Selasa, 13 Disember 2011

EKSLUSIF PENDEDAHAN MENGENAI YUSMADI OLEH DET


KISAH ANAK MUDA MELAYU PKR YANG MENGIGIT TANGAN UMNO MELAYU YANG PERNAH MEMBANTUNYA.
(Sindrom Melepaskan Anjing Tersepit)

Rakan bloger DET klik di sini DARUL EHSAN TODAY mengulas mengenai sindrom "Melepaskan Anjing Tersepit" dalam pendedahan tersebut. 

Hamba tidak menyuruh mana-mana warga Malaysia 'Terhutang Budi' tetapi hamba menyeru agar kita kembali kepada 'Mengenang Budi'. 

Institusi seperti MARA yang ditubuhkan di bawah DEB dengan persetujuan rakan komponen MCA dan MIC atas semangat setiakawan Barisan Nasional telah banyak membantu generasi muda seperti Anwar Ibrahim, anak-anak pemimpin PAS sendiri dan generasi muda di dalam PKR. 

Namun ramai terkena sindrom 'Melepaskan Anjing Tersepit' yakni tidak mengenang budi malah membenci UMNO seolah-olah UMNO ini tiada jasa langsung kepada mereka. 

Walaupun enggan bernaung di bawah UMNO tetapi itu tidak bermakna melupakan terus jasa-jasa dan budi UMNO. 

Hujah mereka bahawa itu adalah tanggungjawab UMNO yang menerajui sebuah kerajaan dan tidak perlulah mengenang budi adalah tersasar jauh dari mana-mana nilai kewarasan terpakai di dunia ini. 

Pakatan dap pkr pas yang terpilih menjadi kerajaan pun tidak mampu melaksanakan tanggungjawab mereka kepada rakyat sepertimana yang dilakukan oleh UMNO. Sebaliknya mereka menjual segala kepentingan yang UMNO tubuhkan untuk menjaga kepentingan rakyat negeri. Contohnya PKNS. menganaktirikan semua institusi peninggalan UMNO samalah seperti cerita Ibu Tiri Zalim. Anda perlu ingat segala aset-aset yang terjual itu tidak digantikan oleh pakatan pkr pas dap semula sebalikya mereka mengugut anda agar anda memilih mereka semula untuk mendapatkan kembali apa yang telah mereka lacurkan untuk mengisi semua kantung-kantung kosong milik peribadi dan kroni mereka. 

Cukuplah pakatan dap pkr pas memperbodohkan anda selama tuiga tahun ini. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa