Khamis, 15 Disember 2011

APA LAH YANG DIREBUTKAN SANGAT OLEH REFORMIS 98?

REFORMIS 98 TIDAK PERCAYA ADANYA HARI KIAMAT & QADA' DAN QADAR ?
(Sengaja Bertanya .... Jangan Marah )

Apakah sebenarnya diperjuangkan oleh Reformis 98 pada masakini? Pernahkah kita mendengar sebarang sebarang bentuk pernyataan yang positif-positif belaka daripada mereka? Sejauh ini tidak ada melainkan kita hanya mendengar keluhan-keluhan hati mereka. 

Hairan sungguh kerana apakah keistimewaan bakat mereka? Mereka mendakwa mendapat kepercayaan ramai anak muda. Betul ke? Hamba amat tidak mempercayai kata-kata mereka ini kerana mereka adalah anak-anak didik Anwar Ibrahim , cukup pandai berlakun dan menipu. Pada masakini barangsiapa pandai menipu dan berbohong merekalah akan di sanjung.

Pada 1998 mereka amat setia kepada Anwar Ibrahim maka adakah kesetiaan itu masih ada? Sudah tentulah. Mustahil pada hukum akal kesetiaan mereka terpisah daripada Anwar Ibrahim. Mereka adalah pemuja Anwar Ibrahim dan bukannya penyembah Allah swt. 

Mereka memperhambakan diri mereka kepada idealisma yang ntah mana mereka kutip melainkan di dalam buku-buku falsafah yang entah siapa pula guru mereka. 

Apabila ada di antara mereka menyusup masuk ke dalam UMNO , apakah tujuan, matlamat dan niat mereka sebenarnya? Dimanakah pendirian mereka berdiri ? Di atas Tauhid atau di tepi sedikit dari Tauhid?

Kepada siapakah mereka meletakkan kepercayaan mereka? Kepada perjuangan atau kepada peningkatan kerjaya mereka?

Hamba perhatikan bahawa pembawaan mereka ini adalah licik dan amat pintar berbohong. Bersikap angkoh dan begitu sombong serta terlampau menyanjung tinggi pemikiran mereka, katalain mereka fikir merekalah orang yang paling bagus di dunia ini. 

Mereka fikir mereka mampu mengubah itu dan ini dengan segala perancangan mereka. Mereka lupa bahawa Allah swt itu Maha Besar dan Maha Mengetahui. 

Manusia boleh berusaha tetapi manusia tidak diberikan sebarang kekuatan melawan takdir. Pada pandangan hamba selepas PRU 13 puak-puak ini akan menjadi keciwa dan pada akhirnya mereka akan bertelagah sesama sendiri. Kini pun mereka sedang menuju kepada kehancuran. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa