Ahad, 18 Disember 2011

LAPURAN PENUH INSIDEN 300 MAHABAHLOL.

HENDAK TAHU APA YANG BERLAKU?
SILA BACA LAPURAN INI.
POLITIK BARU ITU PELACUR POLITIK.


Senyum Bang Pudin Kita. Semasa beliau Berucap Bendara Diturunkan Kelam Kabut Pengawal Keselamatan Menaikkan Semula Bendera. 

AUKU dijadikan alasan. Politik Baru adalah wadah baru para pemimpin durjana melacurkan kerjaya mereka. Baca di sini lapuran mengenai kejadian 300 mahabahlol robot yang telah diperalatkan oleh pelacur-pelacur politik kelas atasan WZWH. Petikan daripada rakan bloger tersebut:-
Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.
Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).
Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).
Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes. Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan. Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Dan sebaik sahaja mereka tiba di PWTC, secara tiba-tiba kumpulan mahasiwa terbabit diberitakan cuba dihalang sekumpulan ‘Special Branch’ dan pihak polis. 
Namun hasil rundingan beberapa minit dengan wakil kerajaan, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sudi turun untuk menerima memorandum BEBAS. 
Datuk Saifuddin juga berkesempatan untuk menyampaikan pidatonya yang menyokong usaha mahasiswa menuntut kebebasan akademik.
“Tahniah mahasiswa! Saya akan bersama-sama kamu semua untuk perjuangkan isu ini.”, demikian antara ucapannya. 
Diberitakan terdapat juga mahasiswa melaungkan sepatutnya Datuk Seri Najib digantikan dengan Datuk Saifuddin Abdullah sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Bendera Najib diturunkan
 
Namun, selang beberapa minit kemudian, seluruh yang berada di perkarangan PWTC dikejutkan dengan satu aksi menarik mahasiswa.
Sebuah tiang bendera yang menggantung bendera Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tiba-tiba digantikan dengan bendera ‘Academic Freedom’. 
Yang menghairankan, tiada seorang pun pengawal keselamatan dan pihak polis yang berjaya mengesan tindakan beberapa mahasiswa tersebut. 
Mereka kemudiannya mengarahkan bendera ‘Academic Freedom’ berkenaan diturunkan segera dan digantikan semula dengan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib. 
Saifuddin adalah ahli parlimen Temerloh dari tempat yang punya sejarah kepahlawanan Pahang Tok Bahaman tapi sayang politik baru Saifuddin gagal memahami bahawa kebodohan beliau menyebabkan mahasiswa galak menurunkan bendera DS Najib secara simboliknya memalukan rakyat Malaysia, orang UMNO, BN dan rakyat Pahang. 
WZWH tidak boleh menerima ahli politik yang bangang macam Saifuddin. Sebab itu WZWH menulis dalam posting lepas bahawa Saifuddin ini perlu disepenggalkan menjadi ahli parlimen Temerloh!
TEPUK DADA TANYA IMAN! 

1 ulasan:

  1. kebebasan apa yg mahasiswa nak sebenarnya??? Apa selama ni mereka dikongkong ke???

    Kita nak kebebasan terpimpin...dan ada hadnya..Dalam Islam pun bukan boleh sebebas bebasnya...ada yg boleh dan ada yg tak boleh...

    Kenapa sekarang nak bising bising???

    Jgnlah ikutkan sgt org kafir barat tu!!! Kononnya atas slogan kebebasan dan hak asasi..Lepas tu bila dah dpt kebebasan, semuanya boleh...lelaki kahwin lelaki, gay, minum arak, tukar agama dan byk lagi..

    Awas agenda kafir dan yahudi yg berselindung disebalik kebebasan dan hak asasi (kononnya)

    Kepada Mahasiswa semua, carilah org atau pemimpin yg betul utk berguru...bukannya mencari org yg rosak akhlaknya, pemimpin yg kalau bercakap tak pernah ada hikmahnya selain mencaci dan mengutuk...

    Sebab tu jgn asyik kata kami mahasiswa dan bukan budak sekolah yg tak boleh berfikir...sebenarnya, ramai mahasiswa tak pandai berfikir..mereka kebanyakannya hanya mengikut dan tidak pernah berfikir secara rasional...

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa