Isnin, 12 Disember 2011

MALAYSIAN INSIDER TUDUH UTUSAN MALAYSIA BOHONG BAGI PIHAK MALAYSIAKINI?

Berita yang dikeluarkan oleh Malaysiakini pada 9hb Disember 2011 lebih awal dari Utusan Malaysia.



Berita yang keluar di Utusan Malaysia pada 11hb Disember 2011 yang menjadi asas pertuduhan oleh Malaysian Insider.

PAS nafi Hasan Ali, Nasharudin digugur jadi calon PRU-13

Oleh Melissa Chi
December 11, 2011 

SHAH ALAM, 11 Dis — PAS menafikan laporan Mingguan Malaysia hari ini bahawa Datuk Dr Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa telah digugurkan daripada bertanding semula dalam pilihan raya umum ke-13. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, partinya belum memuktamadkan senarai calon yang bakal bertanding kali ini. 

“Isu calon belum dibawa lagi. Kami tidak tahu bila pilihan raya umum akan diadakan. Tunggu hingga hari penamaan calon. 

“Tidak benar, tidak benar. Kami belum melihat lagi senarai calon,” kata Hadi selepas melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di sini hari ini. 

Laporan akhbar pro-Umno itu berkata Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, akan digugurkan daripada menjadi calon pilihan raya umum. 

Sumber-sumber mengesahkan bahawa nama Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia itu telah ‘disingkirkan’ oleh PAS Selangor dan direstui kepimpinan pusat. 

Menurut laporan akhbar itu, PAS pusat turut menggugurkan beberapa pemimpin yang selama ini tidak disenangi oleh kumpulan pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Erdogan dan antaranya Nasharuddin yang merupakan bekas timbalan presiden parti. 

Pada 2008, Nasharudin bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan. 

Kata akhbar itu, pengguguran Hasan sebagai calon PAS pada pilihan raya umum sememangnya telah dijangka dan ia hangat diperbincangkan di blog-blog tempatan. 

Ia berikutan kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor, Shaari Sungib yang dipaparkan dalam beberapa blog bahawa kemungkinan besar Hasan akan digugurkan daripada menjadi calon parti itu. 

Shaari memberi alasan bahawa Hasan tidak mendapat jumlah pencalonan yang mencukupi dari setiap cawangan. 

Ketika diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak penjelasan Shaari. 

“Kami tidak tahu sama ada kami akan dicalonkan ataupun sebaliknya (di peringkat bahagian),” kata beliau. 

Mohamad juga enggan mengulas isu berkenaan pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan Rakyat. 

“Masih di peringkat akhir perbincangan,” katanya lagi.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-nafi-hasan-ali-nasharudin-digugur-jadi-calon-pru-13/

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa