APO NAK DI KATO. Pada 2008 mereka berpakat untuk menyebar fitnah jahat. Berkempen keterlaluan. Mencetuskan dan membangkitkan kemarahan rakyat. Menghasut kaum India Malaysia berdemo dan bergaduh dengan Polis. Menuduh UMNO dan pemimpin UMNO dengan bermacam-macam tuduhan. Memaki hamun, sumpah seranah serta mengutuk UMNO. Mengadu domba MCA -MIC dengan UMNO. Melabelkan MCA sebagai pak turut dan di buli UMNO. Fitnah Terancang konon.
Kini segala kejahatan yang mereka lakukan kembali semula kepada diri mereka. Pemimpin DAP sendiri yang berlagak sombong sentiasa bacul dan bersikap kurang ajar kepada pengundi Melayu dan India.
Setelah 40 bulan mereka mula berantakan sesama sendiri. Beri lagi mereka tempoh 4 bulan. Insya Allahu Ta'ala anda akan melihat kemusnahan besar-besaran pakatan DAP PKR PAS. Tiada gerakan subversif mahasiswa seperti SMM, BEBAS dan mana-mana NGO tajaan mereka atau mana-mana orang dan pihak mampu menyelamatkan Pakatan DAP PKR PAS dari kehancuran tersebut.
Baca sendiri apa yang di tulis oleh Lim Kit Siang;
Baik DAP, PKR dan PAS tidak akan dapat menyelesaikan kemelut pertelingkahan dan perbalahan sesama mereka sendiri.
Terkini cabaran berbentuk ugutan Karpal Singh kepada P Ramasamy untuk meletak jawatan amat jelas. Jika sasarannya adalah untuk meraih simpati dan meletakkan kesalahan itu kepada UMNO itu merupakan tindakan yang mempercepatkan lagi pakatan DAP PKR PAS berkubur.
Jelas dari twitter Lim Kit Siang beliau hanya mahu 'Kepercayaan Popular' dan bukan berkhidmat kepada rakyat.
Flip - Flop sebegini akan bertambah banyak terjadi di dalam 4 bulan ini yakni 120 hari. Jika ini difikirkan oleh kepimpinan Pakatan DAP PKR PAS untuk mencetuskan dan memangkin gerakan REVOLUSI BUNGA RAYA dengan LAUNGAN BERSATU DAN BERPADU pada KONVENSYEN PAKATAN DISEMBER INI , nyatalah laungan itu merupakan TALQIN buat mereka.
FITNAH TERANCANG TIDAK AKAN MAMPU MENGALAHKAN WALAUPUN SEBUTIR KEBENARAN SEBESAR PASIR YANG BERTERBANGAN.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa