Sabtu, 27 Ogos 2011

SOMALIA: LAND OF THE SUFFERINGS. ARE YOU NEED TO BE CONVINCED TO GIVE A HELPING HAND?

WE ALWAYS TEND TO FORGET ABOUT THE PLIGHT OF OTHERS BECAUSE WE LIVE IN COMFORT. WE DO THINK THAT OTHERS ARE LIVING IN THE SAME COMFORT THAT WE HAVE. BUT WHAT IS IT THAT DIFFERENTIATE US AND THE OTHERS? LOOK CLOSELY. THEN YOU WILL KNOW THAT YOUR COMFORT NOW IS DUE TO THE 'OTHERS'. HELP THEM AND YOUR ARE HELPING YOURSELF.

I am not try to convince you that helping the poor is your humanity responsibilities or it is your duty to discharge but I am telling you to act upon in extending your comfort life to others who need it most!


Tomorrow at 9 a.m. a Humanitarian Team from KELAB PUTRA  1 MALAYSIA with the full support of our beloved FIRST LADY DATIN SERI ROSMAH MANSOR shall be despatched to Somalia to give humanitarian aids.

WHAT WE HAVE NOW IS WHAT WE MUST STRIVE FOR. DON'T LET THIS NEGARA AND ITS RAKYAT BE PUT INTO ANY SOCIALIST OR COMMUNIST REVOLUTION OF WHATSOEVER MANNER. BE CIVILISED. DO YOU REALLY NEED TO BE CONVINCED ABOUT THAT?

ISU MAT SABU SOKONG KOMUNIS: LAGI HADIAH PENAMPOR JEPUN KEPADA MAT SABU OLEH BLOGER PISAU.

54 tahun setelah negara merdeka. Sejarah hitam darurat (pemberontakan bersenjata Komunis Malaya) dan penyerangan ke atas balai polis Kepong tidak padam dalam lipatan sejarah negara. Komunis telah melakukan pembunuhan ke atas rakyat biasa yang tak berdosa. Tindakan itu Chin Peng kata merupakan korban wajar (Kerosakan Kolateral) dalam peperangan. Membunuh rakyat yang tak berdosa? Menyerang rakyat yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan walaupun berada di bawah transisi pemerintahan sendiri dikatakan sebagai wajar? Meneruskan perjuangan menentang bangsa sendiri selepas merdeka dikatakan perjuangan kemerdekaan? Inilah fahaman SOSIALISMA yang amat perlu di tentang dan di bantah keras oleh seluruh rakyat Malaysia! Komunis adalah Pengganas ! Bukan Pejuang Kemerdekaan! Mereka (Komunis &  Sosialis) telah memilih jalan KEKERASAN PEMBUNUHAN RAKYAT bukanlah Pejuang Kemerdekaan! India pun merdeka di atas JALAN PERUNDINGAN BUKAN PEPERANGAN / REVOLUSI BERDARAH!



Bloger Pisau mendedahkan klip video ceramah di mana Mat Sabu yang sudah kerasukan iblisetanirojim laknatullah Komunisma melalui penghayatan SOSIALISMA DAP (Sosialis Religus) menyatakan pendiriannya dan fahaman SOSIALISMAnya yang cenderung kepada KOMUNISMA. 


Kenyataan kontroversi Mat Sabu itu turut dilapurkan di dalam UTUSAN MALAYSIA 


berikut adalah petikan lapuran UTUSAN MALAYSIA mengenainya:-

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.
“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.
Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.
“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.-Utusan
Inilah bahaya yang sedang rakyat Malaysia hadapi yakni bahaya fahaman SOSIALISMA yang turut cenderung kepada KOMUNISMA PKM. Kini seorang Timbalan Presiden PAS (sebuah parti politik yang selalu mendakwa memperjuangkan ISLAM, HUDUD dan berpandukan al Qur'an & Hadis) sudah cenderung kepada SOSIALISMA dan KOMUNISMA. 

Hambe sudah banyak kali mendedahkan siapakah kelompok SOSIALISMA & KOMUNISMA ini di Malaysia, juga hambe sudah kerapkali memperjelaskan IDEOLOGI SOSIALISMA & KOMUNISMA di Malaysia ini. 

Kita sedang menentang REVOLUSI SOSIALISMA & KOMUNISMA dan bukannya REVOLUSI RAKYAT !

PENAMPOR JEPUN HADIAH AIDILFITRI UNTUK MAT SABU DARIPADA GEROMBOLAN BLOGER PULAU PINANG. DUSYUM!

Sungguh menyayat hati kisah pendedahan ini yang umpama sebiji penampar Jepun kedua pipi gebu Mat Sabu. Pendedahan yang dilakukan oleh gerombolan bloger Pulau Pinang dikepalai oleh Dr Novandri di sambut oleh bloger MPP dan Empayar Pemuda serta Pisau. Ikutilah kisah pendedahan tersebut di mana Mat Sabu mengalami sindrom mutasi DNA.

Pendedahan tersebut berkisar mengenai kecurigaan ke atas pembayaran bil perubatan bagi kos rawatan Mat Sabu di KPJ Specialist Selangor Hospital. Mat Sabu menerima rawatan akibat  jatuh motorsikal terlanggar 'makhluk asing' semasa percubaannya melarikan diri daripada kepungan pihak Polis. Kejadian berlaku pada 9hb Julai 2011 semasa perhimpunan haram BERSIH 2.0. Pihak mahkamah telahpun mengeluarkan Perintah Larangan ke atas Mat Sabu. Mahkamah melalui Perintah Larangan telah menyatakan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebuah perhimpunan haram yang bersifat menyalahi perundangan negara.

Kesimpulannya Mat Sabu mengalami kecederaan semasa menyertai aktiviti yang menyalahi undang-undang negara. 

Adakah beliau layak menerima reimbursement  kos rawatan perubatan bagi rawatan kecederaan yang dialaminya dalam penyertaan aktiviti menyalahi undang-undang daripada PERBADANAN BEKALAN AIR PULAU PINANG (PBAPP) mengikut terma-terma kontrak sebagai seorang Ahli Pengarah PBAPP?

Mengikut klausa 26.4 (Pengecualian ) Faedah Perubatan Perjanjian Kolektif PBAPP menyatakan seperti berikut : "Sebarang perbelanjaan yang bersangkitan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan Pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya"

Mari kita mengkaji fakta-fakta yang ada:-

Mat Sabu ialah Pengarah PBAPP yang terma jawatannya berdasarkan kepada Kontrak.

Mat Sabu sertai Perhimpunan BERSIH 2.0 malah merupakan salah seorang penggeraknya.

Mat Sabu adalah salah seorang yang menerima Perintah Larangan mahkamah yang menyebutkan BERSIH 2.0 adalah sebuah perhimpunan Haram yakni difahamkan adalah sebuah aktiviti haram.

Mat Sabu alami cedera pada 9hb Julai 2011 semasa menyertai BERSIH 2.0 (aktiviti haram atau merbahaya)

Mat Sabu dimasukkan ke dalam hospital berkenaan pada 15hb Julai jam 9:28 pagi untuk menerima rawatan ke atas kecederaan yang dialaminya semasa menyertai aktiviti haram (BERSIH 2.0)

Mat Sabu telah discaj pada 18hb Julai 2011 jam 11.02 pagi.

Mat Sabu menginap di wad V.V.V.I.P / V.I.P katil bernombor 520.

Mat Sabu bayar secara tunai bil rawatan resit nombor 11172859


Mat Sabu terima cek daripada PBAPP untuk pembayaran kos rawatannya di KPJ Specialist Hospital.


Baca selanjutnya untuk dokumen-dokumen penting di pautan-pautan ini:-


Untuk Bil KPJ, Resit Pembayaran:-
http://novandri.blogspot.com/2011/08/eksklusif-bukti-dokumen-penyelewengan.html


Untuk Memo kelulusan pembayaran bil KPJ oleh PBAPP kepada Mat Sabu dan Cek berkenaan:-
http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/08/eksklusif-bukti-dokumen-lim-guan-eng.html


Apakah kesimpulan waras yang boleh kita simpulkan mengenai isu ini? Hambe sependapat dengan bloger Pulau Pinang yang menyimpulkan bahawa:-


TERDAPATNYA KECURIGAAN BERAT DAN MUNASABAH BAHAWA ADANYA KEMUNGKINAN MUNASABAH BERLAKU PENYELEWENGAN WANG RAKYAT DALAM ISU PEMBAYARAN KOS MEDIKAL MAT SABU BERDASARKAN KEPADA MAKLUMAT-MAKLUMAT DAN FAKTA-FAKTA YANG TELAH DIDEDAHKAN. 


NAH HAMBEK KO GUAN ENG DAN MAT SABU SERTA PAKATAN SOSIALIS PEMBANGKANG RAKYAT, JAWAB JANGAN TAK JAWAB. TOLONG JANGAN BERI JAWAPAN BAHAWA MAT SABU BUKAN 'PEKERJA' KERANA JAWATAN BELIAU ADALAH 'PENGARAH BERKONTRAK' PBAPP. 


ATAU JAWAPAN MENGATAKAN BAHAWA MAT SABU DILINDUNGI DI BAWAH SATU POLISI INSURANS KHAS.


ATAU JAWAPAN BODOH .... 'KAMI NAK SAMAN!'


KAMI HANYA MEMBERIKAN 'KOMEN ADIL SAKSAMA' MENGENAI ISU INI.


TABEK HORMAT KEPADA GEROMBOLAN BLOGER PULAU PINANG!


JAWAB YA GUAN ENG DAN MAT SABU ... KAMI TAKNAK PBAPP YANG TOLONG JAWAB. INI MELIBATKAN DANA AWAM DAN DUIT RAKYAT SERTA POLISI C.A.T. (AMAR MAKRUF NAHI MUNKAR)

BLOGER GAP ANUGERAHKAN PKR 'SIJIL AKREDITASI SAWAN GILA PRU'

Bloger Gerakan Anti PKR atau singkatannya GAP melalui Akademi Bloger Pro BN/UMNO pada hari ini menganugerahkan Sijil Akreditasi Sawan Gila PRU kepada PKR sebuah parti yang ada Anu-Gerah Tuhan sebagai sebagai sebuah parti politik berwadahkan budaya Politik Sawan Meroyan. Sijil Akreditasi tersebut tiada tarikh luput. ISO Kod 71.

Diperpanjangkan di sini alasan-alasan yang dikemukakan oleh GAP bagi penganugerahan tersebut. Berdasarkan kepada artikel yang dikeluarkan oleh sekutu Media PKR yang ditunjukkan di bawah ini:-


Setelah PKR berhempas pulas menafikan dan menidakkan KETUANAN MELAYU dan isu AGENDA MELAYU 

Setelah PKR melaungkan KETUANAN RAKYAT dan konsep MALAYSIAN MALAYSIA

Setelah PKR mengatakan 'anak Cina, anak Melayu, anak India anak saya (Anwar Ibrahim)

Setelah PKR mengatakan ' Negara ini bukan Melayu yang punya ....'

Setelah PKR menuduh UMNO/BN sebagai RASIS yang memperjuangkan BUDAYA SEKTARIAN

Kini PKR hendak memperjuangkan ISU MELAYU ?

Benarlah kata GAP memang layaklah PKR ini diberikan Sijil Akreditasi Sawan Meroyan PRU tanpa ada tarikh luput ! Baca seterusnya di sini GERAKAN ANTI PKR

SELAMAT JALAN ADUN SRI MUDA PKR !

Permohonan Adun Sri Muda PKR untuk mengenepikan pertuduhan terhadapnya di tolak oleh mahkamah. Dengan ini pertuduhan keatasnya di bawah seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948  adalah kekal. Jika sabit kesalahan, beliau boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda RM 5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Shuhaimi Shafie cuba berlagak menjadi adiwira semasa pindaan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dalam isu perlantikan Ketua Setiausaha Negeri dengan menulis sebuah artikel yang begitu biadap bersifat hasutan terhadap baginda Sultan Selangor.

Beliau menulis tidak berfikir dua kali. Bukan mudah hendak memperjuangkan KEBENARAN jika tidak kenal KEBENARAN. Jangan main hantam tulis lainkali YB. Kan dah kena. Sendiri bikin susah diri sendiri. Sia-sia sahaja menjawat jawatan Ketua Penerangan PKR Selangor, akhirnya sendiri kantoi. 

Selamat Jalan YB ! dan Selamat hari Raya.

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN DI BANDAR.


Kedai Rakyat 1 Malaysia Menguntungkan Rakyat

Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia menguntungkan rakyat kerana harga barangan keperluan asas yang dijual jauh lebih rendah dari kedai biasa malah ada yang dijual bawah dari harga siling. Sebagai contoh, harga susu tepung dijual pada harga RM9.99 berbanding RM15.50 di kedai biasa yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dapat berjimat sebanyak RM5.51 atau 33.5 peratus.Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras sebentar tadi. Kedai itu adalah yang kedua diwujudkan selepas Kelana Jaya dengan menjual 250 jenis barang yang dijenamakan semula. Untuk menyemak harga barangan yang dijual, anda bolehlah mengunjungi portal kedai rakyat 1 Malaysia


antara produk-produk yang dijenamakan semula dan di jual di kedai rakyat 1 Malaysia.
untuk mengetahuinya lebih lanjut sila ke pautannya di bawah ini
war-warkan kepada rakan dan taulan
berbelanjalah di mana anda mampu berbelanja


Kejayaan Kedai Rakyat 1 Malaysia sudah kelihatan di mana jumlah penjualannya mencecah sehingga RM12,000.00 sehingga RM 16,000.00 sehari.  Baca di sini KAMALUDDIN'S BLOG.
Tahniah kepada DS Najib, Datuk Ismail Sabri dan MYDIN kerana menjayakan program ini demi kesejahteraan rakyat! 

RM200 JUTA SAMAN KE ATAS THE MALAYSIAN INSIDER. Tan Sri Tajudin Ramli bertindak.

THE MALAYSIAN INSIDER di saman RM200 juta oleh Tan Sri Tajuddin bekas Pengarah Urusan MAS di atas tindakan memfitnahnya dalam satu artikel yang disiarkan pada 31hb Mei 2011. 

Writ saman tersebut telahpun difailkan oleh Tan Sri Tajudin Ramli melalu peguamnya pada 18hb Ogos 2011 dengan menamakan The Malaysian Insider, pemiliknya Jahabar Sadiq dan wartawan Shazwan Mustapha Kamal sebagai defendan-defendan. 

Tan Sri Tajudin Ramli turut mendakwa defendan-defendan mengulang-ulang beberapa kata-kata fitnah di dalam artikel-artikel lain setelah diberikan surat tuntutan agar tidak berbuat demikian dan pengulangan sedemikian sifatnya menunjukkan defendan-defendan berniat jahat.

Kes tersebut ditetapkan pada 19hb September 2011 untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal.

Portal-portal pakatan sosialis pembangkang semakin lama semakin banyak menghadapi masalah di saman di bawah kausa tindakan Fitnah. Bezanya, bloger pro UMNO seperti Papa Gomo di ancam dengan saman kerana mendedahkan kebenaran manakala portal pakatan sosialis pembangkang di saman kerana di dakwa melakukan fitnah. Kantoi lagi bloger dan portal pakatan sosialis pembangkang.

-sumber di petik dari blog Badut Rakyat (Sila layari blog tersebut melalui browser Firefox)