Khamis, 15 Disember 2011

ISU BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) SURAT LAYANG & BORANG PALSU.

Borang Asli BR1M Boleh Didapati Di Laman Sesawang LHDN.

TERPULANGLAH KEPADA ANDA..
(Tiada Paksaan Untuk Menerima BR1M , Tak Mohon Anda Yang Rugi Sendiri)

Sebenarnya isu BR1M ini tak lah berapa menarik sangat pun. Orang Malaysia ini pasal wang ringgit semuanya main tutup mata. Selepas mengujudkan perkhidmatan kesihatan Klinik 1Malaysia kemudian disusuli dengan Kedai Rakyat 1Malaysia selepas itu pemberian wang RM100 tunai sebagai bantuan terus kepada pelajar sekolah dan kini Bantuan Rakyat 1Malaysia sebagai menunaikan janji di buat dalam Bajet 2012 lalu.

Dikatakan bahawa terdapat borang BR1M palsu yang beredar di kalangan rakyat bagi mengelirukan rakyat, dalam borang asli tidak diperlukan mengisi butiran nombor akaun tetapi dalam borang palsu butiran itu ada. Itu biasalah perbuatan-perbuatan sabotaj ini (sapa suruh mansuhkan ISA kan).

Dikatakan lagi tersebar surat layang dari 'Orang Dalam' mendedahkan bahawa wang tersebut akan dikenakan cukai pendapatan dan orang berpendapatan RM1500.00 tidak akan menerima bantuan tersebut. 

Apa ada hal pun benda-benda seperti ini. Lagipun perbuatan sabotaj bukan sahaja dilakukan oleh pembangkang tetapi juga oleh kuda-kuda trojan dalam UMNO. Samalah seperti dalam isu NFC dan desakan perletakan jawatan Shahrizat. Jika skim sabotaj ini gagal maka mereka akan mensabotaj pula PRU13. 

Kepada rakyat Malaysia di luar sana terpulanglah kepada anda sendiri samada mahu menerima rezeki yang datang bergolek atau mahu mempercayai ftinah jahat yang datang. Sekali menolak rezeki berkali-kali tertolak rezeki. Firkirkanlah. Kalau hamba takde firkir dua kali punya ... orang dah nak beri .. ambil je la .. bukan di suruh buat kerja pun.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

1 ulasan:

  1. ada lagi satu JS, depa kata kat borang tu ada cop pulak?tengok kat sini_http://tajulurus.blogspot.com/2011/12/panasfitnah-terbaru-terhadap-br1m.html

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa