Selasa, 6 Disember 2011

NABI PALSU PAS PEGANG JAWATAN SAMPAI PUTUS NYAWA.

 NABI PALSU PAS CINTAI JAWATAN DUNIAWI


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Beliau memberi alasan bahawa perjuangannya untuk membersihkan air Kelantan masih belum tercapai.
Nik Abdul Aziz, 80, yang menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 menegaskan bahawa membekalkan air bersih kepada rakyat negeri ini merupakan janji pilihan rayanya yang pertama sebelum menjadi Menteri Besar. Sehingga kini beliau belum berjaya menunaikan janjinya walaupun telah melantik menantunya sendiri sebagai pegawai syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. Oleh kerana kegagalannya menunaikan janji bapa mertuanya, Ariffahmi telah dinaikkan pangkat menjadi CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kenaikan tersebut dikatakan kerana Ariffahmi berjaya membahagiakan anak kesayangan Nik Aziz, Nik Amalina.
“Insya-Allah saya akan bertanding lagi selepas ini. Saya tak kisahpun orang panggil saya diktator tua kerana memang saya seorang diktator. Dulu ada Gaddafi sebagai pesaing, sekarang ni sayalah diktator paling unggul dalam dunia,” katanya(gambar) kepada pemberita di sini hari ini. - Agensi Haramkah.
2 alasan diberikan oleh Nabi Palsu PAS, yakni (1) Kerana air dan (2) Beliau ialah seorang diktaktor tua. Di atas dua alasan inilah Nabi Palsu PAS sanggup bertanding lagi untuk mempertahankan jawatannya dalam politik. Di samping itu beliau mewariskan beberapa jawatan politik kepada anak lelakinya dan menantu lelakinya.

Janjinya untuk membekalkan air bersih kepada rakyat Kelantan sudah di buat sejak 1990 lagi tapi sehingga sekarang masih tidak tertunai pun. Kenapa? Kerana Nabi Palsu PAS ini dalam kategori Budak Pengembala Kambing Dalam Gudang. Malah ramai pemimpin PAS ini adalah kategori tersebut. Mereka enggan mengakui kelemahan mereka dan berselindung di sebalik serban dan jubah.

Mereka tidak mampu melaksanakan amanah sebagai ahli agama dan sebagai pemerintah. Namun mereka sanggup memikul kedua amanah itu. Akibatnya umat Islam yang menanggung kerugian sepanjang pemerintahan mereka di Kelantan. 

Mereka bukan ulama, Mereka bukan Nabi, Mereka bukan Rasul. Lagak mereka seolah-olah Rasulullah s.a.w. telah mengiktirafkan mereka sebagai keompok yang mampu mengubah dunia ini dengan laungan kepalsuan mereka. 

Tun Dr Mahathir sendiri sanggup meletak jawatan dan bersara dari dunia politik. Tapi si Nabi Palsu PAS ini sanggup mengigit jawatan duniawi sampai putus nyawanya. Kepada umat Islam di Malaysia janganlah tertipu dengan permainan kotor dan jijik PAS ini. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


8 ulasan:

  1. kita belum tau apa kesudahan politik nik aziz. mana tau.. kalau allah nak izinkan, nik tersungkur spt gadaffi..

    BalasPadam
  2. Bila bercakap tentang isu lanjut usia pesaraan kakitangan Kerajaan dari 58 ke 68, banyak komen dari pembangkang yang nagetif dilemparkan, namun pada hakikatnya memimpin mereka sendiri yang telah berusia 80 tahun masih tidak mahu melepaskan jawatan MB yang disandangnya.

    Dulu pernah seorang pemimmpin PAS berkata kepada Mantan PM Tun dan DR. Siti telah nyanyok dan dia menyatakan bahawa satu hari nanati sama-sama kita lihat kedua dua mereka akan memalitkan tahi ke muka pasangan mereka masing-masing kerana dah nyanyok, tetapi Allah telah mengambil orang yang berkata itu terlebih dahulu. Orang ini juga menyatakan Badawai di Arab ternak unta tetapi Badawi di Malaysia ternak BABI. Orang ini juga lah yang bercita-cita untuk melelong Putera Jaya.

    Hari ini kita dengar pula dari mulut saorang lagi pemimpin PAS bahawa dia akan bertanding sehingga UMNO mati!

    Saya penuh yakin sebelum UMNO mati siapa yang akan mati dulu?

    A Siapa yang mati dulu?
    B Minah yang mati dulu!
    A Do yang mati dulu!
    B Lagi-lagi Do yang mati dulu,
    B Minah yang mati dulu.

    A Saiapa di antara kita yang tahu antara Do dan Minah, siapa
    yang mati dulu.

    Kedua-dua Do dan Minah bangun untuk menjawab soalan tersebut.
    Semua cabur lari.

    Warga sebelum merdeka

    BalasPadam
  3. Pembetulan bukan 68. tapi 60

    warga sebelum merdeka

    BalasPadam
  4. Mu nak lawan gapo? Cuba mu lawan dengan SYAITAN yang berkeliaran di kelante? Pahala lagi banyak dari banyak bala politik. Udah-udah la tuuu..KUBUR kata mai DUNIA kata p dah...mahathir pun dah x nak berpolitik tetapi mu nak sampai mati???? Ludah ke langit kena muka sendiri nooo....tu la nikki aziz....paku dulang paku serpih kata orang dia lebih..hehehehe...

    BalasPadam
  5. Gila takbur punya cakap pasal diktator. Dia ni bongkok 3 pun aku rasa jadi MB lagi. Punya taksub rakyat kelantan dgn dia, sampai apa dia buat pun langsung tak berani tegur.

    Parti munafik gila PAS ni. Bila la orang kelantan ni nak sedar, dorang selama ni kena kencing hidup2 dgn puak Khawarij ni. Dah 80 tahun gila kuasa lagi tuiihhh, tanya kat puak dorang ni mampus la bagi jawapan cam celaka, bawak la jawatan MB ko tu sampai mati nik ajiz oi. Habis jasa ko pecah belahkan umat islam, best gile jadi nabi palsu, kasi kondem sama orang.

    BalasPadam
  6. dlu ckp kt Tun M gile kuasa, skrg sape yg giler kuasa?

    BalasPadam
  7. Dia kena rasok la tu . Bukannya nak bagi muka baru ambil kepimpinan.

    Sunggoh tamak dan penting diri. Nak jadi chontoh konon..

    BalasPadam
  8. NIK AZIZ NIE PENUH DENGAN DENDAM..DENDAM KEPADA UMNO DAN PERJUANGAN UMNO..NIK AZIZ PERNAH BERKATA TIDAK AKAN BERPUTUS ASA UNTUK MENUMBANGKAN UMNO...INIKAN CIRI2 SEORANG ULAMA????

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa