GELAGAT ANWAR mendedahkan sepenuhnya pelan rancangan Anwar Ibrahim dalam kempennya untuk menghalalkan perbuatan liwat, jenayah rogol dan amalan seks luar tabie'. Tiga tokoh agama di sebut sebagai saksi dalam upacara tersebut. Seorang dari Mesir, seorang dari Indonesia dan seorang dari Malaysia.
Program ini difikirkan perlu oleh Biro Politik PKR untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada PKR. Antara tempat yang dicadangkan ialah:-
1. Masjid Negeri Shah Alam
2. Masjid Saidina Abu Bakar As Sidiq Bangsar
3. Majid Negara
4. Masjid Jame' Kuala Lumpur
5. Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
6. Masjid UIA.
Upacara angkat sumpah itu akan di buat se Islamik yang boleh. Ini merupakan acara kemuncak kepada siri jelajah seluruh Malaysia. Berikut jadual siri jelajah Anwar seluruh Malaysia:-
3hb Januari 2012 - kempen bermula di Johor, Daerah Ledang dan Muar.
4hb Januari - Tampin Negeri Sembilan dan Bukit Katil Melaka
5hb Januari - Bentong, Balok, Indera Mahkota Pahang , Dungun Kuala Terengganu, Machang, Pasir Puteh Kelantan di sebelah malam.
6hb Januari - Lembah Pantai, KL dan Kelana Jaya Selangor
7hb Januari - Pulau Pinang kemudian ke Terenganu sambutan 100 tahun penubuhan kerajaan Islam Terengganu di Kuala Terengganu
8hb Januari - Berakhir di Kelab Sultan Sulaiman jam 11 tengahmalam selepas solat Hajat di rumah kediamannya dan selepas bergerak ke satu lokasi selepas itu.
Diharapkan pihak berkuasa bersiap sedia sahajalah untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Di samping itu juga sebagai rakyat Malaysia hendaklah kia menasihati adik beradik, kaum keluarga rakan taulan agar menghindari diri melakukan huru hara dalam negara gara-gara mahu menghalalkan perbuatan liwat, jenayah rogol dan amalan seks luar tabie'.
Adakah seorang pelakon seiras Anwar Ibrahim akan menggantikan tempat Anwar Ibrahim bersumpah?
TEPUK DADA TANYA IMAN!
tajuk dia kelakar la bro.kredit 2 you
BalasPadamANWAR TAK PAYAH SUMPAH LAKNAT. DIA SUDAHPUN DILAKNATKAN.
BalasPadam