Isnin, 16 Mei 2011

TIADA RUGI BERPEGANG KEPADA JANJI. DESAS-DESUS KENAIKAN HARGA RON95.


Pada Febuari 2011, Menteri KPDNKK telah berjanji bagi pihak kabinet Kerajaan Barisan Nasional, akan mengekalkan subsidi RON95 pada paras 22 sen seliter manakala harga RON97 akan ditentukan oleh pasaran terbuka. Apabila Menteri KPDNKK membuat gesaan agar rakyat membuat persediaan untuk menghadapi kenaikan harga RON95, ianya sesuatu yang mengejutkan. Kerajaan Barisan Nasional dan Menteri KPDNKK sudah tentu mempunyai alasan-alasan yang wajar dan munasabah untuk berbuat demikian namun DEMI KEPENTINGAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT YANG KINI TERPAKSA MENGHADAPI KENAIKAN BARANGAN KEPERLUAN YANG MENDESAK, ADALAH MERUPAKAN KEUTAMAAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGEKALKAN HARGA RON95 PADA PARAS INI  KECUALI TIADA PILIHAN LAIN DAN MEMBUAT PENJELASAN YANG BENAR-BENAR DAPAT MEMUASKAN HATI RAKYAT. 

1.  Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, telah membuat rayuan dan kenyataan agar harga RON95 dikekalkan bagi mengotakan janji yang telah dibuat pada Febuari, 2011.  KPPUM, telah memberikan alasan-alasan rayuan tersebut tapi JS berpendapat ianya tidaklah begitu kukuh. Sila lihat blog papagomo mengenainya MINYAK RON95 AKAN DINAIKKAN? BAGAIMANA JANJI KERAJAAN SEBELUM INI?

2.  Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang perlu diambilkira di atas kenaikan harga RON95 dan keutamaan lain yang perlu dipertimbangkan. Tidak guna mengekalkan harga dan subsidi RON95 pada harga ini sehingga ke hujung tahun sekiranya tindakan itu boleh mendatangkan kemudaratan dan keburukan kepada rakyat dalam jangka panjang. JS bersetuju rayuan oleh KPPUM agar harga RON95 dikekalkan tapi kurang bersetuju dengan alasan-alasan yang dikemukakan oleh KPPUM. Apapun tahniah dan terimakasih kepada PPUM. 

3. Namun begitu pada masa yang sama, janji yang di buat pada Febuari lepas telah memberikan PENGHARAPAN kepada RAKYAT. PENGHARAPAN inilah yang perlu diambilkira secara serius kerana jika pengharapan itu dikecewakan, ini bakal menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional waima Kerajaan Barisan terpaksa membuat suatu ketetapan yang kurang popular dan mengubah janji Febuari tersebut atas alasan paling munasabah dan wajar. 

4.  Rakyat seperti JS boleh menerima jika harga RON95 ini dinaikkan walaupun kerajaan Barisan Nasional tidak memberikan sebarang alasan dan justifikasi kerana JS sedar dan tahu mengenai perkembangan dan keadaan fluktuasi mekanisma harga pasaran minyak mentah dunia dan ada faktor-faktor berada di luar kawalan kerajaan Barisan Nasional bahkan jika Pakatan Jahat PASDAPKR menjadi kerajaan Pusat pada masakini pun , sudah pasti Pakatan Jahat PASDAPKR tetap akan menaikkan harga RON95, bohonglah jika mereka mampu mengekalkannya dalam keadaan ekonomi sekarang.

5. Tetapi bagaimana pula rakyat yang bukan seperti JS yang lebih ramai bilangannya dari rakyat seperti JS? Inilah yang dibimbangkan kerana mereka tidak akan melihat kenaikan harga RON95 ini sebagai suatu kemestian yang perlu diutamakan daripada mengotakan janji Febuari tersebut. Bilangan rakyat yang mudah dipengaruhi oleh alasan senang dan ringkas difahami oleh mereka masih ramai. Apa yang JS perhatikan pakar ekonomi yang menjadi penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional pun gagal memberikan penjelasan yang baik kepada rakyat mengenai keutamaan-keutamaan menyelaraskan subsidi seperti apa yang pernah diucapkan oleh Idris Jala. 

6. JS bersetuju dengan Papa Gomo yang menulis seperti berikut:-
kita bercakap demi rakyat di bawah dan bukan mengikut kapasiti pihak pihak tertentu. Semoga apa yang di sampaikan dapat di terima oleh Kerajaan Malaysia.
Baik KPPUM dan PPUM semuanya bercakap mengenai kepentingan demi rakyat di bawah dan tidak mengikut kapasiti pihak pihak tertentu. Tidak rugi kerajaan mengotakan janji Febuari kerana ini membawa makna besar kepada rakyat di bawah. Yakinlah dan percayalah menolong dan membantu rakyat di bawah tidak akan merugikan aset negara malah ianya bakal membuka jalan-jalan keluar lain yang tidak pernah terfikir pun oleh sesiapa sebelum ini.

Demi rakyat di bawah kekalkanlah harga RON95 sehingga habis tahun ini. Semuga dapatlah Kerajaan Malaysia menerima seadanya rayuan ini.

SKESTSA LUCU: DNA & TARIAN KERIANGAN SEKUTU ANWAR IBRAHIM.




Maaf jika ianya menyinggung perasaan dan ada unsur-unsur kelucahan.
Pada yang sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis
dan di bawah umur 18 tahun
jangan tengoklah.



TARIAN KERIANGAN SEKUTU ANWAR IBRAHIM 
KERANA ANWAR IBRAHIM DI PERINTAHKAN
MEMBELA DIRI

SIAPA AGAKNYA BAKAL GANTI ANWAR IBRAHIM JADI
PM?


HAMBIK KO PENYOKONG PKR DAN PAKATAN JAHAT PASDAPKR. TEPUK DADA TANYA IMAN.

X-KLU-SIXTY TWO : Papa Homo Di Panggil Membela Diri, Beruk AMK Minta Pisang Setandan.


HARI INI DALAM SEJARAH, Mei 16, 2011 Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. keadilan untuk penduduk Kg Sg Kerandang. Akhirnya Ketua Umum Rejim Kebatilan Toghut PASDAPKR diperintahkan membela diri. Kemenangan buat KEBENARAN. Angkatan Monyet Kera [ AMK  ] PKR terpaksa melalak dan menjerit meminta upah setandan pisang bersama Sangap Angkatan F**CK [SAF]. Jun 6- 30, 2011 ditetapkan oleh Mahkamah untuk Anwar bin Ibrahim membela diri. 


Gambar Kredit klpos.com

1. TAK RELA AUUUWWWWW !!!!! ... mungkin itulah kata hati Angkatan Monyet Kera PKR dan Sangap Angakatan F**CK apabila mahkamah memutuskan Anwar Bin Ibrahim diperintahkan Membela Diri dan ini bermakna Pendakwaan berjaya membuktikan Kes Prima Facie terhadap Anwar Bin Ibrahim. 

“Berdasarkan bukti, saya dapati ada kes prima facie terhadap tertuduh dan arahkannya untuk mempertahankan diri,” katanya.
Dalam penghakiman lebih dua jam itu, Hakim Zabidin berkata beliau mendapati keterangan mangsa Mohd Saiful boleh dipercayai dan di terima sebagai seorang yang berwibawa. 

Dalam pada itu Hakim Zabidin memutuskan Tarikh untuk Dato Seri Anwar Ibrahim membela Diri adalah pada

6hb Jun sehingga 30 Jun 2011.
petikan daripada blog papagomo.
2. JS akan mengulas lebih panjang lagi mengenai ini. Sebelum itu mari kita lihat klip video ini yang mempaparkan sekelompok spesis monyet dan kera yang baru ditemui di kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi tadi. Menurut pakar, spesis ini adalah spesis yang  dianggap bukan 'terancam' tapi 'mengancam keselamatan'. Hanya diketemui di habitat di hutan-hutan bandar dan kawasan kubu kuat PKR PAS dan DAP. Jabatan Perhilitan telah di panggil untuk mengenalpasti spesis tersebut. Jangan marah lah yea. 




KEBENARAN PASTI MENGATASI KEBATILAN. KEBATILAN ITU PASTI HANCUR. Kepada AMK, PKR PAS dan DAP serta SAF di harap anda semua tenang-tenang menerima khabar gembira ini kerana Solat Hajat dan Tahlil anda sudah dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kak Wan Jijah dan Nurul Izzah bagi di panggil menjadi alibi ? Tepuk Dada Tanya Iman.

EDISI SARAPAN: Menghapuskan Kebatilan

Kebatilan ialah segala perbuatan yang mazmummah yang membawa natijah keburukan, kejahatan dan kemudaratan kepada diri sendiri, masyarakat umum, agama bangsa dan negara. Segala perbuatan mazmummah perlu dihapuskan dan dilawan habis-habisan. Sebarang perbuatan yang menjurus kepada kepentingan peribadi seseorang idola dan pemimpin yang melakukan kesalahan merupakan 1 kebatilan.

1.   EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL membicarakan mengenai KEBATILAN Pemerintah seperti PKR Selangor, DAP Selangor dan PAS Selangor berlaku zalim dan menindas rakyat tanpa sebarang  alasan munasabah dan wajar malah boleh dikatakan menyalahguna kuasa Eksekutif serta membelakangi Amanah sebagai Pemerintah Adil Saksama. Ini adalah contoh sebuah Rejim Kebatilan.

2.   Apa gunanya AIR PERCUMA yang hanya percuma setakat had tertentu tapi masih kena bayar bila melebihi had tersebut. Itu bukan PERCUMA tapi  GIMIK POLITIK MURAHAN. Ianya adalah sebuah Penipuan yang jelas dan terang-terang dilakukan kepada rakyat. Inilah KEBATILAN. 

3. Apa faedahnya WiFi Percuma jika hanya untuk tempoh terhad dan selepas itu kena bayar juga? Adakah WiFi Percuma ini mampu memberikan rumah, makanan, minuman dan pakaian kepada rakyat jelata? Malah manafaatnya juga terhad kepada rakyat yang mampu memiliki komputer.Kepura-puraan memberikan manafaat tetapi sebenarnya hanya mendatangkan musibah dan kemudaratan.kepada majoriti rakyat. Inilah KEBATILAN.

4. Begitu jugalah, apakah faedah dan manafaat untuk mempertahankan seorang idola dan pemimpin yang melakukan kesalahan dan berakhlaq bertentangan dengan nilai-nilai dan Ajaran ISLAM? Bukti-bukti sohih lagi jelas telah diberikan berkaitan kesalahan yang dilakukan oleh idola dan pemimpin tersebut. Atas alasan apa mahu dipertahankan pemimpin seperti itu?  MEMBENARKAN YANG SALAH DAN MENYALAHKAN YANG BENAR. Berhukum kepada hawa nafsu semata-mata. Inilah KEBATILAN. 

Kita wajib mengetahui dan dapat membezakan antara HAK dan BATHIL. Kegagalan untuk membezakan HAK dan BATHIL menyebabkan kita berada dalam keadaan seperti sekarang ini. Bertekadlah kita untuk keluar dalam KEGELAPAN ini dan menuju KEMENANGAN. Tepuk Dada Tanya Iman.