TUN DAIM memberikan pandangan dan pendapat mengenai Anwar Ibrahim dan Pakatan. Menurutnya PKR tidak mampu menjadi teras kepada Pakatan kerana ianya hidup kerana Anwar Ibrahim dan untuk Anwar sahaja. Manakala pakatan tidak mempunyai asas politik yang kukuh dan PKR masih terus bergelumang dengan masalah.
Menarikanya Tun Daim menyifatkan Pakatan adalah sebuah konspirasi politik dan merupakan amalan konsep kahwin monyet. Ini kerana setiap sekutu dalam Pakatan membawa arah masing-masing.
"Jika kita perhati kepada keadaan parti pembangkang sekarang, jelas mereka tidak hilang arah. Cuma, masing-masing ada arah sendiri. Mereka mengamalkan prinsip kahwin monyet," katanya.
"Pakatan Rakyat, saya pernah berkata, hanyalah satu konspirasi politik. Saya lihat kumpulan ini tak akan dapat capai kata sepakat dalam hal penting mengenai kebaikan negara kerana masing-masing parti taksub kepada pendirian dan prinsip sendiri," katanya lagi.
Beliau berkata pembangkang yang relevan ialah pembangkang yang mampu menegur dan mengawasi kerajaan, tidak cauvinistik dan tidak berpandangan sempit serta mampu menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama.
Beliau turut menyatakan bahawa Anwar Ibrahim suka memakai pelbagai topeng sejak di universiti malah telah menyebabkan mahasiswa Melayu tidak dapat menguasai bahasa Ingeris dengan baik.
"Tanya kawan Anwar, mereka kata Anwar pakai macam-macam topeng sejak masih di universiti. Waktu dia jadi pelampau bahasa Melayu, bahasa Inggeris diketepikan hingga ramai anak kita yang lahir selepas tahun 1969 hilang kompetensi dalam bahasa Inggeris. Dalam dunia globalisasi, Internet dan teknologi komunikasi sekarang, kekurang fasihan warga kita dalam bahasa Inggeris adalah satu kemunduran.
"Tapi sekarang ini Anwar menjadi pejuang 'multi-culturalism' dan 'liberalisme utopia' pula, sehingga ada di kalangan mereka mempersoalkan kedudukan Raja-raja Melayu. Sikap dan tindakan politik begini yang menggadai segala harga diri, maruah, martabat dan prinsip untuk mendapat sokongan tertentu mengingatkan kita kepada watak utama drama Christopher Marlowe, Dr Faustus," katanya.
Tun Daim mendedahkan bahawa pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO bukanlah kerana konspirasi politik. Menurutnya, rakyat sekarang hanya melihat Anwar Ibrahim pandai bercakap dan menaikkan emosi tetapi tidak mampu melaksanakan apa yang dituturkan olehnya.
Mengenai konflik di Mesir dan di Timur Tengah penyebab utamanya bukanlah soal hak asasi manusia dan soal kebebasan. Sebaliknya berpunca kepada kelembapan ekonomi, peluang pekerjaan pembangunan dan kurangnya infrastruktur asas dan moden. Jika salah satu keresahan itu menjadi reda sudah tentu pergolakan tidak terjadi dan kemajuan boleh dicapai.
Ini mengingatkan hamba kepada kempen hasutan pembangkang dan di sambut dengan galak oleh Politik Baru bahawa Politik Pembangunan Tidak Relevan. Inilah bahaya jika pembangunan terhenti. Ianya akan mengakibatkan peluang pekerjaan kurang, kelembapan ekonomi dan insfrasturktur tidak maju kerana tiada kegiatan pembangunan baru berlaku.
Baca seterusnya di sini SRIKANDIBANGSA.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
tapi rakyat sekarang banyak yang percayakan orang yang pandai bercakap daripada orang yang boleh membuat kerja dan melaksanakan amanah dan tanggungjawab... tu tugas berat pihak UMNO dan BN jika diberi kuasa sekali lagi dalam PRU13 nnt.
BalasPadam