Selasa, 20 Disember 2011

BIAR BETUL SPR ........ 7 PINTU NERAKA DI BUKA.


SPR kata akan melakukan perkara-perkara ini:-
  1. Masa Bantahan 1 jam pada hari penamaan calun akan dihapuskan. 
  2. Kelayakan calun di atas kuasa penuh Pegawai Pengurus.
  3. Sebarang bantahan atas kelayakan calun di buat selepas pilihanraya melalui petisyen pilihanraya. 
  4. Dakwat kekal digunakan
  5. Tiada calun dibenarkan menarik diri di saat-saat akhir.
  6. Mempamirkan daftar pemilih baru selama 14 hari.
  7. Membersihkan daftar pemilih baru setiap hari.
  8. Meminta agar kesilapan tidak dihebohkan ke media jika berlaku satu atau dua kesilapan.
Pada fikiran hamba, sistem pilihanraya tidak perlu diubahsuaikan tetapi penjawat-penjawat tertinggi dalam SPR yang amat perlu di tukar SEGERA !

Dalam 8 cadangan, 7 cadangan membuka PINTU NERAKA untuk rakyat Malaysia. Patutlah PKR DAP dan PAS mendiamkan diri sahaja, rupanya mereka sudah dapat apa yang mereka hajati. 

Hamba berharap agar masa bantahan 1 jam itu diperbetulkan kembali. Kekalkan malah jika perlu di tambah lagi masa bantahan tersebut. Manakala calun tetap dibenarkan menarik diri pada saat-saat akhir. Mengenai dakwat kekal, hamba berharap agar ianya hanya digunakan atas kerelaan pemilih. 

Membuka ruang petisyen pilihanraya sebagai satu-satunya cara bantahan akan menjadikan suasana selepas pilihanraya menjadi kucar kacir dan huru-hara. Percayalah, di mana kawasan pembangkang kalah tipis, ianya akan di rujuk ke mahkamah dan ini mengganggu proses penubuhan kerajaan jika berlaku kemenangan tipis. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!


5 ulasan:

  1. Sabar Jas... aku percaya pihak Kerajaan Malaysia juga sedia maklum akan perkara ini... SPR dah buat pertimbangan yang secukupnya merangkumi resolusi daripada PSC...
    InsyaAllah, kita mahukan kemenangan Barisan Nasional tidak dapat disangkal dan dinafikan lagi dan kekalahan puak pakatan haram dirasai dengan seperit-perit ketulenan...

    BalasPadam
  2. terpulanglah .... tapi pada adat kebiasaan tidak ada perancangan yang sempurna dan setiap perancangan itu hasilnya tidak sepertimana yang dijangkakan.

    BalasPadam
  3. kamu tau ke apa itu neraka ke jas kalau kamu tau kamu tak kan ikut umgok ni

    BalasPadam
  4. Tanpa masa bantahan, akan lebih banyak le PRK selepas ni dan semakin banyak le lagi peruntukan untuk pilihanraya terpaksa dikeluarkan.

    BalasPadam
  5. Mungkin itu kehendak pemimpin ... :)

    BalasPadam

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa