Sabtu, 27 Ogos 2011

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA JAWAPAN KEPADA PERMASALAHAN HARGA BARANGAN KEPERLUAN DI BANDAR.


Kedai Rakyat 1 Malaysia Menguntungkan Rakyat

Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia menguntungkan rakyat kerana harga barangan keperluan asas yang dijual jauh lebih rendah dari kedai biasa malah ada yang dijual bawah dari harga siling. Sebagai contoh, harga susu tepung dijual pada harga RM9.99 berbanding RM15.50 di kedai biasa yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dapat berjimat sebanyak RM5.51 atau 33.5 peratus.Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras sebentar tadi. Kedai itu adalah yang kedua diwujudkan selepas Kelana Jaya dengan menjual 250 jenis barang yang dijenamakan semula. Untuk menyemak harga barangan yang dijual, anda bolehlah mengunjungi portal kedai rakyat 1 Malaysia


antara produk-produk yang dijenamakan semula dan di jual di kedai rakyat 1 Malaysia.
untuk mengetahuinya lebih lanjut sila ke pautannya di bawah ini
war-warkan kepada rakan dan taulan
berbelanjalah di mana anda mampu berbelanja


Kejayaan Kedai Rakyat 1 Malaysia sudah kelihatan di mana jumlah penjualannya mencecah sehingga RM12,000.00 sehingga RM 16,000.00 sehari.  Baca di sini KAMALUDDIN'S BLOG.
Tahniah kepada DS Najib, Datuk Ismail Sabri dan MYDIN kerana menjayakan program ini demi kesejahteraan rakyat! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa