Ahad, 15 Mei 2011

DAP GUAN ENG NAK BERBOHONG APALAGI ?


Sejak Tersiarnya artikel mengenai Agenda Kristian ditunjangi oleh DAP, Guan Eng dan Jeff oii semakin kalut dan semakin kuat mereka berbohong mengenai. Isu ini di bawa dan didedahkan oleh 2 bloger bebas, Marahku dan Zakir Anjing Besa, dan Utusan Malaysia hanya melapurkannya di muka depan di samping menerbitkan juga komen balas daripada Jeff Oii mengenainya. Apa Salah Utusan Malaysia? Tapi Guan Eng jadi gila dan terus menggila menyalahkan Utusan Malaysia. Kita tahulah Guan Eng amat takut dengan Utusan Malaysia. Kita marah Guan Eng kerana beliau mengada-ngada dan mengadakan fitnah terhadap Utusan Malaysia. 



1.  Guan Eng masih berbohong dan terus membohongi rakyat mengenai isu Agenda Kristian ini. Utusan Malaysia cuba dikambinghitamkan oleh Guan Eng malah Guan Eng tanpa segan silu sengaja berbohong mengenai kenyataan 2 orang ADUN Barisan Nasional, YB Dr Hilmi Yahya ADUN Teluk Bahang dan ADUN Pulau Betong YB Muhammad Farid Saad. Di dalam hansard sidang DUN yang dikemukan oleh Dr Novandri amat jelas, Guan Eng memutarbelitkan kenyataan 2 orang ADUN tersebut mengikut seleranya sendiri. 





2.   Guan Eng semakin fobia apabila di dalam isu ini, pembohongan demi pembohonganya terbongkar dan didedahkan oleh bloger pro BN. Apabila rakyat Malaysia tidak mahu mengikut polemik isu rekaan DAP ini, isu ini kembali cuba diperhangatkan melalui Mat Razali seorang ahli DAP Jelutong atas alasan dia berada dalam majlis itu. Ehem, Majlis Tertutup Buat Paderi-paderi. Pelikkan. 

3.    Rakyat sedar apa yang Guan Eng cuba lakukan dan pembohongan DAP dalam isu ini, amat ketara andaipun isu ini tiada, kita juga tahu siapakah selama ini yang menggerakkan Agenda Menghapuskan agama Islam sebagai Agama Rasmi. Agenda Ketuanan Rakyat yang jelas adalah idea asal DAP, menolak kedaulatan Sultan-sultan Melayu dan gerakan seruan menghapuskan hak istimewa Bumiputera juga didalangi oleh DAP. Lihat blog Gerakan Anti-PKR.  Apalagi Guan Eng nak berbohong? Tunggulah PRU 13 atau sebelumnya apabila rakyat sudah jemu dan bosan dengan permainan jahat dan kotor DAP selama ini. DAP bakal dihukum oleh rakyat ! Bersedialah Guan Eng. 

Lee Kuan Yew pun nak bersara dari arena politik mungkin atas kesihatannya tapi bapa Guan Eng bila nak bersara ? Nik Ajih pun bila nak bersara? Karpal Singh pun bila nak bersara ? Mereka ini semua pemimpin yang tidak boleh diharapkan dan bakal menjahanamkan Malaysia. Tepuk Dada Tanya Iman.

PKR SELANGOR BERGANDA DUNGU BERLAKU ZALIM KEPADA PENDUDUK KG SG KERANDANG.

PKR Selangor semakin bertambah dungu dan dungu. Akibat kedunguan itu, PKR Selangor kini setaraf dengan mana-mana kezaliman Rejim Zalim dalam tamaddun manusia seperti Rejim Hitler dan Rejim Zionis. Orang dungu akan berlaku zalim untuk menutupi kedunguan mereka. Itulah yang terjadi kepada PKR Selangor dan di mana-mana jua di tanahair. Mereka bijak menipu dalam berkata tapi amat dungu dalam mengotakan kata bila berkata-kata.



1.   Kezaliman Rejim Hitler Zionis Pakatan Jahat PASDAPKR semakin parah dan semain menindas rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Di semua negeri yang berada di bawah pentadbiran Rejim Hitler-Zionis Pakatan Jahat PASDAPKR ini, rakyat di tindas, dianiayai dan dizalimi tanpa peri kemanusiaan oleh Rejim tersebut. 

2.    YB Kamal Ahli Parlimen Hulu Selangor mengakui amat sukar untuk berbincang dengan Kerajaan 'Setan' seperti Rejim Hitler-Zionis Pakatan Jahat PASDAPKR ini untuk membela nasib rakyat seperti yang dialamai oleh penduduk Kg Sg Kerandang Hulu Selangor yang diarahkan juga berpindah tanpa sebarang pampasan dan gantian pada Jun 1, 2011. Penduduk Kg Sg Kerandang kehilangan segala-galanya dan tidak ada seorang pun wakil rakyat dari Rejim Hitler-Zionis Pakatan Jahat PASDAPKR turun padang untuk membantu dan mendengar keluhan mereka. Rejim Hitler-Zionis Pakatan Jahat PASDAPKR memang ZALIM!




Artikel mengenai Kg Sg Kerandang akan terus dikeluarkan sehingga penduduk Kg Sg Kerandang mendapat pembelaan yang wajar. Jadikanlah pengalaman ngeri penduduk Kg Buah Pala dan Kg Sg Kerandang sebagai iktibar kepada kita semua. Tolaklah Rejim Hitler-Zionis Pakatan Jahat PASDAPKR demi masa depan anak-anak kita. Tepuk Dada Tanya Iman.

EDISI SARAPAN: Hak Dan Kebebasan Awam, Jangan Lupa Sempadannya.


Bila kita mengatakan mengenai Hak, kita memang lupa mengenai Tanggungjawab. Bila kita melaksanakan Tanggungjawab, kita memang lupa mengenai Pertanggungjawaban. Kita seronok memberikan alasan, Ini Hak Saya, Itu Hak Saya tapi kita lupa menjaga Amanah, Kebenaran, Kebijaksanaan dan Penyampaian, kita lupa membicarakan Sempadan dan Batasan kepada Hak yang juga merupakan HAK KITA.
1. EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA DAN AKAL mengajak semua berbicara mengenai Takrifan HAK. Dewasa ini, 27 juta rakyat Malaysia dimomokkan dengan ilusi HAK. Illusi HAK diperbincangkan melalui gambaran Fatamorgana, Utopia dan  allegori Pelangi. HAK tidak diperbincangkan secara telus dan berwibawa tetapi diperbincangkan dalam ruang litup mempersalahkan pihak pemerintah. Ini adalah salah dan tidak betul samasekali.

2. Takrifan HAK yang betul dan benar adalah Tanggungjawab, Amanah dan Batas Sempadan. Ketiga unsur ini adalah HAK. Sifat yang sepatutnya di pupuk ialah 4 sifat utama iaitu Berlaku Benar, Berlaku Bijak, Berlaku Menyampaikan dan Berlaku Amanah. Tanpa 4 sifat ini, HAK tidak akan dapat Berdiri secara Adil Saksama. 

3. Secara umumnya, manusia ini mempunyai Hak kepada Pendidikan, Jaminan Keselamatan Diri (Agama, Nyawa, Maruah dan Hartabenda), Rumah Kediaman serta Makan dan Minum (Ekonomi). Batas Sempadannya ialah Tidak Dizalimi dan Tidak Dianiayai. Manakala Tanggungjawab dan Amanah ialah Tidak Berlebihan dan Tidak Merampas Hak Orang lain dengan cara menipu, memfitnah, mengadu domba, bersaksi bohong, berlaku zalim dan berlaku aniaya contohnya melakukan rasuah dan suapan. 

4. Di dalam Tanggungjawab dan Amanah ada kekecualian yang mendesak. Kekecualian ini juga wajib dipelihara dengan rasa tanggungjawab dan Amanah yang tinggi agar tidak disalahgunakan mengikut hawa nafsu. Kesemua inilah yang dikatakan sebagai HAK. HAK bukan membicarakan KEBEBASAN , itu adalah Fatamorgana, Pelangi dan Utopia, tetapi HAK adalah TANGGUNGJAWAB, AMANAH dan HAD BATAS SEMPADAN yang berdiri di atas 4 SIFAT iaitu BERLAKU BENAR, BERLAKU BIJAK, BERLAKU AMANAH dan BERLAKU MENYAMPAIKAN. Matlamat HAK ialah mencapai ADIL SAKSAMA.

Marilah kita memahaminya bersama-sama dan janganlah kita terpedaya dengan retorik lapuk Fatamorgana, Pelangi dan Utopia yang sengaja melupakan kita kepada Takrifan HAK yang sebenarnya. Tepuk Dada Tanya Iman.

'STALEMATE' DI PERAK & SELANGOR JADI SISTEM 2 PARTI.

HEBAT TUN DR MAHATHIR. Apalagi yang boleh dikatakan mengenai Negarawan Ulung Tanahair ini ? Seorang pemikir yang hebat yang mampu menerobosi ruang waktu. Jika semalam dia seorang adiwira, hari ini dia seorang negarawan esuk dia adalah seorang arkitek. Menyedari selagi Tun Dr Mahathir masih ada, kelompok Kuasa Ke 3 sedaya upaya mahukan meletakkan semua kesalahan kepada beliau apabila DS Najib terperangkap dengan permainan politik mereka. Awal-awal lagi Tun Dr. Mahathir beri amaran, ' TUNGGU SEHINGGA MAC 2012 atau SEHINGGA HABIS TEMPOH 5 TAHUN'

1. Politik Berhemah Pak Lah merupakan batu loncatan kelompok Kuasa Ke 3 untuk mengujudkan suasana seperti sekarang ini, cuma sasaran mereka agak tersasar sedikit oleh itu mereka telah cuba mmeperbaikinya dengan gerakkerja seperti berikut:-

(a) Menimbulkan Isu sentimen perkauman.
(b) Menimbulkan Isu sentimen Keagamaan
(c) Menimbulkan Isu Ekonomi.

2. Kita sering memandang kepada Fatamorgana tetapi tidak pula kita berfikir lebih jauh daripada itu. Kita tidak mencari punca Fatamorgana. Fatamorgana adalah fenomena alam yang hanya terjadi apabila berlakunya kepanasan melampau pada permukaan bumi yang menyebabkan gelombang haba yang terpantul memantulkan semula imej berdekatan seolah-olah wujud di depan mata kita. 

3. Begitu juga dengan Fenomena Pelangi. Ianya adalah fenomena alam yang terjadi selepas hujan rintik dalam cuaca panas. Kedua-dua fenomena ini memerlukan pemangkin utama iaitu HABA dan KEPANASAN. Kesemua isu berbangkit selepas kelompok kuasa ke 3 dikejutkan dengan Isu Pendedahan Video Salahlaku Seksual Anwar. 

4. Mereka bercadang mahu meletupkan isu itu selepas PRU 13 apabila kedudukan di semua DUN dan Parlimen menjadi Stalemate malangnya, entah di mana silapnya, Datuk Eskay terjumpa video yang dipasangkan untuk memerangkap Anwar dan pendedahan dibuat terlalu awal. Bagi mengimbangi impak tersebut, kumpulan Kuasa ke 3 kali ini menjadi terdesak, dan mengujudkan suasana panik melalui isu Agenda Kristian, Malangnya, sudah ketahuan juga perancangan mereka. 

Orang Jahat biasanya tidak akan berjaya dalam kejahatan mereka dan terhukum sendiri akibat kejahatan mereka. Dengarkata, kelompok Kuasa ke 3 bakal berpecah pula kepada 3 sub-kumpulan kerana sudah berlaku pertelingkahan sesama mereka mengenai perlaksaan Agenda mereka seterusnya.