ADUN DAP BUKIT GASING EDWARD LEE SUDAH MENJADI MENDIANG PADA 2OHB DISEMBER 2011.
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Gasing Edward Lee Poh Lin meninggal dunia hari ini, demikian menurut rakan-rakannya.
Ketika memaklumkan perkara itu menerusi mesej Twitter, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, wakil rakyat DAP itu, yang bertarung dengan masalah kanser, meninggal dunia sekitar pukul 4 pagi tadi.
Lee (gambar), 61, berhadapan dengan masalah kanser sejak 2009.
“Saya dimaklumkan bahawa YB Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) telah meninggal dunia. (Mendiang) seorang yang baik, saya rakan satu kelas dengan James, anak lelakinya di La Salle,” kata Nik Nazmi yang juga ADUN Seti Setia.
Mendiang dimasukkan ke hospital pada 14 Disember lalu dan sepatutnya dibawa pulang ke rumah hari ini, tetapi telah meninggal dunia, kata seorang rakannya.
Lee, wakil rakyat penggal pertama, juga merupakan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).
Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang kerusi Bukit Gasing dengan majoriti 8,812 undi.
“Kami tahu beliau sakit tetapi kematian beliau adalah sesuatu yang mengejutkan,” kata seorang pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider.
Mendiang mendirikan rumah tangga dengan Christina Lee dan mempunyai tiga anak lelaki.
Sumber: Malaysian Insider
Mampos dah!
BalasPadamBagus! Sekor komunis rasis dah mampos! Bila lah si ketua Komunis Rasis DAPIGS - Lim Kit Siang nak mampus??? Ishhh...
BalasPadam