Ahad, 15 Mei 2011

'STALEMATE' DI PERAK & SELANGOR JADI SISTEM 2 PARTI.

HEBAT TUN DR MAHATHIR. Apalagi yang boleh dikatakan mengenai Negarawan Ulung Tanahair ini ? Seorang pemikir yang hebat yang mampu menerobosi ruang waktu. Jika semalam dia seorang adiwira, hari ini dia seorang negarawan esuk dia adalah seorang arkitek. Menyedari selagi Tun Dr Mahathir masih ada, kelompok Kuasa Ke 3 sedaya upaya mahukan meletakkan semua kesalahan kepada beliau apabila DS Najib terperangkap dengan permainan politik mereka. Awal-awal lagi Tun Dr. Mahathir beri amaran, ' TUNGGU SEHINGGA MAC 2012 atau SEHINGGA HABIS TEMPOH 5 TAHUN'

1. Politik Berhemah Pak Lah merupakan batu loncatan kelompok Kuasa Ke 3 untuk mengujudkan suasana seperti sekarang ini, cuma sasaran mereka agak tersasar sedikit oleh itu mereka telah cuba mmeperbaikinya dengan gerakkerja seperti berikut:-

(a) Menimbulkan Isu sentimen perkauman.
(b) Menimbulkan Isu sentimen Keagamaan
(c) Menimbulkan Isu Ekonomi.

2. Kita sering memandang kepada Fatamorgana tetapi tidak pula kita berfikir lebih jauh daripada itu. Kita tidak mencari punca Fatamorgana. Fatamorgana adalah fenomena alam yang hanya terjadi apabila berlakunya kepanasan melampau pada permukaan bumi yang menyebabkan gelombang haba yang terpantul memantulkan semula imej berdekatan seolah-olah wujud di depan mata kita. 

3. Begitu juga dengan Fenomena Pelangi. Ianya adalah fenomena alam yang terjadi selepas hujan rintik dalam cuaca panas. Kedua-dua fenomena ini memerlukan pemangkin utama iaitu HABA dan KEPANASAN. Kesemua isu berbangkit selepas kelompok kuasa ke 3 dikejutkan dengan Isu Pendedahan Video Salahlaku Seksual Anwar. 

4. Mereka bercadang mahu meletupkan isu itu selepas PRU 13 apabila kedudukan di semua DUN dan Parlimen menjadi Stalemate malangnya, entah di mana silapnya, Datuk Eskay terjumpa video yang dipasangkan untuk memerangkap Anwar dan pendedahan dibuat terlalu awal. Bagi mengimbangi impak tersebut, kumpulan Kuasa ke 3 kali ini menjadi terdesak, dan mengujudkan suasana panik melalui isu Agenda Kristian, Malangnya, sudah ketahuan juga perancangan mereka. 

Orang Jahat biasanya tidak akan berjaya dalam kejahatan mereka dan terhukum sendiri akibat kejahatan mereka. Dengarkata, kelompok Kuasa ke 3 bakal berpecah pula kepada 3 sub-kumpulan kerana sudah berlaku pertelingkahan sesama mereka mengenai perlaksaan Agenda mereka seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa