KONSPIRATOR UTAMA ISU NFC
DAN
PEREBUTAN JAWATAN MENTERI BESAR SELANGOR.
(Gerak Kerja Politik Baru & Kuasa Ketiga Dengan Kerjasama Kuda Trojan Dalam Jentera Parti)
Artikel ini ditujukan khas kepada pihak yang makan cili terasa pedas. Hamba sudah tahu dan di dalam pengetahuan hamba siapakah dalang utama dalam isu NFC dan bagaimanakah Modus Operandi nya. Serta perkaitannya dengan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor.
Bukan rahsia lagi bahawa Selangor bakal kembali kepada BARISAN NASIONAL dengan kemenangan tipis berdasarkan kepada kaji selidik DAP, PKR dan PAS malah oleh semua pihak yang berkaitan.
Bukan rahsia lagi bahawa pengundi Selangor tidak akan memilih berdasarkan kepada parti tetapi berdasarkan kepada kelayakan calon bertanding.
Ini menjadikan pengembala kambing, kuasa ketiga dan kuda trojan di kedua belah pihak begitu gusar dan gentar kerana fenomena ini bakal meranapkan impian mereka menjadi adiwira di mata kepimpinan parti masing-masing di atas platfom KPI berjaya merampas kembali Selangor. Lalu apakah alternatif mereka? JAHANAMKAN DAN ROSAKKAN SEMUA KREDIBILITI PIHAK YANG POTENSI MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR.
Telah berlaku kerjasama di belakang tabir. Mereka yang terlibat fikir bahawa kepimpinan tinggi tidak tahu. Maaflah, kepimpinan tinggi sudah lama tahu hanya menunggu masa sahaja hendak mencekup korang.
Adalah benar Bung Mokhtar terperangkap dalam mainan cinta Zizie Izzete yang telah di rancang teliti oleh Anwar Ibrahim. Memang benar pegawai audit negara juga terperangkap dalam mainan politik pihak konspirator dalam isu NFC.
Konspirator terlibat melalui kerjasama sulit di belakang tabir menjalankan rencana teliti. Memang benar mereka tidak mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Anwar Ibrahim akan dipenjarakan. Itu sudah pasti.
Kak Ijat menjadi pertaruhan dalam permainan politik keji dan kotor pihak konspirator kerana mereka sedar mereka memerlukan 'Bargaining Chip' untuk menaikkan orang yang mereka boleh menuruti kehendak mereka.
Isu NFC dijadikan barang pertukaran dan isu air di Selangor dijadikan pemangkin / platfom untuk terpilih menjadi Menteri Besar Selangor.
Papa Gomo dikambinghitamkan kerana Papa Gomo adalah unsur penyibuk dalam perlaksanaan rencana mereka. Papa Gomo seringkali merosakkan 'gameplan' konspirator.
Fraterniti Budak Tingkat 4 melalui Skim Ponzi dalam GLC merupakan jerangkap samar untuk Barisan Nasional. Ini bagi menghidupkan semua konspirasi yang telah disediakan.
UMNO Selangor kalah di dalam PRU 12 bukan kerana isu penyapu tetapi kerana perebutan jawatan Menteri Besar. Isu penyapu merupakan perangkap kepada Khir Toyo sahaja. Ramai tidak tahu bahawa keputusan memberikan penyapu adalah keputusan jemaah EXCO Selangor pada waktu itu.
Hamba akan mendedahkan lagi mengikut fasa-fasa tertentu di mana jika mereka masih mahu mengorbankan seorang pejuang ikhlas dan kumpulan NADI RAKYAT untuk kepentingan politik mereka, hamba akan dedahkan dan bogelkan mereka semua sehingga mereka menyesal mereka dilahirkan ke dunia ini.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
BETUL2
BalasPadamMaka lebih elok lah, Shahrizat Jalil mengundurkan diri dari jawatan Menteri. Itu langkah terbaik dari kacamata rakyat.
BalasPadamYG ELOK UNDUR DIRI NIE PEPUAK KONSPIRATOR YG MEROSAKKAN UMNO DR DALAM. :)
BalasPadamKenapa Sharizat pula yg kena undur diri??? Kenapa nak ikut rentak pembankang?? Jika dibandingkan dengan kebanyakkan pemimpin UMNO yg lain Kak Ijatlah yg paling kuat berkerja sehinggakan sewaktu kekalahan beliau dahulu ramai yg geleng kepala kenapa orang yg betul2 buat kerja boleh kalah dengan budak yg tak tahu apa kebolehannya.. Jadi yg sepatutnya undur diri adalah mereka yang perasan bagus tapi HAMPAS..
BalasPadamTuan Jas keep it up!! Bersama kita tegakkan kebenaran....!
**izan**