POLIS SAHKAN TIADA PECAH AMANAH DALAM NFC
DAN INI BAKAL JADI BAHAN GURAUAN PUAK DAJAL ALMASIKH.
Malas nak tulis panjang-panjang pasal NFC ini kerana grup bloger yang ditugaskan mengenainya sudah terlalu ramai. Nanti kalau tulis secara mantap dan bernas ada orang cemburu dan irihati pula.
Hamba sudah menjangkakan Polis akan mendapati dalam siasatan mereka NFC tidak melakukan sebarang pecah amanah. Hata polis dan SPRM tak siasat pun hamba sudah tahu memang tidak ada pecah amanah dan penyelewengan tapi yang ada cuma gosip liar serta tuduhan tak berasas oleh PKR sahaja ke atas NFC dan kak Ijat sahaja (kerana kepimpinan kak Ijat telah membawa WANITA UMNO begitu mantap dan dekat di hati rakyat).
Isu NFC adalah berdasarkan kepada Politik Persepsi memburukkan pihak lawan sahaja. Ianya bukan berkisar kepada sebarang penyelewengan dan pecah amanah. Contohnya seperti dalam isu rogol budak dulu. Rahin Thamby Chik adalah mangsa fitnah Anwar Ibrahim dan konco-konconya pada masa itu.
Persoalannya sekarang bagaimana hendak menepis dan menangkis serta meneutralisasikan fitnah ke atas NFC? Perkara inilah yang perlu para bloger yang sudah diberikan tugas memikirkannya.
Baik di pihak NFC mahupun Kak Ijat dalam ucapannya gagal menangkis dengan efektif fitnah tersebut. Malah ianya menambahkan lagi luka fitnah itu kepada kak Ijat dan NFC.
Justifikasi dan takrifan penyelewengan serta pecah amanah yang dilemparkan oleh PKR dan DAP ke atas NFC itulah sepatutnya dijadikan sasaran.
Itu sahaja lah. Hamba sudah malas nak memberikan buah fikiran dan ide bernas kerana seringkali dipermainkan oleh kasta-kasta di dalam pasukan pejuang maya UMNO termasuk pemimpin UMNO dan jentera parti sendiri.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa