Dikatakan bahawa akan berlaku debat antara Rafizi dengan KJ di PWTC dalam masa terdekat. Ianya berkaitan dengan isu NFC. Reaksi hamba ialah bercampur baur. Hamba mahu gelak dan cukup gelihati dengan debat NFC ini. Perdebatan biasanya tidak bermatlamat mencari kebenaran sebaliknya hanya bertujuan menunjukkan kehebatan kemahiran memperbodohkan diri sendiri di hadapan khalayak penonton. Apakah yang mampu diperolehi melalui perdebatan? Ianya bukan sebuah persidangan tribunal mahupun sidang mahkamah yang mampu menguji dan membuktikan kebenaran kata-kata penghujah/ pendebat.
Debat ialah sebuah sidang di mana pendebat / penghujah bertikam lidah mengenai sesuatu tajuk, isu dan perkara yang dipersetujui di antara kedua belah pihak.
Ianya bukan pun sebuah sidang bertukar fikiran dan mencari penyelesaian ke atas sesuatu isu dan permasalahan yang timbul. Debat adalah suatu sidang di mana pendebat mencari populariti sahaja.
Kalau beginilah jalan yang di ambil oleh pemimpin-pemimpin muda politik tanahair yang kononnya membawa budaya Politik Baru dan pemikiran kritis, hamba jamin masa depan politik negara Malaysia berada dalam zaman kegelapan.
Politik bukanlah suatu sistem bagi mana-mana individu menyerlah kebodohan mereka sendiri di khalayak ramai tetapi ianya adalah sebuah sistem pentadbiran dan pemerintahan bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan serta menggariskan hak tanggungjawab rakyat dengan pemerintah. Adakah debat membawa manafaat ke arah itu? Sudah tentu tidak.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa