Rais (yang pernah lari ke luar negara selama 21 tahun bersuaka politik di Belgium pada masa anggota tentera dan polis terkorban, menjadi cacat anggota, para ibubapa kehilangan anak tersayang, isteri menjadi janda dan anak-anak kecil menjadi yatim piatu) dan Aziz Bari; bahawa Mat Indera dan pengganas komunis ketagih darah Melayu, ketagih darah Raja-raja Melayu ketagih darah para imam, darah para bilal dan darah guru agama di kampung-kampung. 

Kalaulah Kiai Salleh masih hidup, tentu dia akan menceritakan bahawa anggota polis dan UMNO yang mereka bertiga dan seluruh angkatan Pakatan Pro Komunis labelkan sebagai Barua British, Anjing British dan Pengkhianatlah yang menyelamatkan Raja-raja Melayu, ramai orang Melayu, para imam, para bilal dan guru-guru agama semasa Mat Indera dan pengganas komunis mengganas dan berpesta mabok darah. 

Kalaulah Kiai Salleh masih hidup, sudah tentu dia sendiri akan menangkap Mat Syabu, Isham Rais dan Aziz Bari kerana masih terbayang-bayang di matanya dan terngiang-ngiang di telinganya suara ratap tangis jerit pekik darah merah basah bangsanya mengalir ke bumi ini kerana di bunuh oleh Mat Indera dan gerombolan pengganas komunis yang mabokkan darah bangsanya !

Mat Indera dan Chin Peng tersenyum puas.



MAT SYABU ADA IMUNITI PERUNDANGAN?

Mat Syabu telah di panggil oleh polis untuk siasatan di atas kenyataan kontroversinya pada 21 Ogos 2011 di Pulau Pinang berkenaan sokongan terbuka kepada pengganas komunis. Selepas itu beliau masih bebas bercakap mengenainya bersama Isham Rais dan Aziz Bari dalam satu forum di KLSCAH dengan kehadiran terhad 150 orang. Kemudian, beliau masih bebas bercakap mengenainya lagi dan memperluaskan lagi sokongan kepada Chin Peng. Sehingga kini beliau masih merayau-rayau bebas bercakap mengenainya. 

21hb Ogos 2011 - 9hb September 2011 (19 hari dan masih berterusan) Kalau dalam satu hari Mat Syabu bercakap kepada seratus orang dan lapan puluh daripadanya termakan dakyah bermakna sudah hampir 1,520 orang.

Setiap orang dari 1 520 orang mampu mempengaruhi 10 orang lain bermakna 15,200 dan jumlah itu semakin meningkat setiap hari. Jika tunggu sehingga PRU 13, BN boleh hilang hampir 1.5 juta undi. 

Kenapa tindakan alternatif lain tidak di ambil sementara menunggu kertas siasatan selesai dan pendakwaan dilakukan?

Contohnya mengambil Perintah Injuksi melarang Mat Syabu dan mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan yang sama?

Atau di tahan sementara Mat Syabu di atas perintah-perintah pencegahan di bawah kuasa-kuasa darurat?

Atau di ISA kan terus Mat Syabu kerana lapuran polis terhadap Mat Syabu semakin meningkat.

Adakah Mat Syabu mempunyai immuniti perundangan negara kerana beliau seorang Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Lembaga Pengarah PBAPP dan sekutu kuat DAP?

Tidak bermaknakah sebarang pengorbanan anggota polis dan para isteri serta anak mereka yang turut terkorban dicampakkan ke dalam api menjulang oleh Mat Indera sambil Mat indera tersenyum puas?


MAT SABU KATA CHIN PENG BUKAN PENGGANAS TAPI PEMBUNUH SIR HENRY GURNEY.

Benarkah apa yang dikatakan oleh Mat Sabu ini? Menurut sahabat baik hambe si bloger GAP yang suka memberi penampar Jepun kepada Mat Syabu akhir-akhir ini, mendedahkan Mat Sabu mengakui bahawa Chin Peng bukan pengganas tetapi pembunuh. 

Ini berdasarkan kepada fakta pembunuhan Sir Henry Gurney bekas Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu yang sebelum itu berkhidmat di Palestin dan membuka perkampungan Yahudi. 

Jenayah membunuh Sir Henry Gurney ,waima apa pun dosa beliau, dijadikan asbab musabab kepada Mat Syabu menyimpulkan Chin Peng bukan pengganas tetapi pembunuh yang berjaya.  

Bolehlah kita simpulkan takrifan Mat Syabu tersebut bahawa setiap pembunuh itu bukan pengganas dan setiap penggganas itu adalah pembunuh. Pi mai pi mai dok tang tu juga lah. 

Mat Syabu kemukakan persoalan begini : "Chin Peng bunuh Henry Gurney (hebat Chin Peng berjaya bunuh Henry Gurney tanpa sokongan dan bantuan ahli pasukannya) yang jajah Malaya (hebat Henry Gurney bersendirian menjajah Malaya) Saya hendak tanya siapa yang baik?Henry Gurney atau Chin Peng?"

Persoalan Mat Syabu itu boleh difahamkan seperti berikut bagi memudahkan pengertiannya: Siapa lebih baik Pembunuh atau Mengsa Pembunuhan?

Unutk lebih mudah kita buat perbandingan berdasarkan kepada fakta yang terjadi dalam ruang-litup di Malaysia ini seperti berikut: Siapa lebih baik? Pembunuh Sosilawati dan 4 orang lain atau mangsa pembunuhan kejam (Sosilawati & 4 orang lain)?

Hambe fikir anda semua sudah tahu jawapannya dengan amat jelas sekali, yea tak?


BILA TIDAK DAPAT MENJAWAB ISU GUAN ENG ANCAM SAMAN.

Parkir berharga RM 5 juta. Anda tahu milik siapakah projek itu? Perkhidmatan parkir merupakan perniagaan yang amat mengungtungkan di Malaysia terutama di bandar-bandar besar. Bagi perbandaran yang mempunyai ruangan sempit dan terhad serta bilangan kereta yang banyak berniaga tempat parkir ibarat membuka lombong emas. 

Perniagaan yang mudah dan tidak berisiko. Tidak perlu mencari pelanggan kerana pelanggan datang mencari. Perolehan sehari bagi sebuah tempat parkir boleh mencecah puluhan ribu. Cara paling cepat untuk membuat keuntungan. 

Disebabkan parkir Guan Eng hendak menyaman Utusan Malaysia. Peluang untuk membinasakan kredibiliti Utusan Malaysia sentiasa di cari oleh Guan Eng. Hasil menyaman juga merupakan perniagaan yang menguntungkan. 

Begitulah jalan pintas yang di ambil oleh Guan Eng untuk hidup mewah. Seolah-olah Guan Eng tahu bahawa dia hanya berpeluang sekali dalam seumur hidupnya menjadi Ketua Menteri di mana-mana negeri. Sekurang-kurangnya beliau boleh mengharapkan perniagaan lumayan perkhidmatan parkir.




KONFRONTASI 1962-1966 PAS BERADA DI PIHAK MUSUH.

Lembaran sejarah konfrontasi 1962-1966 jika di buka dan diperincikan, ternyata PAS berada di pihak musuh.1951 -1957, PAS juga menentang proses kemerdekaan melalui meja perundingan, Apabila merdeka, pemimpin PAS menjadi ahli Parlimen menikmati elaun dan gaji sebagai ahli Parlimen. Pada 1969, PAS menyertai perarakan kemenangan DAP di Selangor yang mencetuskan tragedi 13 Mei. 

Pada 1974-1978 PAS menyertai Barisan Nasional dan akhirnya mengkhianati Barisan Nasional dengan melakukan tindakan provokatif menggulingkan Menteri Besar Kelantan pada masa itu melalui demonstrasi jalanan, 1978, Anwar Ibrahim yang masih ahli UMNO membantu PAS mempertahankan Kelantan bersama-sama Hj Hadi Awang dan rakan-rakannya yang bekas ABIM. 

Pada 1981, gerombolan Anwar Ibrahim masuk PAS manakala Anwar Ibrahim seorang diri menyertai UMNO pada Mac 1982. Amanat Hj Hadi pada 7hb April 1981 merupakan Takfir ke atas UMNO dan kekal sehingga ke hari ini. 

PAS sentiasa konsisten bermusuhan dengan UMNO. Episod bulan madu pada 1974-1978 merupakan episod Pernikahan Muta'ah. Rela dalam Paksa. 

Pada penghujung 1997 dan di awal 1998, apabila Anwar Ibrahim dikeluarkan dari UMNO, PAS menggunakan kesempatan itu untuk meraih sokongan populariti. 

Apabila Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004 dan bermulalah episod Cinta Lama berputik kembali dengan rakan-rakannya di dalam PAS. Ini membawa kepada Kesedudukan Haram dengan DAP bagi menghasilkan Pakatan Rakyat pada 2008. 

PAS terus menerus menyakini bahawa UMNO adalah sekular walaupun UMNO tidak mengamalkan sekularisma. Dakyah PAS, Politik suku Agama suku adalah rekayasa ciptaan PAS.

PAS hanya menuduh UMNo sekular, tidak tutup aurat, jahiliyyah dan pelbagai lagi kerana fahaman politik sempit PAS semata-mata. 

Oleh itu wajarlah kita renungi sejak 1951 sehingga sekarang pernahkah PAS mahu berbaik-baik dengan UMNO? Sedangkan selama ini UMNO sentiasa membuka pintu silatur-rahiimi kepada PAS. 


KENAPA MEREKA KELUAR PAS DAN MASUK UMNO?

Di Padang Terap seramai 50 orang ahli PAS telah keluar PAS dan mendaftar menjadi ahli UMNO gara-gara kenyataan kontroversi Mat Syabu. Mereka menjadi yakin dan tidak teragak-agak keluar dari PAS. 

Ekoran kenyataan Mat Syabu menyokong perjuangan komunis dan menghina pengorbanan anggota Polis dalam peristiwa Bukit Kepong pada 1950, “Ini yang menyebabkan ramai ahli Pas tidak teragak-agak keluar dari parti itu. Mereka juga telah menyedari hanya UMNO terbukti sebagai parti yang boleh diharap untuk memperjuangkan hala tuju bangsa dan agama dari dulu hingga sekarang,” katanya.

Baca seterusnya di sini http://din.huluselangor.net/?p=9127

Mereka menganggap bahawa kenyataan Mat Syabu itu adalah mengarut dan tidak boleh di terima akal. Malah halatuju PAS akhir-akhir ini sudah kelihatan tidak menentu dan tidak konsisten.

Oleh itu mereka yang keluar PAS sudah tidak teragak-agak lagi untuk keluar PAS.

Tahniah kepada mereka yang sudah sedar. Kepada yang masih belum sedar perlukah sehingga pemimpin PAS memakai unifom komunis?


LARI TAJUK.

Kisah Pertama
*************
Pada suatu hari, Mat budak sekolah umur 7 tahun mengadu kepada ibunya. " Cikgu kat sekolah kata atok jahat" ibunya amat terkejut lalu bertanya " Kurang ajar punya cikgu ! Apa yang cikgu Mat kata?"

Mat menjawab " Cikgu kata komunis pengkhianat negara! Atok kan duduk kat Thailand di kampung perdamaian?"

Ibunya terdiam. Lalu menangis teresak-esak. Mat hairan melihat ibunya lalu bertanya " Kenapa mak nangis? Mak sedih ya cikgu kata atok jahat?'

" Tak Mat. Mak nangis kerana itu bukan atok Mat..!"

Kisah Kedua
***********
Kisah ini berlaku di sebuah surau dalam sebuah majlis ilmu. Seorang ustaz telah memberi tazkirah kepada para jemaah. 

Ustaz itu berkata "Dulu British menjajah kita dan sekarang ini barua British pula menjajah kita. Mereka tolak hukum hakam Islam. Isteri-isteri dan anak-anak perempuan mereka tidak menutup aurat. Tuan-tuan tahu tak hukum menutup aurat ini?" 

"Hukumnya wajib ustaz!" jawab para jemaahnya. 

Ustaz itu tersenyum puas. Kemudian ustaz itu berkata, "Tapi saya tak berdosa kerana kedua mata saya buta. Oleh itu saya tak nampak aurat sesiapa pun'"

'Kalau rabun macam saya ustaz?" tanya seorang pakcik yang sudah tua.

Ustaz itu tiba-tiba terdiam.

Kisah Ketiga
***********
Di sebuah Dewan Serbaguna dalam sebuah bandar. Seorang ketua penduduk sedang mempengerusikan sebuah mesyuarat penduduk setempat. Selepas memberikan kata-kata aluan dalam ucapannya, beliau pun berkata , " Tuan-tuan dan puan-puan saya berharap selepas ini tuan-tuan dan puan-puan boleh segera mendaftar dan menyemak semula pendaftaran anda sebagai pemilih. Ingatlah tanggungjawab anda kepada negara' katanya dengan penuh semangat.

" Tapi pak kami kan semuanya orang Indon !" jawab para penduduk yang hadir secara beramai-ramai.

Kisah Keempat.
*************
Seorang penceramah mengakhiri ceramahnya dengan berkata, " Tuan-tuan dan puan-puan percayalah saya telah dianiayai oleh kerajaan, Dulu mereka tuduh saya melakukan perbuatan jahat kepada isteri orang. Hari ini mereka tuduh saya berlaku jahat kepada bekas pembantu saya. ini semua fitnah ! Konspirasi jahat kerajaan kepada saya! Saya berani bersumpah saya tidak bersalah dalam hal ini!"

Para hadirin bertepuk tangan dan bertakbir beramai-ramai.

Semasa berjabat tangan dengan semua para hadirin tiba-tiba penceramah itu terdengar seseorang berkata kepada rakannya "Bila dia bersumpah?'

Penceramah itu menghampiri orang tersebut dan berkata, "Orang yang suka bersumpah ini munafiq!' katanya

"Tapi tadi tuan kata berani bersumpah. Tuan sudah bersumpah ke belum?" tanya orang itu.

" Sebab saya bukan munafiqlah saya tak bersumpah!' jawab penceramah.

"Jadi saya ini munafiqlah tuan? Sebab tadi saya baru lepas bersumpah dengan rakan saya bahawa tuan tidak bersalah!' jawab orang itu.

Penceramah itu terpinga-pinga.

Kisah Kelima
***********
Seorang surirumahtangga mengadu kepada rakan baik, " Yah ... tadi aku ke pasar dan beli barang. You tau tak semua harga barang dah naik berlipat kali ganda? I habis RM200.00 tau hari ini "

Rakannya mengeleng kepala dan berkata "You bertuah habis RM200.00 sebab barang naik. Suami I belanja beratus ribu ringgit tapi barangnya tak naik-naik jugak!"

Kisah Keenam
*************
Seorang penjenayah dihadapkan di mahkamah bagi kesalahan merogol seorang wanita.

Selepas pertuduhan dibacakan, tuan Majistret bertanya kepadanya " Adakah anda faham pertuduhan itu?'

'Saya faham tuan!' jawabnya

"Adakah anda mengaku bersalah?' tanya tuan Majistret.

"Saya tak mengaku saya merogol mangsa tuan tapi saya mengaku berzina dengan dia! Saya mohon dibicarakan dalam mahkamah syariah!" ujarnya.

Tuan majistret berfikir sejenak kemudian berkata, " Kalau begitu awak mengaku merogol?'

"Saya berzina bukan merogol !" pantas penjenayah itu menjawab.

"Adakah anda mohon izinnya untuk berzina?' tanya sinis tuan Majistret.

" Macamanan saya hendak tanya sebab saya ikat mulut dia masa tu Tuan!"

Penjenayah itu didapati bersalah dan di hukum sebatan 6 rotan.


KEMERDEKAAN APAKAH YANG ANDA MAHU?

Isu Mat Indera bukan polemik tetapi isunya mengenai maruah bangsa maruah agama dan maruah negara. Sejarah bukanlah "Mainan Persepsi' Sejarah adalah fakta peristiwa yang berlaku. Penilaian kepada fakta sejarah itulah yang sedang hangat diperbincangkan. Adakah salah menilai Mat Indera sebagai PENGKHIANAT dari kacamata sejarah?

Mat Indera adalah seorang Melayu. Agamanya Islam tapi fahaman perjuangannya adalah KOMUNIS. Nilai komunis adalah bertentangan dengan Islam. Apabila ada dua nilai yang bertentangan maka sudah tentulah matlamat perjuangannya adalah sia-sia. 

Samalah seperti keadaannya PAS. PAS namanya ada ISLAM, tapi dalam siasah Islam tiada parti politik. Siasah Islam adalah penyatuan bukan kesatuan. Hanya dalam perbahasan ilmu Fiqh sahaja ada perbezaan pendapat. Ini kerana ilmu Fiqh lahir ratusan tahun selepas wafatnya baginda Rasullullah s.a.w. Tetapi adakah itu bermakna Ilmu Fiqh ini bersalahan dengan al Qur'an dan hadis? Sudah tentu tidak. 

Berbalik kepada isu Mat Indera dan sebarang pengiktirafan kepada mana-mana pihak dalam soal perjuangan menuntut kemerdekaan, adakah sejarah negara ini mengiktiraf perjuangan pengganas komunis sebagai pejuang kemrdekaan?

Pengganas komunis mengangkat senjata untuk halau siapa ? British atau orang Melayu yang beragama Islam? Atau komunis berjuang untuk menghalau kedua-duanya sekali? Apa yang jelas dari sejarah pada abad ke 21, perjuangan komunis ialah menentang kapitalis yang di dakwa oleh mereka sebagai kuasa imperialis dna feudal. Mereka bermusuhan dengan demokrasi. 

Ini bermakna pengganas komunis berjuang untuk menghapuskan kapitalis, imperialis dan feudalis. Tanah Melayu pada tahun-tahun selepas perang dunia ke dua ada kesemuanya. Kapitalis adalah sistem ekonominya. British adalah kuasa imperialis yang menguasai pentadbiran negeri-negeri melalui sistem Residen. Manakala Raja-raja Melayu adalah golongan feudalis. 

Tidakkah itu bermakna PKM berjuang untuk menghapuskan sistem ekonomi, British dan Raja-raja Melayu sekaligus? Kenapa PKMM keluar UMNO? PKMM keluar UMNO kerana PKMM mahu menghapuskan Raja-raja Melayu dan golongan feudal Melayu yang mereka labelkan sebagai Bangsawan kini mereka labelkan sebagai Elitis. 

Sudah tentulah Mat Indera berjuang di dalam PKM untuk menghapuskan British dan Raja-raja Melayu. Perjuangan komunis juga turut mahu agama dihapuskan dan diamalkan mengikut kehendak pemerintah POLITBURO KOMUNIS. Ini perbezaan yang paling ketara antara UMNO dengan PKM. 

Ternyata UMNO memperjuangkan kemerdekaan tanpa menghapuskan sistem ekonomi dan Raja-raja Melayu tetapi menghalau keluar British. 

PKM memperjuangkan sebuah negara Komunis merdeka. UMNO memperjuangkan sebuah negara demokrasi Raja Berperlembagaan merdeka. Mana satu pilihan anda? Ingat Mat Indera berjuang untuk menghapuskan Raja-raja Melayu dan agama Islam. 

Pejuang-pejuang kemerdekaan terdahulu dari abad ke 15 sehingga abad ke 19 semuanya berjuang untuk menghalau kuasa-kuasa Eropah tetapi mereka semuanya adalah golongan bangsawan dan feudal Melayu. Penyudah perjuangan kemerdekaan yang dimulai oleh golongan bangsawan dan feudal Melayu itu akhirnya di tangan bangsawan dan aristokrat Melayu dengan bantuan rakyat jelata. 

Jangan lupa KONTRAK SOSIAL/ WAADAT antara Demang Lebar Daun dengan Seri Tribuana. Hanya apabila Raja-raja Melayu bersatu hati dengan rakyat jelata (Melayu) barulah segala kehendak terjadi dengan izin Allah subhanahu wa Ta'ala. Membuang Raja bermakna menempah maut, membuang rakyat menjadi tulah angkara. Bersatu Raja dengan rakyat barulah aman sentosa berdirilah NEGARA.


RAKYAT SELANGOR AKAN TUMBANGKAN PAKATAN PRO KOMUNIS. KHALID G NAFIKAN.

Pertama kali didedahkan oleh bloger BN .. GAP kemudian diikuti oleh Utusan Malaysia, selepas itu dinafikan dalam penuh ketakotan oleh Khalid Gagap. Anda perlu membaca penafian yang di buat oleh Khalid Gagap. Anda akan dapat mengesan nada ketakotan dan kerisauannya. 

Sebenarnya, Pakatan Pro Komunis PKR bakal tumbang di Selangor sebelum PRU 13. Berita mengenainya bukan lagi sebuah gosip liar tetapi ianya adalah kebenaran yang pasti. 

Khalid Gereja jarang menulis sesuatu isu melainkan beliau sendiri benar-benar yakin dan percaya ianya adalah benar. 

Kedua-dua Khalid amat runsing kerana mereka tahu apabila Pakatan Pro Komunis tumbang di Selangor, mereka bakal berhadapan dengan dakwaan-dakwaan di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam. 

Atau sbenarnya mereka hanya berperanan sebagai si Kitol ?