Jumaat, 9 September 2011

LARI TAJUK.

Kisah Pertama
*************
Pada suatu hari, Mat budak sekolah umur 7 tahun mengadu kepada ibunya. " Cikgu kat sekolah kata atok jahat" ibunya amat terkejut lalu bertanya " Kurang ajar punya cikgu ! Apa yang cikgu Mat kata?"

Mat menjawab " Cikgu kata komunis pengkhianat negara! Atok kan duduk kat Thailand di kampung perdamaian?"

Ibunya terdiam. Lalu menangis teresak-esak. Mat hairan melihat ibunya lalu bertanya " Kenapa mak nangis? Mak sedih ya cikgu kata atok jahat?'

" Tak Mat. Mak nangis kerana itu bukan atok Mat..!"

Kisah Kedua
***********
Kisah ini berlaku di sebuah surau dalam sebuah majlis ilmu. Seorang ustaz telah memberi tazkirah kepada para jemaah. 

Ustaz itu berkata "Dulu British menjajah kita dan sekarang ini barua British pula menjajah kita. Mereka tolak hukum hakam Islam. Isteri-isteri dan anak-anak perempuan mereka tidak menutup aurat. Tuan-tuan tahu tak hukum menutup aurat ini?" 

"Hukumnya wajib ustaz!" jawab para jemaahnya. 

Ustaz itu tersenyum puas. Kemudian ustaz itu berkata, "Tapi saya tak berdosa kerana kedua mata saya buta. Oleh itu saya tak nampak aurat sesiapa pun'"

'Kalau rabun macam saya ustaz?" tanya seorang pakcik yang sudah tua.

Ustaz itu tiba-tiba terdiam.

Kisah Ketiga
***********
Di sebuah Dewan Serbaguna dalam sebuah bandar. Seorang ketua penduduk sedang mempengerusikan sebuah mesyuarat penduduk setempat. Selepas memberikan kata-kata aluan dalam ucapannya, beliau pun berkata , " Tuan-tuan dan puan-puan saya berharap selepas ini tuan-tuan dan puan-puan boleh segera mendaftar dan menyemak semula pendaftaran anda sebagai pemilih. Ingatlah tanggungjawab anda kepada negara' katanya dengan penuh semangat.

" Tapi pak kami kan semuanya orang Indon !" jawab para penduduk yang hadir secara beramai-ramai.

Kisah Keempat.
*************
Seorang penceramah mengakhiri ceramahnya dengan berkata, " Tuan-tuan dan puan-puan percayalah saya telah dianiayai oleh kerajaan, Dulu mereka tuduh saya melakukan perbuatan jahat kepada isteri orang. Hari ini mereka tuduh saya berlaku jahat kepada bekas pembantu saya. ini semua fitnah ! Konspirasi jahat kerajaan kepada saya! Saya berani bersumpah saya tidak bersalah dalam hal ini!"

Para hadirin bertepuk tangan dan bertakbir beramai-ramai.

Semasa berjabat tangan dengan semua para hadirin tiba-tiba penceramah itu terdengar seseorang berkata kepada rakannya "Bila dia bersumpah?'

Penceramah itu menghampiri orang tersebut dan berkata, "Orang yang suka bersumpah ini munafiq!' katanya

"Tapi tadi tuan kata berani bersumpah. Tuan sudah bersumpah ke belum?" tanya orang itu.

" Sebab saya bukan munafiqlah saya tak bersumpah!' jawab penceramah.

"Jadi saya ini munafiqlah tuan? Sebab tadi saya baru lepas bersumpah dengan rakan saya bahawa tuan tidak bersalah!' jawab orang itu.

Penceramah itu terpinga-pinga.

Kisah Kelima
***********
Seorang surirumahtangga mengadu kepada rakan baik, " Yah ... tadi aku ke pasar dan beli barang. You tau tak semua harga barang dah naik berlipat kali ganda? I habis RM200.00 tau hari ini "

Rakannya mengeleng kepala dan berkata "You bertuah habis RM200.00 sebab barang naik. Suami I belanja beratus ribu ringgit tapi barangnya tak naik-naik jugak!"

Kisah Keenam
*************
Seorang penjenayah dihadapkan di mahkamah bagi kesalahan merogol seorang wanita.

Selepas pertuduhan dibacakan, tuan Majistret bertanya kepadanya " Adakah anda faham pertuduhan itu?'

'Saya faham tuan!' jawabnya

"Adakah anda mengaku bersalah?' tanya tuan Majistret.

"Saya tak mengaku saya merogol mangsa tuan tapi saya mengaku berzina dengan dia! Saya mohon dibicarakan dalam mahkamah syariah!" ujarnya.

Tuan majistret berfikir sejenak kemudian berkata, " Kalau begitu awak mengaku merogol?'

"Saya berzina bukan merogol !" pantas penjenayah itu menjawab.

"Adakah anda mohon izinnya untuk berzina?' tanya sinis tuan Majistret.

" Macamanan saya hendak tanya sebab saya ikat mulut dia masa tu Tuan!"

Penjenayah itu didapati bersalah dan di hukum sebatan 6 rotan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa