Hamba cilok terus dari artikel PUTRA MERDEKA temubual diantara Papa Gomo dengan wartawan The MalaysianDigest:-
Ikuti temubual papagomo yang membuatkan sesetengah 'kutu' demam..Bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik tanah air, nama Papagomo memang sudah tidak asing lagi. Beliau bukanlah ahli politik, namun popularitinya di dalam arena politik negara memang tidak dapat dinafikan. Berjuang melalui ruang maya, beliau telah menggegarkan negara dengan siri pendedahan ‘panas’ yang melibatkan pemimpin-pemimpin pembangkang melalui blognya. Dek pendedahan-pendedahan yang dilakukannya, beliau kini dianggap sebagai salah satu musuh utama oleh pembangkang dan penyokong-penyokong mereka.Wartawan Malaysian Digest baru-baru ini telah berkesempatan untuk bertemu dengan Papagomo dan berborak mengenai suka-duka beliau sepanjang bergelar pejuang cyber. Berikut adalah temuramah ekslusif Malaysian Digest dengan Papagomo
Malaysian Digest: Sejak bila Papagomo bergiat dalam dunia perang cyber ini?
Papagomo: Saya bermula dari 2007 sebagai pengomen tegar dalam blog Anwar Ibrahim menggunakan nama tiger Malaya. 2008 baru saya start blog. Macam-macam suka-duka dalam dunia blogging ini. Ia bukan semudah yang disangka. Niat kami blogging adalah untuk membantu kerajaan Umno/Barisan Nasional demi agama, bangsa dan negara untuk mematikan langkah pembangkang.Bahagian yang paling hamba suka ialah bila Papa Gomo mengulas mengenai Tun Faisal dan UMB seperti berikut:-
Malaysian Digest: Boleh kongsi apa masalah sebenar Papagomo dengan UMB?
Papa Gomo: Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah dengan UMB, masalah kami adalah dengan pengerusinya, Tun Faisal. Tertubuhnya UMB adalah bersama kami blogger-blogger sealiran dengan saya di Putrajaya, boleh minta Tun Faisal sahkan perkara ini. Kami menjadi ahli UMB sebab kami sokong Umno. Tapi masalahnya adalah kalau pemimpin tinggi boleh dengar cakap blogger, kenapa Tun Faisal ni susah nak dengar cakap kami? Beliau harus ingat iaitu di dalam perang media baru ini biar kami yang berperang keluarkan idea. Kami tahu anda adalah pemimpin, politik sana sini tapi dalam scope perang media baru, anda tidak bijak. Jadi dengar cakap orang yang pandai dalam media baru. Ini masalah Tun Faisal, bukan masalah UMB. Kami berkawan dengan blogger UMB. Yang kita ada masalah adalah dengan Tun Faisal. Andai kata beliau step down sebagai pengerusi UMB, individu yang ambil alih jawatannya boleh bekerjasama dengan kami, tiada masalah. Kami sedia bekerjasama. Dan jika benar saya jahat, da tentu sahabat-sahabat seperti Parpukari, Gerakan Anti PKR (GAP), Ruang Bicara Faisal (RBF Online), Medan Info Kita, Darul Ehsan Today, Gelombang Rakyat, Gelombang Wangsa Maju dan ramai lagi yang sealiran akan hentam saya. Tapi ini tidak berlaku.Pada saya, isu dengan Tun Faisal ini memang takkan selesai kerana dia terlalu ego. Dengan Tun Faisal ni memang tiada maaf bagimu. Kalau menteri boleh dengar cakap kami, apalah sangat dia tu.
Memang betul. Dengan UMB dan para bloger UMB tiada masalah. Masalah hanya dengan TUN FAISAL sahaja. Molek benarlah Tun Faisal ini turun jawatan sahaja. Habis cerita. Ada berani ke Tun Faisal sebagai bukti anda berjiwa besar dan layak menjadi Calun Boleh Menang?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
SALAM JAS,
BalasPadamJUST FORGET ABOUT TUN FAISAL ... DAH RAMAI PEMIMPIN TERTINGGI UMNO TAHU PSL 'DAMAGE GOOD' NI. JUST WAIT AND SEE AFTER PRU13, YOU'LL BE SUPRISE ...
WALAIKUMUSALAAM BRO
BalasPadamHOPEFULLY