Isnin, 26 Disember 2011

85 PERKARA MEMALUKAN PAS KELANTAN.



PENDEDAHAN 85 KEBAJIKAN TAK TERTUNAI OLEH PAS KELANTAN.

Apabila PAS Kelantan menukar arah perjuangannya dari Negara Islam ke Negara Kebajikan ianya bukanlah berlandaskan kepada ajaran ISLAM sebaliknya lebih kepada fahaman Sosialisma Komunis.Takrifan Negara Kebajikan yang di war-warkan oleh PAS bukanlah sama seperti konsep kebajikan yang dituntut di dalam Islam.

Perancangan yang di buat pada kertas adalah semudah melilit kain serban di kepala. Tetapi perlaksanaan apa yang tertulis itu tidak semudah yang disangkakan. Ternyata sehingga kini 85 kebajikan itu gagal dilaksanakan oleh PAS Kelantan.

PAS Kelantan berlaku tidak adil apabila menyalahkan kerajaan UMNO/BN di atas kegagalannya sendiri. 

"Kita tak ada wang. Memang benar. Masjid2 di Kelantan hampir semua dibina Kerajaan Pusat. Terima Kasih." Itu kenyataan bekas Exco PAS Kelantan yang telah diturunkan pangkatnya dalam pentadbiran PAS Kelantan.

Bagi melihat penyenaraian 85 kebajikan tersebut sila ke pautan ini GELOMBANGKICK dan untuk ulasan bernas mengenainya di sini GELOMBANG RAKYAT.

Benarlah seperti kata Hasan Ali bahawa PAS dikuasai oleh golongan profesional yang membelakangkan agama. Sebaliknya mereka mengamalkan politik akomodasi. Namun berdasarkan kepada al Qur'an dan hadis, sebarang perjuangan songsang seperti PAS akan tetap berakhir dengan kesesatan. Sejak awal lagi perjuangan PAS sudah banyak lari dari ajaran Islam.Kita tidak boleh menilai Islam pada pakaian, jubah, serban dan hanya semata kepada amalan-amalan. Islam itu dinilaikan pada apa yang berada di dalam lubuk hati.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa