PAS ADALAH SEEKOR KUDA YANG TA'AT.
(Tiada Hudud Di Dalam Manisfesto Pakatan Haramjadah Pada PRU13)
Tersungkur dan semakin tersungkur. Dilema PAS di dalam Pakatan Haramjadah bukanlah suatu fitnah ataupun suatu rekaan. Ianya adalah sebuah kenyataan yang cuba dinafikan oleh kepimpinan PAS yang semakin tenat dengan sindrom Pengembala Kambing Dalam Gudang. Hj Hadi di petik sebagai berkata :-
Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan demikian dengan berkata, manifesto tidak perlu disebut secara terperinci."Bila sebut konsep yang adil, mencegah kemungkaran, ia isu yang sudah berkait dengan pelaksanaan undang-undang jenayah syariah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.Beliau berkata, Islam akan menterjemah secara jelas mengenai pelaksanaannya jika pakatan pembangkang memerintah kerana ia agama yang menyeluruh.Namun, katanya, ia harus mengikut turutan dengan mukadimahnya sambil memberi contoh untuk memulakan solat perlu mengambil wuduk terlebih dahulu."Kita pilih negeri-negeri yang kita (Pas) ada kuasa sepenuhnya dan kita menerima pendapat supaya orang bukan Islam tidak dipaksa. "Biar mereka melihat terlebih dahulu, sekiranya mereka melihat, mereka boleh terima," ujar beliau. Ditanya kemungkinan Pas tidak mampu mencorak hala tuju yang diperjuangkan parti itu, beliau berkata, semua parti telah menerima Islam dan Melayu sebagai teras kepimpinan negara. Terdahulu semasa sesi perbahasan, penyokong kerajaan Alias Abdullah (BN-Alor Limbat) menempelak Pas kerana pendekatan parti itu lebih memberi peluang kepada DAP untuk menggantikan tempatnya.
Jadi bagaimanakah kita hendak memahami kata-kata Hj Hadi tersebut? Adakah ini bermakna Hj Hadi sudah bersetuju bahawa selama ini Perlaksanaan Hudud telahpun lama berlangsung di Malaysia di bawah Perkara 3 Perlembagaan? Nampaknya begitulah.
Kesimpulannya, PAS hanya beretorik mengenai Hudud dan semakin menampakkan mereka adalah kuda-kuda tunganggan yang baik buat DAP Rasis.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa