Ha ha ha Hari Tu Hamba Komplen hah Baru la TVS Berani Nak Buat Siaran Langsung.
YB DATO' MOHAMAD SATIM DIMAN ADUN SERI SERDANG. Pada waktu ini, YB Dato' Mohamad Satim Diman sedang menghentam dan mengkritik pedas Bajet 2012 Negeri Selangor. Apabila YB Dato' Satim mengkritik sifat hipokrasi Pakatan Haramjadah berkaitan dengan penolakan kenaikan elaun Ahli Parlimen tetapi menaikkan elaun ADUN Selangor, ianya di bantah oleh ADUN Sri Muda. Bantahan ADUN Seri Muda melenting marah. Katanya penolakan berdasarkan kepada defisit selama 15 tahun manakala Selangor tidak pernah mengalami defisit. Di balas oleh YB Dato Mohamad Satim bahawa alasan yang diberikan oleh Ketua Pembangkang merangkap Penasihat Ekonomi Selangor adalah bukan di atas faktor defisit. YB Dato' Mohamad Satim Diman juga mengusulkan agar segera dilakukan audit ke atas Menteri Besar Incorporated.bersesuaian dengan slogan Telus, Kredibel dan Akauntabel. Beliau turut mempertikaikan GERAN SELANGORKU dan mendesak Khalid G memperincikan dari manakah sumber dana RM300 juta akan diperolehi untuk dana tersebut. Beliau turut melontarkan persoalan samada GLC negeri telah di paksa untuk meningkatkan keuntungan bagi maksud tersebut sehingga terpaksa menjual saham dan aset bernilai pegangan mereka, Beliau turut mempersoalkan kenapa masih ada projek-projek mega dilakukan oleh pentadbiran Pakatan Haramjadah. Beliau turut mempersoalkan kenaikan gaji dan kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh pengurus besar PKNS. Kenaikan harga rumah PKNS juga dipersoalkan. Soal 500 orang kakitangan PKNS tidak berpuashati turut ditimbulkan. Beliau turut menyelar cara pkr-dap-pas berpolitik kerana berlainan ideologi. Kesepakatan hanya wujud di atas matlamat Mahukan Kuasa menyebabkan rakyat menjadi keliru dan kakitangan awam menjadi celaru. Menurutnya banyak isu-isu tidak dapat diselesaikan dengan baik seperti isu DUMC, isu premis hiburan, isu penjualan arak, isu HIMPUN dan banyak lagi. Rejim Pakatan Haramjadah TIDAK BERJAYA MENCAPAI KESEPAKATAN. Memang tabik lah kepada YB Dato Mohamad Satim Diman. Cuma si Teng sahaja yang nampaknya bertindak seolah-oleh DUN Selangor milik mutlak dan peribadi beliau.
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implikasi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa