Rabu, 28 Disember 2011

BAB DUIT POK NIK SANGGUP TADAH SERBAN,

 

Jatuh airmuka ANWAR IBRAHIM gara-gara Pok Nik tadah serban untuk menyanggupi mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia. Walaupun Imam Maudu' PKR mengharamkan wang bantuan itu sebagai wang rasuah tapi bagi diktaktor Pok Nik menadah serban menerimanya lebih beruntung. 
Gelombang Rakyat melaporkan bahawa pada hari ini Pok Nik telah menyeru semua rakyat Kelantan menerima wang bantuan tersebut. Bab wang bagi Pok Nik semuanya halal hatta wang kutipan lesen premis penjualan arak. Kasihan bang Nuo dimalukan Pok Nik disebabkan wang.

Dalam pada itu sempat juga Pok Nik menyelitkan kempen singkat merayu para pengundi tetap mengundi PAS. Begitulah cara PAS membalas jasabaik dan kemurahan kerajaan. Hairannya bila DAP rasis atau Pakatan haram jadah yang hulur wang tidak ada pula Pok Nik merayu agar pengundi mengundi Barisan Nasional. PAS penuh dengan karat prejudis sesama Islam.

Apapun Pok Nik akan mengisi borang BR1M kerana beliau fikir beliau perlu mendapat bantuan tersebut kerana beliau layak menerimanya.

Ini membuktikan bahawa dalam bab wang tidak kira datang dari mana PAS sanggup tadah serban dan PKR sanggup berlakun. Janji dapat duit. Itulah namanya mempolitik wang sumbangan kerajaan Persekutuan untuk kepentingan politik.
Selepas ini Pok Nik dengan bang Nuor terpaksa duduk muzakarah untuk menetapkan kadar komiyen yang perlu mereka terima dari kutipan wang BR1M. Duit ... duit .. duit.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa