Pada Febuari 2011, Menteri KPDNKK telah berjanji bagi pihak kabinet Kerajaan Barisan Nasional, akan mengekalkan subsidi RON95 pada paras 22 sen seliter manakala harga RON97 akan ditentukan oleh pasaran terbuka. Apabila Menteri KPDNKK membuat gesaan agar rakyat membuat persediaan untuk menghadapi kenaikan harga RON95, ianya sesuatu yang mengejutkan. Kerajaan Barisan Nasional dan Menteri KPDNKK sudah tentu mempunyai alasan-alasan yang wajar dan munasabah untuk berbuat demikian namun DEMI KEPENTINGAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT YANG KINI TERPAKSA MENGHADAPI KENAIKAN BARANGAN KEPERLUAN YANG MENDESAK, ADALAH MERUPAKAN KEUTAMAAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENGEKALKAN HARGA RON95 PADA PARAS INI KECUALI TIADA PILIHAN LAIN DAN MEMBUAT PENJELASAN YANG BENAR-BENAR DAPAT MEMUASKAN HATI RAKYAT.
1. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, telah membuat rayuan dan kenyataan agar harga RON95 dikekalkan bagi mengotakan janji yang telah dibuat pada Febuari, 2011. KPPUM, telah memberikan alasan-alasan rayuan tersebut tapi JS berpendapat ianya tidaklah begitu kukuh. Sila lihat blog papagomo mengenainya MINYAK RON95 AKAN DINAIKKAN? BAGAIMANA JANJI KERAJAAN SEBELUM INI?
2. Terdapat banyak lagi faktor-faktor yang perlu diambilkira di atas kenaikan harga RON95 dan keutamaan lain yang perlu dipertimbangkan. Tidak guna mengekalkan harga dan subsidi RON95 pada harga ini sehingga ke hujung tahun sekiranya tindakan itu boleh mendatangkan kemudaratan dan keburukan kepada rakyat dalam jangka panjang. JS bersetuju rayuan oleh KPPUM agar harga RON95 dikekalkan tapi kurang bersetuju dengan alasan-alasan yang dikemukakan oleh KPPUM. Apapun tahniah dan terimakasih kepada PPUM.
3. Namun begitu pada masa yang sama, janji yang di buat pada Febuari lepas telah memberikan PENGHARAPAN kepada RAKYAT. PENGHARAPAN inilah yang perlu diambilkira secara serius kerana jika pengharapan itu dikecewakan, ini bakal menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan kerajaan Barisan Nasional waima Kerajaan Barisan terpaksa membuat suatu ketetapan yang kurang popular dan mengubah janji Febuari tersebut atas alasan paling munasabah dan wajar.
4. Rakyat seperti JS boleh menerima jika harga RON95 ini dinaikkan walaupun kerajaan Barisan Nasional tidak memberikan sebarang alasan dan justifikasi kerana JS sedar dan tahu mengenai perkembangan dan keadaan fluktuasi mekanisma harga pasaran minyak mentah dunia dan ada faktor-faktor berada di luar kawalan kerajaan Barisan Nasional bahkan jika Pakatan Jahat PASDAPKR menjadi kerajaan Pusat pada masakini pun , sudah pasti Pakatan Jahat PASDAPKR tetap akan menaikkan harga RON95, bohonglah jika mereka mampu mengekalkannya dalam keadaan ekonomi sekarang.
5. Tetapi bagaimana pula rakyat yang bukan seperti JS yang lebih ramai bilangannya dari rakyat seperti JS? Inilah yang dibimbangkan kerana mereka tidak akan melihat kenaikan harga RON95 ini sebagai suatu kemestian yang perlu diutamakan daripada mengotakan janji Febuari tersebut. Bilangan rakyat yang mudah dipengaruhi oleh alasan senang dan ringkas difahami oleh mereka masih ramai. Apa yang JS perhatikan pakar ekonomi yang menjadi penasihat kepada kerajaan Barisan Nasional pun gagal memberikan penjelasan yang baik kepada rakyat mengenai keutamaan-keutamaan menyelaraskan subsidi seperti apa yang pernah diucapkan oleh Idris Jala.
6. JS bersetuju dengan Papa Gomo yang menulis seperti berikut:-
kita bercakap demi rakyat di bawah dan bukan mengikut kapasiti pihak pihak tertentu. Semoga apa yang di sampaikan dapat di terima oleh Kerajaan Malaysia.
Baik KPPUM dan PPUM semuanya bercakap mengenai kepentingan demi rakyat di bawah dan tidak mengikut kapasiti pihak pihak tertentu. Tidak rugi kerajaan mengotakan janji Febuari kerana ini membawa makna besar kepada rakyat di bawah. Yakinlah dan percayalah menolong dan membantu rakyat di bawah tidak akan merugikan aset negara malah ianya bakal membuka jalan-jalan keluar lain yang tidak pernah terfikir pun oleh sesiapa sebelum ini.
Demi rakyat di bawah kekalkanlah harga RON95 sehingga habis tahun ini. Semuga dapatlah Kerajaan Malaysia menerima seadanya rayuan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa