BLIEZTKRIEG TERBARU.
Hasil Kerja COBBLER yang memalsukan dokumen nampak seperti dokumen tulin.
THE UNSPINNERS klik di sini baru sahaja mendedahkan mengenai Blieztkrieg terbaru. Pada kali ini Awang Adek dan dua orang setiausaha peribadi serta seorang tokoh korporat dijadikan bahan. Berbekalkan dengan hasil kerja COBBLER , istilah yang merujuk kepada pihak yang pakar memalsukan dokumen kelihatan seperti tulin (gambar di atas) , tuduhan itu di buat.
Isu yang dibangkitkan ialah kononnya seorang tokoh korporat bernama Dato Yahya Jalil menyogok wang untuk melobi agar projek Jambatan Bengkok yang telah dibatalkan diteruskan kembali melalui penstrukturan semula, Dato Yahya Jalil sememangnya terlibat dari awal dengan projek Jambatan Bengkok di Selat Tebrau menggantikan tambak Johor.
Semuanya maklum bahawa Projek Jambatan Bengkok sememangnya mahu dihidupkan kembali pun kerana itulah hasrat dan aspirasi Sultan Johor yang terdahulu dan yang sekarang. Malah seluruh rakyat Johor menyokong projek tersebut. Termasuklah seluruh kepimpinan UMNO Johor.
Tak masuk akal lah bagi Dato Yahya Jalil untuk melobi projek tersebut kerana prospek projek tersebut dihidupkan kembali begitu cerah. Seterusnya kesahihan dokumen yang dijadikan asas adalah begitu meragukan sekali.
Diharapkan agar isu di cantas terus agar tidak tersebar luas dan menjadi tidak terkawal seperti isu NFC akibat kelemahan komunikasi.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa